December 6, 2009

Alza untuk pemenang GP Joran 2010

juara_joranAlza Advance Version, ViVA Elite untuk juara pemancing

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Sdn Bhd (Perodua), akan menaja dua buah lagi kereta terbaru jenis Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Perodua Alza Advance Version dan ViVA Elite kepada pemenang Kategori Pantai dan Laut pada GP Joran 2010 yang dijangka bermula pada awal bulan depan.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Urusan Perodua Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar berkata, kereta jenis variasi baru keluaran syarikat itu dijangka menjadi hadiah utama di pusingan akhir GP Joran Oktober nanti.

“Pihak Perodua akan menaja sebuah lagi kereta MPV Alza jenis Advance Version kepada pemenang pusingan akhir GP Joran yang sebelum ini adalah Perodua Nautica kerana masih setia menyertai pertandingan GP Joran yang dianjurkan oleh Berita Harian.

“Ini kali keempat tahun berturut-turut, Perodua berbesar hari menaja kenderaan edisi istimewa ini sebagai tanda komitmen pihak kami kepada mereka yang mengambil bahagian menjayakan pertandingan memancing sepanjang tahun ini,” katanya selepas menyerahkan dua buah kereta kepada pemenang Grand Slam GP Joran, Mohd Yon Hanif dan Amran Abdullah di Balai Berita, baru-baru ini.

Katanya, tujuan penajaan ini adalah satu kaedah promosi dari Perodua untuk memperkenalkan produknya yang menampilkan pelbagai bentuk variasi kenderaan dari Perodua Kancil sehingga keluaran terbarunya iaitu MPV Alza yang sudah dilancarkan awal bulan November lalu.

“Selain melakukan promosi melalui penajaan ini, pihak kami turut berpeluang mendekatkan diri dengan pengguna secara terus berdasarkan misi korporat kami iaitu dedikasi adalah tanggungjawab sosial kami kepada masyarakat amnya.

“Tambahan pula, produk yang dikeluarkan oleh Perodua mampu dimiliki oleh sesiapa saja yang gemarkan aktiviti santai seperti memancing ini,” katanya.

Untuk rekod, Perodua MPV Alza Advance Version dijangka menemui pembeli bulan Mac tahun depan dan dijual harga sehingga RM70,146 dengan menampilkan pelbagai aksesori tambahan yang menarik seperti Sistem Kedudukan Global (GPS), kusyen kulit, skirting tepi, depan serta belakang dan lain-lain lagi.

Manakala Perodua ViVA Elite yang berharga sekitar RM44,900 pula, menampilkan rim aloi, skirt bahagian tepi, depan dan belakang serta airbag berkembar SRS.

Perodua yang ditubuhkan pada tahun 1993 sudah mengeluarkan pelbagai produk kenderaan kompak seperti Perodua Kancil, Rusa, Kembara, Kenari, Kelisa, Myvi, Nautica Pacuan Empat Roda(4WD).

Sumber Joran-BH

Carian kesini:

November 26, 2009

Nokia 5230 kini di pasaran

Nokia 5230

Nokia 5230

Telefon bimbit yang dikatakan bakal dilancarkan pada 2010 didapati sudah berada dipasaran Malaysia. Telefon ini mempunyai ciri-ciri tersendiri dan bukanlah telefon Xpressmusic seperti Nokia 5800. Antara cirinya adalah pilah warna yang lebih banyak iaitu 5 warna.

Telefon ini mempunyai 3G, tetapi tiada WiFi, bersesuaian dengan harganya dibawah RM1000 iaitu antara RM850-RM950. Dengan telefon ini, pengguna dapat memuatturun kandungan, lagu-lagu dari Nokia Music Store, aplikasi atau perisian, permainan, video atau perkhidmatan yang lain ditawarkan oleh Nokia Ovi terus melalui telefon bimbit.

Menawarkan penyelesaian yang lengkap menggunakan A-GPS dan versi terbaru Ovi Maps, mercutanda 3 dimensi bagi lebih 200 bandar beserta medan pandangan bagi pejalan kaki dan navigasi kenderaan.

Nokia 5230 mampu memainkan lagu selama 33 jam tanpa henti. Yang lebih menarik, headphone jack 3.5mm boleh digunakan pada telefon ini.  Selain itu, fungsi media bar membolehkan akses cepat kepada media kegemaran dan aplikasi, seperti muzik, foto, Youtube atau Ovi Share.

Telefon ini sesuai bagi yang masih tercari-cari telefon sesentuh yang berharga dibawah RM1000.

Carian kesini:

November 15, 2009

OpenSuSE 11.2: Pandangan pertama

opensuse logo_smSelepas OpenSuSE keluar aje, aku dah download distro ni untuk dicuba. Malangnya ada masalah untuk memasangnya ketika itu akibat pemeriksaan MD5 yang tak lepas ketika pemasangan. Setelah dibuat MD5 checksum pada iso, memang didapati MD5 checksum tidak sama. Berkemungkinan data rosak semasa memuat turunnya.

Sekali lagi aku download OpenSuSE tersebut, kali ini menggunakan talian pejabat pula. Setelah selesai, aku terus membuat MD5 checksum dan tiada masalah. Nanti aku buat manual ringkas bagaimana nak periksa MD5 checksum.

Berbalik kepada OpenSuSE, pemasangannya adalah tidaklah sesukar mana. Lebih kurang sahaja dengan pemasangan yang lain, cuma kalau dibandingkan dengan Ubuntu, OpenSuSE terdapat lebih banyak langkah pemasangan.

Perkara-perkara yang terlibat semasa pemasangan adalah seperti pemilihan partition. Biasanya aku akan buat 3 partition sahaja iaitu “/boot”,”swap”, dan “/”. Sejak aku mula pasang Linux, partition /boot tidak pernah aku tinggalkan kerana aku jarang pasang bootloader pada MBR.

OpenSuSE adalah sedikit berbeza daripada Ubuntu, bukan sekadar pepohon direktory yang berbeza, konfigurasi juga ada sedikit perbezaan. Seperti sedia maklum, Ubuntu adalah berdasarkan Debian, manakala OpenSuSE tidak banyak berubah dari versi asalnya iaitu SuSE. SuSE bukanlah sesuatu yang asing bagi aku sebab aku dah menggunakannya sejak versi 6.0 lagi.

Sesuatu yang masih tidak berubah dari dulu adalah Yast iaitu utiliti yang menyerupai control panel dalam Windows. Dalam versi ini, Yast telah dikemaskini dengan pengenalan WebYast. WebYast digunakan untuk konfigurasi sistem OpenSuSE dari jarak jauh melalui browser.

Semasa pemasangan, ada pilihan untuk memasang perisian lain dalam DVD, kita cuma perlu memilihnya, kita boleh memasang perisian pengaturcaraan, perisian pelayan, perisian Virtualization seperti XEN dan sebagainya. Pendek kata, tanpa internet, kita terus boleh memasang perisian yang diperlukan untuk desktop atau pelayan.

Kesimpulannya, OpenSuSE adalah satu distro Linux yang perlu dicuba oleh penggemar Linux terutamanya bagi pelajar IT, tak perlu terikat dengan satu distro sahaja kerana realitinya apabila menempuh bidang pekerjaan, kita mungkin akan menyelenggara sistem yang menggunakan Centos, Redhat, FreeBSD dan sebagainya.

Pemulaan prosess apabila DVD dimasukkan.

Pemulaan prosess apabila DVD dimasukkan.

Pemilihan lokasi untuk Zon masa.

Pemilihan lokasi untuk Zon masa.

Proses pemasangan bermula.

Proses pemasangan bermula.

Melihat pemasangan terperinci.

Melihat pemasangan terperinci.

Paparan apabila selesai pemasangan.

Paparan apabila selesai pemasangan.

Browsing internet menggunakan Firefox.

Browsing internet menggunakan Firefox.

October 24, 2009

Sony Ericsson Yari kini di Malaysia

yari2Yari adalah telefon bimbit slider terbaru dari Sony Ericsson. Telefon bimbit menyasarkan kepada golongan remaja yang gemarkan permainan telefon bimbit kerana ianya mempunya fungsi pergerakan telefon yang boleh mempengaruhi permainan. Yari turut dilengkapi bebutang permainan A/B untk kemudahan bermain.

Yari dilengkapi dengan kamera 5.0MP dan mempunya fungsi memuat naik gambar ke dalam album web.

Yari menyokong GSM/GPRS/EDGE 850/1800/1900 dan UMTS/HSPDA 900/2100

Harga bagi telefon bimbit ini adalah sekitar RM1060-1100.

Carian kesini: