November 13, 2009

OpenSUSE 11.2 dilancarkan secara rasmi hari ini

opensuseProjek OpenSUSE merupakan projek sumber terbuka yang ditaja oleh Novell hari ini mengumumkan bahawa OpenSUSE 11.2 sudah tersedia untuk dimuat turun melalui laman web rasmi OpenSUSE. OpenSUSE adalah sistem operasi yang selamat dan stabil serta mencakupi semua perisian yang diperlukan untuk dipasang kepada komputer desktop atau komputer pelayan. OpenSUSE merupakan asas bagi SUSE Linux Enterprise daripada Novell.

Apa yang baru dengan OpenSUSE 11.2?

OpenSUSE 11.2 bukan sahaja sesuai untuk pengguna berpengalaman, malah juga sesuai untuk pengguna baru kerana beberapa ciri-ciri sebelum ini telah dipertingkatkan. Ianya juga turut memuatkan versi kemaskini beberapa perisian penting seperti Firefox, OpenOffice, GNOME, KDE serta lebih 1000 aplikasi sumber terbuka untuk desktop. OpenSUSE 11.2 juga turut dilengkapkan dengan perisian pelayan, juga tidak ketinggalan perkakasan untuk pembangunan perisian seperti bahasa pengaturcaraan.

Beberapa ciri penting dalam OpenSUSE 11.2.

  • KDE 4.3, kemaskini terbesar untuk platform KDE, sokongan rangkaian diperbaiki dan integrasi lebih baik dengan Firefox dan OpenOffice.
  • GNOME 2.28, dengan keluaran terbaru dari GNOME menampilkan barisan tema baru, memperbaiki perisian untuk kemaskini, penambahbaikan pada webcam serta aplikasi video, dan fungsi baru untuk menyokong GNOME 3.0
  • OpenOffice 3.1, perisian pejabat ini adalah serasi dengan perisian Microsoft Office,.
  • Penambahan pada KDE dan GNOME microblogging untuk jaringan sosial seperti Gwibber dan Choqok.
  • Sokongan untuk enkripsi data bagi seluruh cakera keras serta sokongan terhadap EXT4 dan btrfs.
  • Versi YaST melalui web browser iaitu WebYaST. Memudahkan pengkonfigurasian sistem OpenSUSE dari jarak jauh.
  • Kebolehan untuk memasang GNOME atau KDE live media dari USB, banyak pembaharuan dilakukan untuk menjadikan proses menaiktaraf lebih baik misalnya, pengguna 11.1 boleh terus menaiktaraf sistem kepada OpenSUSE 11.2.

Secara peribadinya saya sudah pakai SuSE lama, sejak dari SuSE 7.0 dan menjadi distro utama saya pasang dalam PC atau laptop.

January 25, 2009

Linus Torvalds bertukar kepada GNOME

Linus Torvalds asalnya adalah pengguna KDE, tetapi setelah beliau menggunakan versi 4.0 beliau mendapati ianya tidak stabil.

I used to be a KDE user. I thought KDE 4.0 was such a disaster I switched to GNOME. I hate the fact that my right button doesn’t do what I want it to do. But the whole “break everything” model is painful for users and they can choose to use something else.

I realise the reason for the 4.0 release, but I think they did it badly. They did so may changes it was a half-baked release. It may turn out to be the right decision in the end and I will re-try KDE, but I suspect I’m not the only person they lost.

I got the update through Fedora and there was a mismatch from KDE 3 to KDE 4.0. The desktop was not as functional and it was just a bad experience for me. I’ll revisit it when I reinstall the next machine which tends to be every six to eight months.

The GNOME people are talking about doing major surgery so it could also go the other way.

Ianya adalah benar kerana saya telahpun mencubanya pada OpenSuSE 11.1 dan didapati selalu crash apabila hendak menukar/edit taskbar bawah. Ianya juga berlaku pada OpenSuSE 11.0. Sekarang ini antaramuka OpenSuSE saya adalah GNOME.