March 8, 2009

1000 impression, apa pentingnya?

Bagi yang baru berjinak-jinak dengan adsense tentu agak pening bila buka akaun adsense dan tak faham dengan data-data didalamnya. Benda yang mudah difahami adalah klik. Berapa banyak klik dan berapa banyak pendapatan. Hari ini saya hendak menceritakan secara ringkas berkenaan dengan Page impression. Kenapa ianya penting?

Bagi orang lama Adsense tentu tahu impression itu berkaitan apa? Impression adalah berkaitan dengan jumlah pelawat yang melawat ke laman web kita semasa iklan dipaparkan.  Kenapa saya fokus dengan 1000 impression?  Sebenarnya pendapatan yang sebenar adalah bergantung kepada per thousand impression. Apa maksudnya tu? Maksudnya adalah jika iklan berharga 15USD kita perlu dapat 1000 impression barulah dapat 15USD bagi 1 klik. Jika 2 klik barulah dapat 30USD. Kalau kita dapat 500 impression dengan iklan berharga 15USD, kita cuma akan dapat 7.5USD bagi 1 klik. Kita perlukan 4 klik dengan 500 impression untuk mendapatkan pendapatan yang sama dengan 2 klik iklan yang berharga 15USD bagi 1000 impression.

Boleh rujuk nota ringkas bagi meningkatkat page view disini.

Harap dapat membantu sesiapa yang masih baru dalam bidang ini untuk memahami adsense.

January 17, 2009

Tips ringkas meningkatkan page view dan menjadikan peluang cerah iklan adsense di klik

Adsense merupakan program pengiklanan yand dipelopori oleh Google, iaitu peneraju enjin carian. Dengan kadar pertukaran RM dan USD yang tinggi, Adsense menjadi pilihan utama bagi blogger Malaysia yang inginkan sedikit tambahan pendapatan daripada laman blog.

Idea google memang unik dimana sebelum ini hanya syarikat-syarikat besar sahaja mampu menaja iklan didalam laman web, tetapi sekarang bergantung kepada budget sesiapa sahaja boleh beriklan dengan google. Program ini lebih dikenali sebagai Adword.

Adsense pula adalah program bagi pengguna yang ingin menambahkan pendapatan melalui iklan yang dipaparkan dalam laman web. Setiap klik akan dibayar oleh google. Walaubagaimanapun ianya juga bergantung kepada page impression dan niche keyword yang terkandung dalam laman web atau blog. Juga terdapat iklan-iklan murah dalam Adsense. Walaupun kita mendapat banyak klik belum tentu kita akan mendapat banyak pendapatan. Dikatakan iklan yang tertinggi boleh didapati dari google adalah 60++USD satu klik.

Sedikit tips dari saya boleh dibaca disini.

Carian kesini: