October 23, 2009

10Mbps internet tahun depan?

Ketika membentangkan bajet di Parlimen hari ini, Najibptg00253738 berkata dalam memantapkan bidang teknologi komunikasi maklumat (ICT), kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan jalur lebar berkelajuan tinggi dengan jumlah kos RM11.3 bilion.

“Sejumlah RM2.4 bilion datangnya darai pihak kerajaan dan RM8.9 bilion lagi dari Telekom Malaysia,” katanya.

Sebagai permulaannya, kata beliau, perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan 10 megabit sesaat akan disediakan di kawasan terpilih di Kuala Lumpur dan Selangor menjelang akhir bulan Mac 2010.

Harap lepas ni internet memang betul-betul laju la. Jangan la diperlekeh lagi oleh orang luar. Kalau kat US, 7Mbps tu pakej paling rendah kat sana 2 tahun dulu.

Lepas ni tentang wireless broadband plak. Apa cerita? Takkan tak nak upgrade jugak perkhidmatan. Sekurang-kurangnya kalau speed tak tambah pun, banyakkan la node pemancar di kawasan sesak.

October 23, 2009

Sony Ericsson Aino kini boleh didapati di Malaysia

ainoAino adalah salah satu telefon bimbit generasi baru Sony Ericsson.

Telefon ini merupakan telefon high end. Aino mempunyai ciri-ciri skrin sesentuh yang terhad kerana ianya juga mempunyai keypad.

Salah satu ciri menarik telefon ini adalah DLNA.  DLNA membolehkan telefon disambungkan dengan perkakasan lain melalui Wifi. Penerangan lebih bolehlah meruju kepada blog symbianku.

Kamera yang dibekalkan dengan telefon bimbit ini berkapasiti 8.1MP, cukup besar bagi telefon bimbit dan setanding dengan kamera digital. Anda juga boleh menyambungkan telefon ini dengan PS3.

Telefon bimbit ini sudah berada dipasaran Malaysia dengan harga sekitar RM1900-RM2000.

[via]

Carian kesini:

October 19, 2009

Pelabur Australia risau kelajuan internet Malaysia

slowSyarikat-syarikat Australia yang berhasrat untuk melabur di Malaysia bimbang dengan tahap kelajuan Internet yang tidak memuaskan di negara ini, kata timbalan pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia- Australia, Michael Halpin.

Capaian Internet yang laju adalah penting bagi syarikat-syarikat Australia yang mempunyai dokumen besar untuk dihantar dari Malaysia ke ibu pejabat mereka di Australia, katanya.

“Ada dokumen teknikal yang amat besar dan selalunya kami mendapati ia mengambil masa yang panjang untuk menghantar dokumen-dokumen sebegini akibat kelembapan Internet di Malaysia.

“Capaian Internet di Australia lebih laju daripada di Malaysia.

“Pelabur-pelabur Australia dan Amerika mendapati ini menjengkelkan dan menghalang mereka menjalankan perniagaan dengan sempurna,” katanya kepada pemberita selepas memberi ucapan di majlis makan tengah hari dengan pegawai kerajaan negeri Selangor, wakil-wakil majlis perniagaan dan kedutaan asing.

Ditanya jika kelajuan Internet di Malaysia adalah lebih perlahan daripada negara-negara jiran, Halpin berkata:

“Tidak, tetapi adakah Malaysia mahu setaraf dengan mereka? Malaysia adalah pilihan utama sebagai destinasi pelaburan, tetapi perbezaan antara Malaysia, Indonesia dan Vietnam semakin hilang.”

Isu lain yang menjadi kebimbangan syarikat-syarikat Australia dan bakal pelabur ialah tahap keselamatan, di mana terdapat banyak laporan berita mengenai jenayah kecil dan ragut di negara ini.

Halpin bagaimanapun berkata beliau tidak menjangkakan bahawa syarikat-syarikat Australia yang sedang beroperasi di sini akan berpindah tetapi keadaan ini mungkin akan menghalang kedatangan syarikat-syarikat baharu ke Malaysia.

Sumber Malaysiakini.

Jangankan pelabur Australia risau, rakyat marhaen kat Malaysia ni pun risau keselowan internet yang macam ciput. Marketing je lebih. :-)

Carian kesini:

October 16, 2009

Zaid cuti mengejut, krisis terbaru PKR

zaid ibrahimDatuk Zaid Ibrahim hari ini membuat pengumuman mengejut untuk bercuti selama enam bulan daripada PKR di tengah-tengah ura-ura beliau menghadapi masalah dengan seorang pemimpin kanan parti.

“Ini bermakna saya tidak akan menghadiri mesyuarat biro politik parti,” kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan hari ini.

Surat itu, yang berkuatkuasa serta-merta, diserahkan kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Salehuddin Hashim.

Zaid, yang baru mengumumkan penyertaannya bersama parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu pada Jun lalu, dipercayai berdepan masalah besar menjalankan tugasnya untuk menyatukan pembangkang susulan pergeserannya dengan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Sumber Malaysiakini.

Carian kesini: