April 12, 2011

Nokia menguatkan pasaran telefon bimbit dengan pengenalan 2 model baru

Nokia hari ini telah melancarkan secara rasmi 2 model baru telefon bimbit. Nokia E6 untuk profesional dengan kekunci QWERTY dan Nokia X7 yang berorientasikan skrin sesentuh.

Nokia E6 adalah kesinambungan daripada Nokia E71 dan E72. Generasi kali ini menyokong kedua-dua fungsi iaitu sesentuh dan kekunci QWERTY. Dengan kekunci fizikal QWERTY menaip email dan berbalas sms lebih mudah. E6 mempunyai memori dalaman sebanyak 8GB dan menyokong memori tambahan sehingga 32GB. Telefon bimbit ini menyokong HSDPA sehingga 10.2Mbps dan juga WiFi. E6 adalah antara telefon Symbian terawal yang menggunakan sistem operasi Symbian Anna. Untuk spesifikasi lengkap bolehlah merujuk ke link berikut : http://europe.nokia.com/find-products/devices/nokia-e6-00/specifications

Nokia X7 merupakan telefon bimbit skrin sesentuh sepenuhnya. Ianya lebih berorientasikan multimedia dengan skrin lebar bagi penggemar video. Dengan skrin sesentuh AMOLED 4 inci, amat sesuai untuk menonton video HD dan melayari laman web dari telefon bimbit. Telefon ini juga turut direka untuk pengguna laman sosial seperti Facebook dan Twitter dimana suapan RSS boleh diterima secara terus kedalam telefon bimbit. Degan skrin lebar juga, permainan menjadi lebih mengujakan.

X7 disertakan dengan kad memori 8GB SD dan mampu menyokong sehingga 32GB. Sama seperti E6, ianya menyokong HSDPA sehingga 10.2Mbps serta WiFi. Untuk spesifikasi penuh layari : http://europe.nokia.com/find-products/devices/nokia-x7-00/specifications

Carian kesini:

May 1, 2010

Nokia C5 sudah berada dipasaran

Nokia C5

Nokia C5

Nokia C5 kini sudah berada dipasaran. Ianya bolehlah dianggap sebagai telefon bimbit sosial kerana menampilkan bebutang rangkaian sosial seperti Facebook dan Myspace. Telefon bimbit ini berharga bawah RM600 dan mampu dibeli oleh kebanyakan orang.

Telefon ini bercirikan seperti telefon pintar meskipun boleh didapati pada harga yang tidak mahal seperti sistem navigasi Ovi maps, email tekan, bebutang rangkaian sosial, Ovi music dan sebagainya.

Dari segi rangkaian, telefon menyokong GSM 850 / 900 / 1800 / 1900, HSDPA 900 / 2100 muat naik sehingga 10.2Mbps, Menyokong 3G, GPRS dan EDGE serta mempunyai Blueetooth.

Telefon bimbit ini dikuasakan oleh Symbian 9.3.  Dari segi kamera, ianya mempunyai kamera 3.2MP, jika hendak lebih besar, belilah kamera digital. Ianya turut didatangkan percuma dengan 2GB kad memori.

Harga telefon bimbit adalah dianggarkan sekitar  RM560-RM580.

[via]

Carian kesini:

November 25, 2009

Memilih jenis kamera untuk dibeli: Kamera kompak, semi-kompak atau DSLR

Siapa ada kamera? Jangan angkat tangan. Bagus, semua ada kamera. Sekarang ini kamera merupakan gadget yang menjadi kemestian bagi setiap orang. Kalaupun tak ada kamera, sekurang-kurangnya memiliki telefon bimbit berkamera.

Pada masa ini, kamera digital lebih murah dan mampu milik kerana kamera digital menggunakan kad memori dan tidak menggunakan filem. Kelebihan kamera digital adalah gambar boleh diambil banyak kali dan sekiranya gambar tidak cantik, boleh dipadamkan dan bokeh mengambil gambar yang sama sekali lagi.

Adalah agak sukar untuk menyelusuri lanskap kamera digital kerana terdapat begitu banyak model yang berbeza dengan gaya yang pelbagai. Kamera digital juga ada yang dicipta untuk mengambil gambar yang lebih spesifik. Secara umum, kamera terbahagi kepada 3 iaitu kompak, semi-kompak dan kamera digital SLR.

Kodak Easyshare M753. Penulis memiliki kamera ini.

Kodak Easyshare M753. Penulis memiliki kamera ini.

Kamera kompak adalah kamera kecil dan mudah alih. Ianya mudah dibawa dan mudah dimasukkan dalam poket atau beg tangan. Kebanyakan telefon bimbit berkamera boleh juga dianggap dalam kategori ini. Kebanyakan kamera jenis ini mempunyai zoom sama ada zoom analog atau digital.Biasanya kamera jenis ini mempunyai antara 5-12Megapiksel. Jika dahulu, kita perlu buat pilihan antara kamera kecil atau gambar berkualiti tinggi, tapi sekarang, kamera kecilpun mampu untuk mengambil gambar berkualiti tinggi yang cantik. Kamera jenis ini juga memiliki beberapa tahap konfigurasi gambar seperti auto fokus, auto flash, mode malam, mod makro dan sebagainya. Biasanya kamera ini mempunyai konfigurasi yang mudah dan terhad dan bolehlah dikatakan kamera jenis automatik. Contoh kamera ini adalah seperti Kodak Easyshare M753.

Bagi kamera semi-kompak pula, ianya lebih besar dari kamera kompak. Contoh kamera adalah seperti Canon Powershot. Kamera ini mempunyai lensa yang terbonjol keluar daripada badan kamera dan tidak boleh ditukar. Konfigurasi untuk kamera ini adalah lebih banyak. Kualiti gambar juga agak tinggi dan bolehlah dianggap kamera pertengahan. Antara kelebihan kamera ini adalah kelajuan shutter boleh ubah. Dengan shutter, objek bergerak boleh dipegunkan. Kamera biasanya memiliki zoom optikal sehingga 12 kali. Berbeza dengan kamera kompak, kamera kompak rata-ratanya hanya memiliki zoom optikal 3 kali.

Canon EOS 7D

Canon EOS 7D

Kamera SLR digital pula adalah yang paling mahal dan paling maju. Contoh kamera ini adalah seperti Canon EOS 7D .Ia juga paling berat. SLR bermaksud Single Lens Reflex. Kamera ini mempunyai cermin untuk memantulkan gambar. Perbezaan ketara kamera ini adalah lensa kamera boleh ditukar. Lensa boleh ditukar kepada lensa sudut lebar(wide-angle) atau fotografi jarak jauh selain menggunakan kanta yang lebih berkualiti tinggi. Biasanya kamera jenis ini dimiliki oleh jurugambar profesional, wartawan atau peminat fotografi kerana boleh mengambil gambar lebih tajam dan berkualiti. Konfigurasi kamera ini juga lebih banyak dan boleh pula ditukar mengikut selera. Boleh memilih mod auto atau mod manual.

Kesimpulannya, pilihlah kamera yang sesuai untuk anda. Jangan terlalu mengikut kawan jika kawan membeli DSLR kita pun hendak membelinya sedangkan kita tak mahir menggunakannya.

Carian kesini:

February 10, 2009

2 telefon bimbit terbaru dari Sony Ericsson

Sony Ericsson hari ini telah mengeluarkan 2 telefon bimbit baru bagi penggemar siri Walkman dan siri Cyber-shot. Telefon itu adalah Sony Ericsson W395 Walkmanâ„¢ phone dan Sony Ericsson C903 Cyber-shotâ„¢.

Sony Ericsson W395 Walkman

Sony Ericsson W395 Walkman

W395 mempunyai speaker stereo istimewa menghasilkan bunyi lebih sedap dan nyaring digabungkan dengan fon telinga HPM-64 beserta stereo widening untuk pengalaman bunyi. Telefon ini dikatakan mampu dimiliki dengan butang khas muzik digabungkan 1GB kad memori serta radio. Jika muzik tidak mencukupi, kamera 2MP pasti menjadikan telefon bimbit ini pilihan ramai kerana bukan sahaja boleh mendengar muzik tapi boleh juga digunakan untuk mengambil gambar. Maklumat lanjut bolehlah merujuk disini…

Sony Ericsson C903 Cyber-shot

Sony Ericsson C903 Cyber-shot

Bagi Peminat Cyber-shot pula pasti akan teruja dengan kehadiran C903 Cyber-shot daripada Sony ini. Hanya dengan membuka slide akan mendedahkan kamera dan terus boleh mengambil gambar dengan telefon bimbit ini kerana terdapat butang khas untuk mengambil gambar. Ciri kamera yang mempunyai pengesan muka, boleh mengesan sehingga 3 orang dalam satu bingkai serta Smile Shutterâ„¢ yang mengambil gambar hanya apabila senyum.  Kamera telefon ini adalah 5MP begitu besar bagi telefon bimbit.  Maklumat berkenaan telefon bimbit ini boleh rujuk…

Carian kesini: