November 12, 2009

Sanggup bunuh diri selepas adik ditembak mati polis

Anggota Polis memeriksa kereta penjenayah PCO Boy

Anggota Polis memeriksa kereta penjenayah PCO Boy

Akibat kesedihan yang amat sangat selepas kehilangan adiknya yang mati ditembak polis, seorang ibu dikatakan bertindak meminum racun serta turut memberi minum racun itu kepada empat orang anaknya.

Menurut setiausaha agung penaja Parti Hak Asasi Manusia, P Uthayakumar, wanita tersebut kini sedang dirawat bersama dua anaknya di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Manakala dua lagi anaknya dalam keadaan stabil.Isnin lalu, adik wanita itu, R Surendran adalah antara lima orang suspek jenayah yang mati ditembak polis di Taman Klang Utama.

Polis mendakwa kelima-lima mereka – berusia 17 hingga 30 tahun – adalah anggota geng ‘PCO Boy’, yang bertanggungjawab dalam beberapa kejadian rompakan.

Mengulas mengenai percubaan membunuh diri itu, Uthayakumar berkata: “Keluarga tersebut tidak boleh menerima ketidakadilan tersebut.”

Beliau mendakwa, oleh kerana tiada cara lain untuk menentangnya, maka mereka mengambil tindakan nekad tersebut ketika berdepan dengan saat yang amat memilukan itu.

Sumber Malaysiakini. Gambar Kosmo.

Dizaman moden dan serba canggih ni, yang betul nampak salah dan yang salah nampak betul.

Carian kesini:

November 5, 2009

Sorotan berita Malaysiakini

logo_malaysiakiniMahkamah dikunci untuk kira wang RM4.5 juta

Sebuah bilik Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dikunci lebih dua jam hari ini bagi membolehkan pegawai Bank Negara dan kakitangan sebuah syarikat pengurup wang mengira wang tunai dalam pelbagai jenis mata wang bernilai lebih RM4.48 juta sebelum memulangkan wang itu kepada para pemiliknya seperti diarahkan oleh mahkamah.

Banyak gile duit nak dikira.

Damai: Asri tidak jadi saman PGSM

Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang mengancam ingin mengambil tindakan undang-undang, kini berdamai dengan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), kata Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom.

Persetujuan telah dicapai supaya tidak ada lagi saman-menyaman di antara bekas mufti Perlis dengan PGSM, tambah menteri di Jabatan Perdana Menteri itu

Ok la tu. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Wahabi tidak pernah difatwa sesat

Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengkategorikan fahaman Wahabi sebagai salah dan sesat di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Memang patut ada penjelasan tentang hal ni sebab boleh menyebabkan kekeliruan. Sebab kat Arab Saudi memang mengamalkan Wahabi.

Jais gagal jelas ‘rekod jenayah’ ahli parlimen PAS

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) masih gagal menjelaskan “rekod jenayah” yang didakwa dilakukan oleh Khalid Samad sehingga mendorong ahli parlimen PAS itu dilucutkan tauliah untuk mengajar agama.

Susah betul nak dapat tauliah mengajar agama ye. Kalau buat konsert macam mana pulak?

Manohara tewas disaman Tengku

Gagal mengemukakan pembelaan terhadap saman suaminya Tengku Temenggong Kelantan, bekas model muda Manohara Odelia Pinot diarahkan membayar tuntutan kepada putera Sultan Kelantan itu.

Jumlah ganti rugi itu – yang dituntut Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra sebanyak RM105 juta – bagaimanapun akan ditetapkan kemudian.

Walaupun ni masalah peribadi, tapi ian juga melibatkan 2 negara. Kadang-kadang benda-benda kecil macam ni pun boleh buat pertelingkahan 2 negara.

.

October 19, 2009

Pelabur Australia risau kelajuan internet Malaysia

slowSyarikat-syarikat Australia yang berhasrat untuk melabur di Malaysia bimbang dengan tahap kelajuan Internet yang tidak memuaskan di negara ini, kata timbalan pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia- Australia, Michael Halpin.

Capaian Internet yang laju adalah penting bagi syarikat-syarikat Australia yang mempunyai dokumen besar untuk dihantar dari Malaysia ke ibu pejabat mereka di Australia, katanya.

“Ada dokumen teknikal yang amat besar dan selalunya kami mendapati ia mengambil masa yang panjang untuk menghantar dokumen-dokumen sebegini akibat kelembapan Internet di Malaysia.

“Capaian Internet di Australia lebih laju daripada di Malaysia.

“Pelabur-pelabur Australia dan Amerika mendapati ini menjengkelkan dan menghalang mereka menjalankan perniagaan dengan sempurna,” katanya kepada pemberita selepas memberi ucapan di majlis makan tengah hari dengan pegawai kerajaan negeri Selangor, wakil-wakil majlis perniagaan dan kedutaan asing.

Ditanya jika kelajuan Internet di Malaysia adalah lebih perlahan daripada negara-negara jiran, Halpin berkata:

“Tidak, tetapi adakah Malaysia mahu setaraf dengan mereka? Malaysia adalah pilihan utama sebagai destinasi pelaburan, tetapi perbezaan antara Malaysia, Indonesia dan Vietnam semakin hilang.”

Isu lain yang menjadi kebimbangan syarikat-syarikat Australia dan bakal pelabur ialah tahap keselamatan, di mana terdapat banyak laporan berita mengenai jenayah kecil dan ragut di negara ini.

Halpin bagaimanapun berkata beliau tidak menjangkakan bahawa syarikat-syarikat Australia yang sedang beroperasi di sini akan berpindah tetapi keadaan ini mungkin akan menghalang kedatangan syarikat-syarikat baharu ke Malaysia.

Sumber Malaysiakini.

Jangankan pelabur Australia risau, rakyat marhaen kat Malaysia ni pun risau keselowan internet yang macam ciput. Marketing je lebih. :-)

Carian kesini:

October 16, 2009

Zaid cuti mengejut, krisis terbaru PKR

zaid ibrahimDatuk Zaid Ibrahim hari ini membuat pengumuman mengejut untuk bercuti selama enam bulan daripada PKR di tengah-tengah ura-ura beliau menghadapi masalah dengan seorang pemimpin kanan parti.

“Ini bermakna saya tidak akan menghadiri mesyuarat biro politik parti,” kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan hari ini.

Surat itu, yang berkuatkuasa serta-merta, diserahkan kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Salehuddin Hashim.

Zaid, yang baru mengumumkan penyertaannya bersama parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu pada Jun lalu, dipercayai berdepan masalah besar menjalankan tugasnya untuk menyatukan pembangkang susulan pergeserannya dengan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Sumber Malaysiakini.

Carian kesini: