June 22, 2009

Kita didalam kita

dalamotakPernahkah anda terfikir bahawa dunia fizikal yang kita diami sekarang hanyalah ilusi semata-mata? Apa yang kita nampak, sentuh, bau, rasa dan dengar hanyalah impulse elektrik yang dijanakan oleh otak? Mungkin kita tidak terfikir.

Bagaimana dengan mimpi? Pernahkah anda bermimpi? Jika anda mimpi naik kuda adakah anda rasakan bahawa anda benar-benar naik kuda atau anda sedar sebenarnya anda bermimpi. Bolehkah anda bezakan antara mimpi dengan yang sebenar? Adakah mimpi itu suatu alam lain yang benar-benar berlaku? Alam selari mungkin.

Kita didalam kita.

Apa maksudnya? Maksudnya dunia fizikal yang kita sangkakan dunia betul sebenarnya cumalah berada dalam otak kita. Dunia yang kita sangkakan benar sebenarnya adalah cuma impulse-impulse elektrik yang dihantar oleh deria kepada otak kita.

Contohnya, kita terpegang cerek yang panas, tangan akan sakit. Itu yang kita sangka. Sebenarnya apa yang berlaku, apabila deria sentuh tersentuh benda panas, impulse elektrik dihantar melalui saraf dan sampai kepada otak dan menafsirkan sebagai benda panas. Dari pengalaman lampau, benda panas akan menyebabkan kesakitan. Dari mana pengalaman lampau ini datang? Bukankah dari otak? Tidak perlu diberikan contoh lain lagi.

Dapatlah disimpulkan bahawa dunia kita sebenarnya dalam kepala kita sahaja.

June 22, 2009

Alam melipat menerobos ruang waktu

watchApabila diketengahkan teori merentas masa, dikatakan ianya adalah mustahil. Bagaimana suatu jasad fizikal mampu menerobos masa pergi ke satu period depan atau masa lampau. Jika difikir logik akal memang mustahil. Tetapi jika berfikir secara luar kotak, ianya mungkin boleh berlaku. Apatah lagi jika ianya dikaitkan dengan Maha Kuasa.

Bagaimana pula dengan manusia? Bolehkah manusia merentas masa? Teori merentas masa adalah teori yang belum dirungkaikan dalam ilmu Fizik.

Biar saya ceritakan tentang satu situasi. Apakah anda pernah mengalami suatu keadaan dimana anda mereasakan sesuatu itu sudah pernah berlaku, tetapi berlaku sekali lagi dengan keadaan yang sama. Bila difikirkan, ianya memang sama termasuk apa yang dicakapkan oleh kita sama seperti apa yang telah berlaku. Ini bermaksud satu salinan period masa terjadi sekali lagi. Tetapi kita tidak pasti bila kali pertama ianya terjadi. Jika anda pernah menonton cerita Matrix, begitulah gambarannya apabila Oracle berkata bahawa dia pernah mengalami keadaan seperti itu dan akan perkata seperti itu. Ianya dipanggil Deja Vu.

Apa kaitan Deva Vu dengan merentas masa? Bukankah peristiwa pertama yang berlaku itu merupakan period akan datang yang masih belum berlaku? Ini bermaksud, Minda kita telah berada kepada period masa depan lama sebelum peristiwa fizikal itu berlaku. Adakah ini cuma mainan otak?

Bagaimana pula dengan orang yang koma? Bolehkah mereka ini dianggap merentas masa? Mungkin boleh juga kerana minda mereka tidak berada pada jasad, seolah-olah waktu berhenti untuk mereka. Apabila sedar, perkara yang mereka ingat adalah perkara terakhir sebelum koma dan terdapat lubang gelap dalam pemikiran semasa period dalam koma.

Alam ini dikatakan adalah seperti belon yang semakin membesar. Boleh dikatakan alam ini dipengaruhi oleh masa. Apa sahaja diluar alam tidak dibatasi masa. Jadi apa yang ada diluar alam, diluar batasan masa?

Jika manusia dapat merentasi masa, manusia akan muda selama-lamanya.

January 25, 2009

SuSE studio – bina suse anda sendiri

susestudiologoSuse studio merupakan produk terbaru daripada Novell. Seperti Red Hat, Novell juga mempunyai versi Linux komersil dan versi percuma. Bagi yang pernah mencuba pelbagai variasi Linux tentu setuju bahawa Suse merupakan satu variasi Linux yang baik.

Berbalik kepada suse studio, apa yang boleh dilakukan dengan suse studio?

  • Dengan suse studio, kita boleh mencipta variasi suse kita sendiri berdasarkan keperluan kita. Bina komponen perisian pelayan dengan perisian pilihan kita dan sistem operasi yang minima hanya sekadar untuk melarikan aplikasi kita sahaja.
  • Buat live CD atau DVD cuma dengan pakej dan perisian kita perlukan sahaja.
  • Buat live USB disk, jadi anda boleh bawa Linux kemana sahaja.
  • Cipta image cakera keras untuk tujuan boleh dipindahkan kepada perkakasan fizikal kemudian.
  • Pasang live CD,DVD atau cakera USB kedalam cakera keras.
  • Pandu uji menggunakan VMware

Maklumat lanjut, sila layari http://www.susestudio.com

January 16, 2009

Vps server untuk dijual

Apakah Vps server?

Vps server adalah Virtual private server. Dimana server tersebut adalah server maya dalam server fizikal. Ini bermaksud terdapat server dalam server. Penggunaan sumber seperti CPU, Ram dan ruang cakera adalah terpisah daripada server utama.

Fleksibel?

Dengan Vps, kita boleh mengawal semuanya termasuk memiliki root password, boleh memasang program yang dikehendaki seperti MySQL,custom PHP setting,modul Perl dan sebagainya, pendek kata boleh digunakan untuk apa juga tujuan dengan kebebasan penuh seperti memiliki server sendiri.

Sumber pelayan dijamin?

Apa yang dimaksudkan sumber server(pelayan) dijamin? Ianya bermaksud, jika anda memesan VPS dengan CPU 250Mhz anda akan dapat kepantasan seperti itu dan tidak berkongsi sumber dengan pengguna lain. Berbeza daripada hosting biasa dimana penggunaan CPU adalah dikongsi bersama-sama dengan pengguna lain dalam server. Begitu juga penggunaan memori.

Jika berminat, bolehlah membuat pesanan disini.

Carian kesini: