November 17, 2009

Election – not erection

PilihanrayaPilihan raya baru akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh di Kedah, selepas kerusi berkenaan diisytihar kosong oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Abu Hassan dihalang menghadiri persidangan DUN Kedah, hari ini.

Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih menjadi wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

“Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah,” katanya ketika menyampaikan keputusannya pada 5.30 petang.

Nampaknya satu lagi pilihanraya kecil bakal diadakan. Kerajaan akan merayu di mahkamah rayuan berikutan keputusan mahkamah tinggi itu.

Carian kesini:

July 31, 2009

Pilihanraya kecil, lagi!

pasADUN Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini.

Mohd Hamdan, 60, meninggal dunia akibat sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil bagi DUN Permatang Pasir dalam tempoh 60 hari.

Permatang Pasir – salah satu kerusi DUN dalam Parlimen Permatang Pauh yang diwakili Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim – adalah kerusi DUN tunggal PAS di Pulau Pinang.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Dua bulan lalu, pilihanraya kecil diadakan bagi DUN Penanti – juga dalam parlimen Permatang Pauh – ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Fairus Khairuddin.

Pilihanraya kecil itu dimenangi calon PKR, Dr Mansor Othman di mana jumlah pemilih yang keluar mengundi adalah yang terendah dalam sejarah, ekoran Umno tidak meletakkan calonnya bertanding di situ.

Sumber Malaysiakini.

May 2, 2009

PAS tidak bertanding di Penanti

PAS tidak akan meletakkan calonnya di DUN Penanti dalam pilihanraya kecil hujung bulan ini walaupun ada desakan dari dalam parti itu sendiri, lapor Bernama.

“(Keputusan) ini kerana PAS tertakluk kepada perjanjian yang telah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat.

“Semua parti dalam Pakatan telah bersetuju, jika berlaku pilihanraya kecil, calon yang bertanding mestilah daripada parti yang bertanding pada pilihanraya umum sebelum itu,” kata pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali.

Selain PAS kawasan Permatang Pauh – yang tidak akan menurunkan jentera kempennya dalam pilihanraya antara 23 hingg 31 Mei sebagai membantah calon PKR – desakan yang serupa dibuat oleh ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Hafiz Mohd Nordin.

Kerusi DUN tersebut kosong susulan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin 16 April lalu, tidak lama selepas melepaskan jawatan-jawatan exco negeri dan timbalan satu ketua menteri 1 Pulau Pinang.

PKR mencalonkan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau  Pinang, Mansor Othman, sementara BN belum menamakan calonnya.

Sumber Malaysiakini.

April 25, 2009

Tiada cukup bukti dakwa Fairus, kata SPRM

fairusSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan keterangan yang diperolehnya berhubung siasatan terhadap bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin daripada PKR, tidak mempunyai asas untuk mendakwanya.

Menurut kenyataan SPRM hari ini, keputusan itu dibuat setelah SPRM meneliti kes itu dengan mendalam dan mengambil kira keseluruhan keterangan yang terdapat dalam siasatan itu.

“Peguam Negara juga bersetuju atas keputusan ini setelah dimaklumkan kepadanya,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan kononnya dua pemimpin PKR negeri itu yang disyaki terlibat dalam penyelewengan membabitkan syarikat kuari di Seberang Perai, lapor Bernama.

Pendedahan berkenaan dibuat oleh Ketua Angkatan Muda PKR Kepala Batas, Amizuddin Ahmat Februari lalu dan ia dipercayai menjadi punca kepada peletakan jawatan Fairus sebagai timbalan ketua menteri I dan ADUN Penanti.

Sumber Malaysiakini.