April 25, 2009

Terkenang semasa dulu

Salam perkenalan bagi sesiapa yang baru jumpa blog ni.

Sebenarnya saya dah kenal internet sejak tahun 1998 semasa Matrikulasi dulu. Best betul masa tu. Teringat lagi masa mula-mula ada CC sebaris dengan kolej(kolej kat rumah kedai je). Mr janggel mesti ingat tu. Harga sejam bagi perkhidmatan internet masa tu kalau tak silap RM5 bagi sejam. Masa tu lah buat email hotmail pertama, dan masa tulah pertama kali main chatting(mirc). Masa tu kalau main game memang xde accelerated graphic. Memang pakai software rendering. Dan game yang paling mudah main adalah game fifa.

Teringat lagi nostalgia budak-budak kolej pecah masuk makmal komputer ikut siling. Gile nakal. Hampir kesemua pc kat makmal tu budak-budak install game sega. Tiap-tiap malam pegi masuk makmal untuk main game free. Akhirnya pihak kolej tahu mungkin sebab ada orang report. Lepas tu semua kena panggil dan nasihat serta kalau tak silap ada 4-5 orang kena tulis surat ala2 akujanji. Hehe.

Pada masa inilah aku mula kenal dengan hosting. Hosting free mula-mula aku pakai adalah goplay. Sekarang dah tak ada. Lepas tu geocities. Geocities masih ada tetapi aku dah tak boleh pakai dah sebab akaun yahoo aku telah di hijack. Cisss.. Berkemungkinan lepas ni dah tak ada dah geocities selepas yahoo menutupnya.

Anyway, sebenarnya aku tak pandai sangat menulis dan cerita panjang-panjang. Nanti boring pulak. Ada beberapa gambar yang akan membangkitkan nostalgia bagi orang yang sezaman macam aku.

geocities

Hosting dari geocities

Hosting free dari goplay.com

Hosting free dari goplay.com

mirc

mirc kat CC dulu 3 jam RM15

Email pertama aku dari hotmail.

Email pertama aku dari hotmail.

Yahoo juga popular dulu

Yahoo juga popular dulu

Dulu Netscape adalah browser yang popular

Dulu Netscape adalah browser yang popular

January 17, 2009

Tweaking bash prompt. Langkah pertama customize linux anda

Apakah Bash?

Bash berasal daripada Bourne Shell, berasal dari projek GNU iaitu “Bourne Again SHell”.

Bash merupakan antaramuka arahan standard kebanyakan sistem linux. Ia merupakan prompt interaktif menyokong command line editing,completion dan recall. Ia juga merupakan prompt yang boleh diubah; ramai yang sedar tetapi tidak ramai yang tahu cara untuk membuatnya.

Apa yang mampu dilakukan oleh Bash prompt?

Kebanyakan sistem linux mempunyai prompt default berwarna perang yang memberikan maklumat tentang nama pengguna dan nama mesin yang digunakan, dan ada juga menunjukkan direktori semasa. Semua ini merupakan maklumat berguna tetapi banyak lagi maklumat boleh ditunjukkan melalui prompt ini seperti nombor tty, masa, tarikh, load, bilangan pengguna, uptime dsb. Prompt juga boleh menggunakan warna ANSI sama ada untuk mencantikkannya ataupun untuk menunjukkan maklumat yang penting. Kita juga boleh memanipulasi bar tajuk dengan maklumat yang berkenaan dengan prompt.

Kenapa perlu tweak?

Selain kelihatan hebat, ia juga berguna untuk kesan maklumat sistem. Sesetengah orang yang berkerja dengan banyak sistem boleh membezakan warna antara satu sistem dengan sistem yang lain.

Langkah pertama

Pembolehubah yang biasa digunakan adalah PS1(pembolehubah PS2,PS3,PS4 biasanya tidak digunakan oleh pengguna biasa).Untuk menukar bash prompt pembolehubah PS1 perlulah diubah.Untuk tujuan eksperimen kita boleh terus menaip string PS1 terus pada prompt dan melihat hasilnya serta merta(hanya berkesan untuk sesi semasa dan berubah jika log keluar).

Contoh prompt:

[root@vps-svr1 ~]#

Sedikit tweaking :

[root@vps-svr1 ~]# PS1=”[\t][\u@\h:\w]\#”
[17:51:46][root@vps-svr1:~]#

Bacaan lanjut boleh rujuk artikel lama saya disini.