January 14, 2010

Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL masih boleh disertai

Masih belum terlambat untuk menyertai Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL anjuran Denaihati. Ini adalah kerana contest tersebut hanya akan tamat pada pukul 20:20pm 20 Januari 2010.

Kemaskini daripada penganjur tajaan hadiah telah meningkat kepada RM4000. Hadiah juga telah diubah sedikit dimana carian keyword HIDUP BERANI UNTUK GAGAL melalui google.com.my juga berpeluang untuk memenanginya.

Ketika entri ini ditulis, sebanyak 113 blog telah menyertainya.

Tamat kisah contest.

Saya sebagai seorang insan amat bersimpati dengan sdr Faisal atau lebih dikenali sebagai Megat dalam laman blog megat.net. Anda boleh membaca berkenaan dengan kisah beliau disini. Jika mahu terus menyumbang;

No Akaun CIMB – 0123 0015 4575 21.

No Akaun Maybank – 1010 7541 8124

Nama Penuh – Faisal Amirul Othman.

Jika tiada kemampuan kewangan, maklum jelahkan mungkin masih belajar, masih lagi boleh menyumbang. Hanya paparkan riben khas seperti dalam blog penganjur kempen: hydir.com. Setiap riben menyumbang RM1.

December 29, 2009

Status peraduan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL anjuran denaihati

HIDUP BERANI UNTUK GAGALPeraduan SEO HIDUP BERANI UNTUK GAGAL sudah hampir ke penghujungnya. Jika diikutkan peraduan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL adalah peraduan terakhir penutup bagi tahun ini, oleh itu peraduan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL pastinya ditamatkan pada penghujung tahun ini dimana hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dianjurkan oleh denaihati bermula pada 2 Disember.

Pada ketika ini keputusan carian google adalah 651000. Kalau diikutkan aku punya submission macam tak ada harapan. Aku punya submission berada pada page ke 3 carian google.

Aku rasa siapa-siapa yang menyertai contest di saat-saat akhir mungkin berpeluang cerah untuk berada di page depan. Pandangan aku je la. Tapi bagi yang pandai manipulasi SEO mungkin juga boleh berada di page depan dan kekal di situ.

Bravo diucapkan kepada yang menyertai pertandingan ini. Good luck to us all.

December 18, 2009

Udang Lipan, kegemaran ikan merah, jenahak dan kerapu

Peraduan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Hadiah bernilai RM3750 untuk direbut. http://bit.ly/6AqlJB

Udang lipan umpan kerapu

Udang lipan umpan kerapu

UDANG lipan, udang ketak dan udang mentadak atau nama saintifiknya Hemisquilla ensigera (Odontodactylus sp.) cukup dikenali di kalangan pemancing laut dalam yang gemar menjadikannya sebagai umpan hidup untuk memburu ikan merah, jenahak dan kerapu.

UDANG lipan, udang ketak dan udang mentadak atau nama saintifiknya Hemisquilla ensigera (Odontodactylus sp.) cukup dikenali di kalangan pemancing laut dalam yang gemar menjadikannya sebagai umpan hidup untuk memburu ikan merah, jenahak dan kerapu.

Habitatnya yang mudah didapati di persisiran pantai berlumpur sekitar Pantai Timur Semenanjung dan kawasan karang batu, menyebabkan mengapa umpan ini digilai kerana keberkesanannya menjerat ikan terbabit.

Bentuk fizikal badan seakan spesies serangga mentadak atau lipan yang mempunyai kulit keras bahagian kepala hingga ke ekornya dan mempunyai sepasang penyepit serta enam kaki, mampu membesar kira-kira 30 sentimeter.
Bersifat karnivor dan gemar memburu ikan, udang atau siput karang dengan bersembunyi di celah batu antara kelebihan udang ini menyesuaikan dirinya selain melakukan teknik penyamaran.

Di seluruh perairan laut di dunia ini, terdapat kira-kira 400 spesies yang hampir sama di perairan negara ini. Cara menangkapnya menggunakan pukat tunda.

Dalam industri komersial berkaitannya, udang lipan turut dijual kepada peminat ikan akuarium untuk dipelihara selain dijadikan bahan masakan untuk makanan laut di restoran yang menyediakannya.

Dalam arena memancing pula, cara udang ini digunakan dengan mencangkuk pada kepala melalui kulit kepala di lehernya dan kemudian dikeluarkan mata kail itu melalui mata udang tersebut.

Umpan ini kemudian dilabuhkan bersama batu ladung dalam lubuk berkarang yang dikenal pasti menjadi habitat ikan merah, jenahak dan kerapu.

Sumber Joran.

Carian kesini:

December 17, 2009

3 sebab lelaki tak kahwin

Peraduan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Hadiah bernilai RM3750 untuk direbut. http://bit.ly/6AqlJB

holdhandPerkahwinan adalah sesuatu yang sangat mulia dalam agama Islam. Dengan berkahwin kita dah menyempurnakan separuh daripada agama. Besar fadhilat dan pahala apabila sudah berkahwin. Isteri mudah menjadi ahli syurga apabila sudah berkahwin dan mudah pula menjadi ahli neraka. Begitu juga suami. Suami memikul tanggungjawab berat terhadap isteri dan anak-anak.

Ada banyak hikmah berkahwin, antaranya adalah;

-melahirkan zuriat dan keturunan yang bersih demi kebahagian rumah-tangga
-memupuk kasih sayang suami-isteri kerana fitrah manusia inginkan kasih sayang
-mengelakkan maksiat seperti zina
-menikmati ketenteraman jiwa dan perasaan
-melahirkan manusia yang bertanggungjawab dan menjalankan amanah Allah.

Jesteru itu, kenapa pula ada lelaki yang tak kahwin?

Ada 3 sebab utama jika mengikut pengamatan saya. Yang pertama tentulah soal kewangan. Baru-baru ini ada ditimbulkan berkenaan soal hantaran yang tinggi menyebabkan ramai anak dara tua. Yang pastinya soal menyediakan maskahwin itu terletak dipihak lelaki. Walaupun begitu, pihak perempuan boleh juga membantu dalam hal ni. Misalnya berkongsi wang hantaran. Kadang kala kita terkeliru antara hantaran dengan mas kahwin. Apa yang saya ketahui, maskahwin adalah pemberian WAJIB suami kepada isteri dan disebut semasa akad nikah. Setiap negeri di Malaysia ada kadar tertentu tetapi pasangan tidak tertakluk kepada jumlah itu. Ianya bergantung kepada suami. Manakala hantaran pula dikira perbelanjaan perkahwinan.

Sebab kedua adalah berkemungkinan lelaki ini gay. Tak mungkin seorang lelaki gay berkahwin dengan lelaki. Dalam dunia songsang sekarang ini, perkara ini sudah nampak ketara. Tetapi jika diluar negara memang sudah ada perkahwinan  gay dan lesbian.

Sebab ketiga lelaki tak kahwin adalah sebab beliau dah dapat apa yang dikehendaki dan tak perlu kahwin. Benda yang dimaksudkan adalah seks. Tujuan utama perkahwinan adalah menghalalkan seks. Jika dah dapat seks buat apa kahwin? Anda kenal mereka-mereka ini? atau anda salah seorang darinya. Orang yang berzina jauh dari nikmat Allah sehinggalah mereka bertaubat.

Carian kesini: