April 14, 2011

PIKOM PC Fair KLCC 15-17 April

Salam hormat.

PC Fair bakal datang lagi pada hujung minggu ini bermula Jumaat. Walaupun orang kata harga barangan IT lebih kurang sama sahaja dengan barangan yang dibeli di Low Yatt, tetapi tetap meriah dengan setiap tahun bilangan pengunjung yang semakin bertambah disebabkan dibuat di tumpuan orang ramai iaitu KLCC.

Bukan setakat orang Malaysia sahaja yang mengunjungi PC Fair, ianya termasuk juga pelancong asing yang datang melawat negara kita serta warga asing yang bekerja di negara kita. Siapa yang pernah pergi ke PC Fair KLCC mesti tahu bagaimana sesaknya.

Nuffnang lama tak buka tiba-tiba ada buffered earning lak.

Carian kesini:

December 12, 2009

Sumpahan minyak

klccMalaysia merupakan salah sebuah negara pengeluar minyak di dunia. Siapa tak kenal menara berkembar Petronas atau KLCC. Siapa tak kenal Petronas melaui Formula 1. Namanya gagah dimata dunia. Tetapi;

Mantan menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Malaysia sebagai negara ‘sumpahan minyak’ di mana kekayaan hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi menjadi madat dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

“Bila saya mengasaskan Petronas pada 1974, saya tidak menyangka bahawa suatu hari nanti, saya merasakan lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, anugerah minyak itu yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar dan berhati mulia, sebaliknya telah menjadi madat yang memberi kesenangan sementara dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

Andai kata khazanah negara yang satu diagihkan seadilnya, rasanya mungkin negara kita dah menghampiri negara maju, atau sekurang-kurangnya setanding dengan Singapura.

Maaf, aku bukan penentang pembangunan, tapi cuma menyatakan pandangan.

Carian kesini: