Acer Korea telah mengeluarkan Aspire Timeline siri 3810TG 2010 yang mengalami peningkatan kuasa dari pemproses utama Core 2 Duo SU7400. Komputer riba ini didatangkan dengan Windows 7 Home Premium yang juga menawarkan ciri lain seperti 4GB memori DDR3, 320GB cakera keras serta kad grafik berkuasa ATI Radeon HD4330.
Komputer riba ini mempunyai kelebaran skrin 13.3 dengan sokongan definisi tinggi serta resolusi maksimum 1366×768. Ketebalan laptop hanyalah 1 inci dan berat sekitar 1.7kg termasuk bateri.
Laptop ini mampu memberikan kuasa maksimum sehingga 12 jam berbanding versi sebelum ini iaitu 8 jam sahaja.
Harga bagi laptop ini adalah kira-kira 1 Juta Korean Won. Belum dapat diketahui bilakah laptop ini akan berada di pasaran Malaysia.
Nokia X3 yang baru ini dirancang untuk pecinta muzik dan merupakan yang Symbian siri 40 pertama menyokong Ovi Store. Peranti muzik Nokia X3 adalah nipis dan kompak dilengkapi dengan stereo speaker, built-in FM radio, dan kamera 3,2 megapiksel.
Untuk pengalaman hiburan menakjubkan, Nokia turut memperkenalkan Nokia Mini Speaker MD-9, sebuah pembesar suara ukuran saku, dan Nokia Bluetooth Headset BH-505 iaitu neckband yang ergonomik dan ringan untuk muzik dan panggilan audio walaupun dalam persekitaran bising.
Telefon bimbit ini boleh didapati dengan harga sekitar RM600-RM620.
Telefon bimbit yang dikatakan bakal dilancarkan pada 2010 didapati sudah berada dipasaran Malaysia. Telefon ini mempunyai ciri-ciri tersendiri dan bukanlah telefon Xpressmusic seperti Nokia 5800. Antara cirinya adalah pilah warna yang lebih banyak iaitu 5 warna.
Telefon ini mempunyai 3G, tetapi tiada WiFi, bersesuaian dengan harganya dibawah RM1000 iaitu antara RM850-RM950. Dengan telefon ini, pengguna dapat memuatturun kandungan, lagu-lagu dari Nokia Music Store, aplikasi atau perisian, permainan, video atau perkhidmatan yang lain ditawarkan oleh Nokia Ovi terus melalui telefon bimbit.
Menawarkan penyelesaian yang lengkap menggunakan A-GPS dan versi terbaru Ovi Maps, mercutanda 3 dimensi bagi lebih 200 bandar beserta medan pandangan bagi pejalan kaki dan navigasi kenderaan.
Nokia 5230 mampu memainkan lagu selama 33 jam tanpa henti. Yang lebih menarik, headphone jack 3.5mm boleh digunakan pada telefon ini. Selain itu, fungsi media bar membolehkan akses cepat kepada media kegemaran dan aplikasi, seperti muzik, foto, Youtube atau Ovi Share.
Telefon ini sesuai bagi yang masih tercari-cari telefon sesentuh yang berharga dibawah RM1000.
Jika sebelum ini saya review telefon Nokia dan Sony Ericsson, tibalah masanya saya review telefon HTC. Secara ringkasnya, HTC menggunakan Windows Mobile sebagai sistem operasi. Ada juga yang menggunakan Android. Tapi kali ini saya akan review HTC HD2 yang dikatakan bakal menyaingi iphone yang sudahpun berada dipasaran Malaysia.
HTC HD2 adalah Windows pertama yang menggunakan HTC Sense, iaitu pengumpulan hubungan tertumpu dengan menjadikan telefon berkerja lebih mudah, semulajadi dan lebih peribadi. Semua ciri dalam telefon adalah dianggap terbaru dengan resolusi lebih tinggi, skrin lebar sesentuh kapasitif 4.3inci, dan ultra tipis memberikan kandungan lebih tajam, lebih cerah dan lebih kaya.
Telefon ini yang pertama menggunakan sesentuh kapasitif pada Windows untuk paparan,lebih mudah untuk zoom dan menukar saiz website, membuka fail Ms Office, membuka PDF dan gambar dengan menggunakan sejemput jari anda. Skrin lebih besar menjadikan taipan lebih efisyen dan mudah. HTC HD2 dilengkapkan dengan pemproses terbaru Qualcomm Snapdragon 1Ghz. Ini menawarkan peningkatan kuasa berbanding model sebelum ini dari segi kelajuan applikasi, video, permainan dan banyak lagi.
Dibangunkan dengan hasrat untuk meningkatkan kehidupan masyarakat melalui inovasi, rekabentuk dan kemudahan penggunaan, HTC Sense berasaskan pada tiga prinsip-prinsip asas iaitu Make it Mine, Stay Close dan Discover the Unexpected.
Make It Mine
HD2 bukan sahaja mencerminkan apa yang anda inginkan pada telefon tetapi juga mencerminkan dimana anda berada. Dengan skrin besar, HD2 membawakan dimensi baru kepada paparan cuaca beranimasi, tanpa mengganggu kandungan penting dan maklumat. HD2 juga boleh memuat turun applikasi daripada Windows Marketplace untuk telefon bimbit yang menggunakan sistem operasi Windows Mobile.
Dilengkapi kamera 5MP
Stay Close
HTC HD2 membantu anda merapatkan jurang dengan keluarga dan teman-teman. HD2 menggunakan pendekatan komunikasi menggunakan satu tetingkap kenalan untuk setiap orang tanpa mengambilkira apakah panggilan, sms, status Facebook atau email yang digunakan. Ketika membaca email yang diterima, anda juga boleh terus membuat panggilan kepada penghantar dengan terus menekan kekunci panggil. Telefon ini juga dilengkapi dengan applikasi Twitter tersedia iaitu HTC Peep. Gambar yang diambil dengan kamera 5MP dengan mudah dapat dikongsi melalui Facebook dan Twitter.
Discover the Unexpected
Dengan HTC Sense, HTC HD2 merangkumi pelbagai peranti tambahan yang memperluas dan memperbaiki keseluruhan pengalaman telefon. HD2 merangkumi pelbagai sensor termasuk sensor jarak yang digunakan untuk mencegah kesilapan menyentuh skrin apabila telefon diangkat untuk menjawab atau membuat panggilan.Sebuah sensor cahaya secara automatik menyesuaikan kecerahan skrin. Telefon ini juga boleh menjadi WiFi peribadi dimana sahaja untuk komputer dan peranti lain.
Sebagai telefon yang menggunakan Windows Mobile 6.5(terbaru) kemampuan browsing dan produktiviti telah dipertingkatkan. Telefon ini berkeupayaan untuk menyelaras dan mengurus banyak akaun email dengan menggunakan Microsoft Exchange. Perisian yang disertakan juga boleh backup dan menyelaras gambar, muzik, hubungan serta sms dan boleh pula dimuat naik ke internet.
Ketika pergi ke Low Yat baru-baru ini, didapati telefon ini sudah berada dipasaran. Anggaran harga bagi telefon ini adalah sekitar RM2800-RM3000.
Follow me on Social Media