May 8, 2010

Benda alah untuk pisahkan kuning telur dari putih telur

Mat Saleh ni memang kreatif la. Benda-benda pelik dan kelakar tapi boleh digunakan kat dapur macam egg separator ni boleh mereka cipta.

Benda ni direka oleh Peter Petrie sebijik macam cawan tapi bentuk macam muka orang dengan hidong beso dan belubang. Tujuannya adalah untuk memisahkan kuning telur dengan putih telur.

Telur ayam kasi pecah lepas tu masuk dalam cawan ni dan keluarkan putihnya melalui lubang hidung beso tuh. Sebijik macam hingus. Ceh. [via]

Carian kesini:

October 8, 2009

Jangan ketawa

ketawaKetawa dikatakan terapi untuk stress.  Ketawa juga dikatakan sebagai senaman muka, ini adalah kerana ketika ketawa otot-otot pada bahagian muka bergerak.

Ketawa biasanya dikaitkan dengan benda-benda kelakar yang kita lihat atau dengar. Kita juga boleh ketawa jika digeletek.

Contoh perkara yang lucu yang membolehkan kita ketawa seperti melihat orang melatah, melihat aksi badut, melihat lawak yang dilakukan pelakon dalam kaca tv seperti senario dan sebagainya.

Tahukah anda bahawa secara purata, kita ketawa 15 kali dalam sehari.

Bayi juga ketawa, kanak-kanak juga ketawa jika diusik, orang tua juga pandai ketawa. Orang yang ketawa sorang-sorang mungkin orang gila.

Untuk release tension, tengoklah video ketawa dibawah.

Yang ni feveret aku nih, pensel berbulu senyum.

Carian kesini:

October 7, 2009

Mimpi apa malam tadi?

mimpi

Semua orang pasti bermimpi waktu tido kan. Sesiapa tak bermimpi tipu la. Tapi ada juga keadaan kita tak bermimpi langsung waktu tido. Mula dari tido sampai bangun rasa sekejap aje sebab otak kosong kerana tiada maklumat masa tempoh tido tu.

Ada juga keadaan dimana kita tido dan bermimpi, tetapi kita tak ingat apa yang kita mimpi, sehinggalah satu masa mimpi itu berlaku dalam alam nyata sebijik seperti mimpi. Dan kita terfikir bahawa peristiwa tu sudah pernah berlaku dahulu.  Ianya dipanggil dejavu. Mana mungkin 2 kejadian yang sama berlaku sebijik tanpa cacat cela.

Macam mana pula dengan tafsir mimpi. Kata orang mimpi membawa banyak tafsiran.

Malam tadi aku mimpi pergi masjid. Mimpi melihat kucing tido dipangkuan, tetapi yang kelakar kucing tu pakai baju kulit arnab. Juga aku ada mimpi melihat kubur.

Tetapi aku selalu mimpi terbang.

Oleh kerana aku nak tahu sangat maksud mimpi, aku pg la google dan terjumpa kat sini tafsir mimpi;

http://www.mymesra.com.my/index.php?ch=blog&pg=blog_main&ac=5280&blogid=mimie_a91

Untuk mimpi masjid tafsiran dia.

390. Mimpi memasuki masjid : Akan menjadi orang yang taqwa.
391. Mimpi shalat (sembahyang) di dalam masjid : Akan memiliki masa depan yang cerah.

Untuk mimpi kucing.

729. Mimpi melihat seekor kucing tertidur : Ada kepuasan dalam cinta.

Mimpi kubur.

171. Mimpi melihat banyak kuburan : Akan terjadi huru-hara di dalam negeri.

194. Mimpi berziarah ke tempat keramat atau kuburan : Akan menjadi seorang yang mulia dan bahagia.

Mimpi terbang.

134. Mimpi terbang di udara : Alamat akan menuntut ilmu.

Semua yang baik-baik je mksud mimpi aku ni. Alhamdulillah, semoga mimpi aku jadi kenyataan.

Tapi mimpi tak seharusnya benar, ada mimpi juga datang dari tipudaya syaitan.

Carian kesini: