November 12, 2009

Sanggup bunuh diri selepas adik ditembak mati polis

Anggota Polis memeriksa kereta penjenayah PCO Boy

Anggota Polis memeriksa kereta penjenayah PCO Boy

Akibat kesedihan yang amat sangat selepas kehilangan adiknya yang mati ditembak polis, seorang ibu dikatakan bertindak meminum racun serta turut memberi minum racun itu kepada empat orang anaknya.

Menurut setiausaha agung penaja Parti Hak Asasi Manusia, P Uthayakumar, wanita tersebut kini sedang dirawat bersama dua anaknya di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Manakala dua lagi anaknya dalam keadaan stabil.Isnin lalu, adik wanita itu, R Surendran adalah antara lima orang suspek jenayah yang mati ditembak polis di Taman Klang Utama.

Polis mendakwa kelima-lima mereka – berusia 17 hingga 30 tahun – adalah anggota geng ‘PCO Boy’, yang bertanggungjawab dalam beberapa kejadian rompakan.

Mengulas mengenai percubaan membunuh diri itu, Uthayakumar berkata: “Keluarga tersebut tidak boleh menerima ketidakadilan tersebut.”

Beliau mendakwa, oleh kerana tiada cara lain untuk menentangnya, maka mereka mengambil tindakan nekad tersebut ketika berdepan dengan saat yang amat memilukan itu.

Sumber Malaysiakini. Gambar Kosmo.

Dizaman moden dan serba canggih ni, yang betul nampak salah dan yang salah nampak betul.

Carian kesini:

November 11, 2009

Permainan ditunggu-tunggu Modern warfare 2 dikeluarkan hari ini

Modern Warfare 2

Modern Warfare 2

Activision Publishing, Inc hari ini telah mengumumkan bahawa permainan yang dinanti-nantikan iaitu Call of Duty: Modern Warfare 2 sekarang sudah berada di kedai-kedai permainan komputer diseluruh dunia. Setelah mencatatkan rekod bagi pengedaran tengah malam di Amerika Utara, Modern Warfare 2 telah mula melepaskan ancaman baru ke atas dunia, menempatkan para pemain di barisan hadapan sebuah epik pertempuran global yang telah datang ke Amerika membuktikan bahawa tiada seorang pun yang akan selamat daripada penaklukan akan datang.

Pra pesanan yang begitu tinggi bagi permainan ini diseluruh dunia telah menjadikan permainan ini terlaris dalam sejarah permainan aksi dengan rangkaian 10000 gerai telah dibuka utuk jualan tengah malam. Permainan ini boleh didapati untuk platform Xbox 360, PS3 dan PC dengan harga USD59.99.

Game ini juga boleh didapati dalam platform Nintendo DS dipanggil Call of Duty(R): Modern Warfare(R): Mobilized.  Versi DS mempunyai jalan cerita lebih unik bagi permainan genggam.  Harga bagi versi DS adalah USD29.99. Bagi versi Wii ianya dipanggil Call of Duty(R): Modern Warfare(R) Reflex Edition.  Harga bagi versi ini adalah USD49.99.

Carian kesini:

August 6, 2009

Disney minat pasarkan animasi Upin & Ipin

Les’ Copaque Production Sdn Bhd kini dalam peringkat akhir perbincangan dengan saluran Disney yang bakal menyaksikan siri animasi 3D Upin dan Ipin serta filem Geng: Pengembaraan Bermula ditayangkan di 17 negara Asia Tenggara dan Korea.
geng pengembaraan bermula
Pengarah Kreatif dan Pemasarannya, Mohd Nizam Abdul Razak, berkata syarikatnya dalam proses akhir pemeteraian perjanjian selepas Disney berminat dengan kualiti yang ditonjolkan menerusi Upin dan Ipin.

“Disney bersetuju untuk menayangkan Upin dan Ipin di Asia Tenggara serta Korea yang seterusnya membuka peluang kepada kami bagi memasarkannya di negara Eropah melalui pasaran mereka,” katanya.

Katanya, siri animasi 3D 42 episod kesukaan ramai itu dijangka mula ditayangkan Disember ini manakala Geng: Pengembaraan Bermula pula akan mula ditayangkan tahun depan di negara terbabit.

Carian kesini:

February 2, 2009

Geng: Pengembaraan Bermula

Dipawagam pada 12 haribulan ini.

Ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman Kampung Durian Runtuh. Penduduk kampung menyebarkan cerita tentang kewujudan suatu makhluk yang menggerunkan menjelang waktu malam, namun tiada siapa yang berani mencari kebenaran disebaliknya…

Sehinggalah Badrol dan Lim, serta rakan-rakan baru mereka terjerumus ke dalam misteri tersebut tanpa disengajakan. Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan, jauh ke dalam hutan hujan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar, termasuk seekor ular gergasi yang mistik. Sertai mereka, dalam mengungkap misteri dan merentasi cabaran di sekitar keindahan panorama flora dan fauna Malaysia.