Patut le cuaca tengah hari tadi terik bebeno. Mau hujan rupanya. Kalau nak dibandingkan dengan dulu, sekarang ni panas yang betul-betul terik. Kalau tak tahan boleh buat sakit kepala, migrain.
Sempat juga le keluar dengan member tadi pergi Digital Mall PJ teman member ngidam sangat dah dia nak beli Ram laptop gaming. Dulu pergi kat Low Yat beli sebijik je. Lantoi betui.
Lepas ni ko main le puas-puas game kat laptop ko tu. Lantak ko la.
Tapi kalau setakat main Cabal buat ape. Takde ROI langsung beli Ram tu.
Kalau siapa yang selalu pergi Low Yat atau Imbi Plaza naik moto untuk jalan-jalan barang PC tentu perasan tentang penjaga parkir haram.
Sebenarnya letak motor kat Imbi Plaza terutamanya mana kena bayar, tapi ada juga mamat yang jaga.
Benda ni bukan baru tapi dah lama, sejak dulu lagi. Rasanya kalau kata tak ada operasi mustahil. Kalau ditengokkan mereka ni tak ubah macam kaki pau.
Baru-baru ni masa aku pegi Imbi untuk servey barang, nak parking je dah disambut, punya le nak elak mereka ni. Ceh. Tak pe la, janji aku boleh parking. Oleh sebab hari tu aku bad mood mase balik tu aku terus cabut, walaupun ada mamat jaga parking tu dekat. Orang lain plak tu, bukan mamat yang memula. Diaorang ni ada shift ke?
Seramai sembilan orang ditahan dalam Operasi Jaga Kereta/Motosikal yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memantau kegiatan penjaga haram parkir di sekitar pusat bandar, malam kelmarin. Operasi siri ke-15 bagi 2010 itu diketuai Ketua Inspektor Azmin Ali dari Bahagian Operasi Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL dan disertai dua pasukan terdiri 20 anggota penguat kuasa DBKL.
Azmin berkata, lima daripada mereka ditahan di Jalan Sultan Ismail manakala seorang masing-masing ditahan di Jalan Fatimah, Masjid India; Jalan Lumut, Kompleks Damai dan Jalan Persiaran Hempshire, Jalan Berangan, Bukit Bintang.
Beliau berkata, semua mereka ditahan selepas didapati menjalankan kegiatan memungut upah dengan menjaga parkir haram.
“Cara operasi dijalankan adalah dengan memerhatikan dari jauh gerak-geri penjaga tempat letak kereta secara haram dan sejurus menerima imbuhan, tangkapan akan dibuat.
“Semua mereka juga akan didakwa di mahkamah dan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 50 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan mengarahkan mana-mana orang meletak kenderaan,†katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Operasi selama enam jam itu turut dibantu Inspektor Kanan Mohd Nasir Md Ali dan Pembantu Undang-Undang merangkap Pegawai Pendakwa DBKL, Mohd Irwan Mat.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda maksimum RM2,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.
Manakala bagi kesalahan kedua dan seterusnya, mereka yang didapati bersalah boleh didenda RM4,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.
Azmin berkata, operasi kelmarin mensasarkan kawasan pusat bandar dan tumpuan antaranya Jalan Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, Bukit Bintang, Bangsar, Brickfields, Damansara dan Sri Hartamas, termasuk kawasan tempat letak kereta awam yang disediakan DBKL.
Jika sebelum ini saya review telefon Nokia dan Sony Ericsson, tibalah masanya saya review telefon HTC. Secara ringkasnya, HTC menggunakan Windows Mobile sebagai sistem operasi. Ada juga yang menggunakan Android. Tapi kali ini saya akan review HTC HD2 yang dikatakan bakal menyaingi iphone yang sudahpun berada dipasaran Malaysia.
HTC HD2 adalah Windows pertama yang menggunakan HTC Sense, iaitu pengumpulan hubungan tertumpu dengan menjadikan telefon berkerja lebih mudah, semulajadi dan lebih peribadi. Semua ciri dalam telefon adalah dianggap terbaru dengan resolusi lebih tinggi, skrin lebar sesentuh kapasitif 4.3inci, dan ultra tipis memberikan kandungan lebih tajam, lebih cerah dan lebih kaya.
Telefon ini yang pertama menggunakan sesentuh kapasitif pada Windows untuk paparan,lebih mudah untuk zoom dan menukar saiz website, membuka fail Ms Office, membuka PDF dan gambar dengan menggunakan sejemput jari anda. Skrin lebih besar menjadikan taipan lebih efisyen dan mudah. HTC HD2 dilengkapkan dengan pemproses terbaru Qualcomm Snapdragon 1Ghz. Ini menawarkan peningkatan kuasa berbanding model sebelum ini dari segi kelajuan applikasi, video, permainan dan banyak lagi.
Dibangunkan dengan hasrat untuk meningkatkan kehidupan masyarakat melalui inovasi, rekabentuk dan kemudahan penggunaan, HTC Sense berasaskan pada tiga prinsip-prinsip asas iaitu Make it Mine, Stay Close dan Discover the Unexpected.
Make It Mine
HD2 bukan sahaja mencerminkan apa yang anda inginkan pada telefon tetapi juga mencerminkan dimana anda berada. Dengan skrin besar, HD2 membawakan dimensi baru kepada paparan cuaca beranimasi, tanpa mengganggu kandungan penting dan maklumat. HD2 juga boleh memuat turun applikasi daripada Windows Marketplace untuk telefon bimbit yang menggunakan sistem operasi Windows Mobile.
Dilengkapi kamera 5MP
Stay Close
HTC HD2 membantu anda merapatkan jurang dengan keluarga dan teman-teman. HD2 menggunakan pendekatan komunikasi menggunakan satu tetingkap kenalan untuk setiap orang tanpa mengambilkira apakah panggilan, sms, status Facebook atau email yang digunakan. Ketika membaca email yang diterima, anda juga boleh terus membuat panggilan kepada penghantar dengan terus menekan kekunci panggil. Telefon ini juga dilengkapi dengan applikasi Twitter tersedia iaitu HTC Peep. Gambar yang diambil dengan kamera 5MP dengan mudah dapat dikongsi melalui Facebook dan Twitter.
Discover the Unexpected
Dengan HTC Sense, HTC HD2 merangkumi pelbagai peranti tambahan yang memperluas dan memperbaiki keseluruhan pengalaman telefon. HD2 merangkumi pelbagai sensor termasuk sensor jarak yang digunakan untuk mencegah kesilapan menyentuh skrin apabila telefon diangkat untuk menjawab atau membuat panggilan.Sebuah sensor cahaya secara automatik menyesuaikan kecerahan skrin. Telefon ini juga boleh menjadi WiFi peribadi dimana sahaja untuk komputer dan peranti lain.
Sebagai telefon yang menggunakan Windows Mobile 6.5(terbaru) kemampuan browsing dan produktiviti telah dipertingkatkan. Telefon ini berkeupayaan untuk menyelaras dan mengurus banyak akaun email dengan menggunakan Microsoft Exchange. Perisian yang disertakan juga boleh backup dan menyelaras gambar, muzik, hubungan serta sms dan boleh pula dimuat naik ke internet.
Ketika pergi ke Low Yat baru-baru ini, didapati telefon ini sudah berada dipasaran. Anggaran harga bagi telefon ini adalah sekitar RM2800-RM3000.
Sesiapa ada masa silalah pergi ke Roadshow Microsoft di beberapa tempat diseluruh negara bermula pada bulan ni. Selain boleh mencuba komputer yang dilengkapkan oleh Windows 7 korang juga berpeluang membawa balik goodies dengan menyertai kuiz dari semasa ke semasa di lokasi roadshow.
Kebetulan tadi aku pergi ke Low Yat untuk membeli barang komputer. Memang dikirakan dah lama jugak aku tak pegi sini. Mungkin dah setahun tak pegi. Kalau tidak dulu selalu jugak aku pegi walaupun tak beli barang apa.
Selesai beli barang, aku dengan member aku(Nik) pergi ke Roadshow tersebut. Sekali ada kuiz dan boleh dapat hadiah pulak. Kami pun join la. Aku dengan Nik masing-masing dapat T-shirt.
Aku punya soalan, pengacara tu suruh ambil gambar logo acer menggunakan kamera telefon bimbit. Aku pun snap-snap-snap la.
Dan hadiah dia;
Dapatla jersi Ronaldo No 7. Sama gak dengan Nik, hadiah yang sama tapi dia dapat warna hijau daun. Soalan Nik adalah berapa versi Windows 7 dan jawapannya adalah 6. Senang aje.
Jadi siapa ada masa turunlah beramai-ramai ke Low Yat sehingga 8 Nov ini untuk meraikan Roadshow Windows 7 nie. Lokasi lain adalah di Ikano Power Centre, PJ 4-8 Nov, Gurney Plaza 6-8 Nov dan City Square JB pada 13-15 Nov.
Dengar cerita dari sumber dalaman, 777 salinan Windows 7 Home Premium dijual pada harga diskaun ketika Roadshow ni.
Follow me on Social Media