July 18, 2010

Linux OpenSUSE 11.3

Distro Linux ni baru saja dikeluarkan beberapa hari lepas. Aku dah mencubanya dan didapati banyak peningkatan dari versi 11.2. Ada beberapa ciri juga dipertingkatkan. Distro ini juga dilengkapi dengan SpiderOak iaitu online backup percuma yang boleh synchronize fail di Internet.

OpenSUSE 11.3 juga memberikan sokongan kepada netbook serta pengenalan terhadap fail sistem baru iaitu Btrfs juga sokongan terhadap komputer tablet dan komputer berskrin sesentuh seperti HP TouchSmart.

Versi ini juga turut datang dengan GNOME Shell. Untuk maklumat lebih terperinci boleh merujuk kepada link ini. http://wiki.opensuse.org/Product_highlights

May 29, 2010

Fedora 13: Pandangan pertama

Fedora 13 atau nama kodnya Goddard baru sahaja dikeluarkan. Bagi peminat Fedora, ini mestinya dinantikan.

Sebelum ini saya telah bawakan OpenSuSE 11.2 dan Ubuntu 10.04, kini tiba giliran Fedora. Dari segi antaramuka tidaklah banyak beza dengan Ubuntu kerana menggunakan GNOME. Jadi sesiapa yang sudah biasa dengan Ubuntu sepatutnya tidak merasa janggal dengan antaramukanya. Cuma sedikit perbezaan adalah dari segi pemasangan perisiannya sahaja kerana Ubuntu berdasarkan debian manakala Fedora menggunakan Redhat Package Management(RPM).

Pengguna Desktop pastinya mendapat sedikit manfaat daripada kemaskini terbaru ini. Antaranya adalah seperti;

  • Pemasangan pemacu pencetak automatik
  • Pemasangan pek bahasa automatik
  • Pembaharuan NetworkManager
  • Pemacu sumber terbuka nouveau untuk kad grafik NVidia
  • Shotwell menggantikan F-Spot dan Gthumb
  • Pino untuk twitter
  • Perisian backup Deja Dup yang boleh bersambung dengan Amazon S3 serta
  • Rhythmbox menyokong iPod dan iPhone

Proses boot- proses boot Fedora tak semenarik OpenSuSE atau Ubuntu, cuma ada bar berwarna biru dengan teks “Fedora 13″ dibahagian hujung. Bagi yang suka tengok proses dibelakang tabir ketika proses boot, boleh hidupkan verbose mode.

Bagi pelajar IT, tak rugi cuba Fedora kerana dalam bidang pekerjaan nanti anda pasti bertemu dengan pelbagai Linux distro yang setiap satunya mempunyai feel yang berbeza. Bila dah ada pengalaman, tak janggal nak sentuh sesuatu Linux box meskipun distro berlainan kerana asasnya msih sama, cuma feel yang berbeza.

May 3, 2010

Ubuntu 10.04 LTS: pandangan pertama

Ubuntu 10.04 ataupun nama kod “Lucid Lynx” baru sahaja dikeluarkan beberapa hari lepas. Versi ini adalah versi LTS atau “Long Term Support” dimana sokongan bagi desktop adalah 3 tahun dan server adalah 5 tahun.

Jika dirujuk pada laman web http://distrowatch.com/ Ubuntu memang popular dan merupakan distro teratas dalam senarai, diikuti oleh Fedora dan Mint. Antara Mint dengan Ubuntu tidaklah berbeza sangat, kerana berdasarkan kepada Debian. Jika mahu feel berbeza cuba bandingkan Ubuntu, Fedora, OpenSuSE dan Slackware.

Pemasangan Ubuntu tidaklah sukar dan amat sesuai bagi pengguna yang baru mahu belajar tentang Linux. Masa pemasangan juga singkat dimana hanya perisian asas dipasang, tidak seperti sesetengah distro seperti OpenSuSE yang memakan masa lebih lama untuk dipasang kerana lebih banyak perisian dipasang. Ianya juga bergantung kepada apa kegunaan distro tersebut dan jika dilihat Ubuntu lebih berientasikan internet.

Adalah menjadi kebiasaan saya apabila memasang Linux, saya akan membuat partition cakera keras sekurang-kurangnya 3 iaitu /boot, / dan swap. Swap tidaklah diperlukan sangat bagi desktop jika memori besar. Dan jika buat partition / pun sudah mencukupi asalkan / diletakkan pada primary partition dan ianya diaktifkan menggunakan fdisk.

Penyediaan partition

Penyediaan partition

Partition secara manual

Partition secara manual

Tukar lokasi bootloader

Tukar lokasi bootloader

Dalam configurasi saya, saya telah membuat partition /boot dan telah mengaktifkan partition itu. Kenapa? Ini adalah kerana saya tidak mahu Grub bootloader memasang bootloader dalam MBR dimana apabila komputer diformat, MBR turut hilang. Untuk membetulkan balik memanglah tidak sukar, tetapi saya tidak menggemarinya.

Dari segi penampilan, memang agak menarik dengan warna unggu serta bebutang “minimize/maximize/close” yang diletakkan sebelah kiri tidaklah sejanggal mana. Percubaan untuk memasang perisian juga nampak tiada masalah.

Mungkin yang sudah mencuba 10.04 menjumpai beberapa bug seperti saya apabila memuat turun kali pertama tidak dapat dipasang, kemungkinan sumbernya sudah rosak. Saya telah memuat turun sekali lagi dari mirror lain dan berjaya dipasang. Ada juga isu ianya hang ketika proses startup dan ketika shutdown. Mungkin disebabkan keserasian perkakasan dan memerlukan penelitian lebih lanjut.

Secara kesimpulannya, Ubuntu lebih mudah dipasang dan amat sesuai bagi pengguna baru yang mahu belajar tentang Linux.

Untuk review lain, bolehlah lawat jomlinux dan syafiq.net. Untuk pandangan pertama OpenSuSE 11.2, bolehlah pergi ke sini.

Carian kesini:

March 30, 2010

Award dah mai, award dah mai….

Tak sangka plak dapat award. Maklum jelah, tak glamer mane pun. Haha.

Award ni dapat daripada Ery@Tin Kosong. Terima kasih kepada semua yang menyokong blog ni walaupun sejak dua mejak ni sibuk sikit dengan kerja tapi tak pernah tinggalkan Facebook. ~tetiber.

Sebagai penulis blog, aku gak adalah pembaca blog. Ada gak blog aku selalu bertendang bertandang tapi tak pernah langsung nak komen. Sori ye. Agaknya sebab naik syeh baca sampai lupa komen :P

Berikut merupakan blog yang aku sering jengah.

inertz.com juga telah mencapai 1000 komen dengan jumlah entry 457.

Oleh itu hadiah khas juri sempena komen ke 1000 diberikan kepada En topo. Sepatutnya cik ina, tapi takde link blog, jadi dapat la kepada En Topo. Aku tak jumpe ikon untuk En Topo jadi kalau En Topo fikir tak sesuai dengan ikon ni bagitau la ye. Ikon telah diletakkan dibahagian sidebar kanan.

Sesiapa yang ingin bertukar link, boleh layan diri kat sini : http://inertz.com/bertukar-link/

RSS reader sponsored by brief. Entry ni lambat dikeluarkan dek kerana Internet yang lembab, jadi lambab sikit nak keluar.