October 26, 2011

Nokia perkenal 2 telefon pintar Windows terbaru

Nokia hari ini telah memperkenalkan 2 telefon pintar terbaru yang dikuasakan oleh Windows Phone 7 Manggo iaitu Nokia Lumia 800 dan Nokia Lumia 710.

Dari segi rekabentuk, Lumia 800 adalah sama dengan Nokia N9 tetapi dari segi spesifikasi ianya berbeza. Nokia Lumia 800 dilengkapi dengan pemproses tunggal 1.4GHz serta paparan 3.7inci AMOLED dengan resolusi 800×480 piksel serta kamera 8MP dengan lensa optik Carl Zeiss.

Bagi Lumia 710 pula mempamerkan ciri-ciri sokongan terhadap laman sosial seperti Facebook, Twitter dan LinkedIn bersama-sama pelayar web juga ciri-ciri sokongan emel dan integrasi pejabat.

Pada sidang Nokia hari ini juga, syarikat telah mengumumkan tiga perkhidmatan baru yang datang percuma dengan Lumia – Nokia Drive, Nokia Music dengan MixRadio dan GigFinder, serta Hab Sukan.

Carian kesini:

April 12, 2011

Portal berita Malaysiakini diserang DDOS

Portal berita Malaysiakini telah diserang oleh penggodam menyebabkan laman portal berita tersebut gagal diakses sejak pagi ini. Ketika post ini ditulis 10 malam, portal berita itu masih lagi sukar diakses. Adalah dipercayai pelayan Malaysiakini diserang DDOS kerana Malaysiakini mempunyai 2 pelayan ditempat berasingan.

Menurut sumber Malaysiakini, penggodam menggunakan beberapa komputer dari lokasi berbeza boleh jadi zombie pc dan menghantar pake-paket data yang banyak terhadap IP Malaysiakini.

Buat masa ini, semua bahan berita telah dimuat naik ke laman Facebook Malaysiakini.

 

Carian kesini:

April 12, 2011

Nokia menguatkan pasaran telefon bimbit dengan pengenalan 2 model baru

Nokia hari ini telah melancarkan secara rasmi 2 model baru telefon bimbit. Nokia E6 untuk profesional dengan kekunci QWERTY dan Nokia X7 yang berorientasikan skrin sesentuh.

Nokia E6 adalah kesinambungan daripada Nokia E71 dan E72. Generasi kali ini menyokong kedua-dua fungsi iaitu sesentuh dan kekunci QWERTY. Dengan kekunci fizikal QWERTY menaip email dan berbalas sms lebih mudah. E6 mempunyai memori dalaman sebanyak 8GB dan menyokong memori tambahan sehingga 32GB. Telefon bimbit ini menyokong HSDPA sehingga 10.2Mbps dan juga WiFi. E6 adalah antara telefon Symbian terawal yang menggunakan sistem operasi Symbian Anna. Untuk spesifikasi lengkap bolehlah merujuk ke link berikut : http://europe.nokia.com/find-products/devices/nokia-e6-00/specifications

Nokia X7 merupakan telefon bimbit skrin sesentuh sepenuhnya. Ianya lebih berorientasikan multimedia dengan skrin lebar bagi penggemar video. Dengan skrin sesentuh AMOLED 4 inci, amat sesuai untuk menonton video HD dan melayari laman web dari telefon bimbit. Telefon ini juga turut direka untuk pengguna laman sosial seperti Facebook dan Twitter dimana suapan RSS boleh diterima secara terus kedalam telefon bimbit. Degan skrin lebar juga, permainan menjadi lebih mengujakan.

X7 disertakan dengan kad memori 8GB SD dan mampu menyokong sehingga 32GB. Sama seperti E6, ianya menyokong HSDPA sehingga 10.2Mbps serta WiFi. Untuk spesifikasi penuh layari : http://europe.nokia.com/find-products/devices/nokia-x7-00/specifications

Carian kesini:

February 15, 2011

HTC memperkenalkan 2 telefon pintar Facebook

HTC hari ini telah memperkenalkan 2 telefon pintar Facebook iaitu, HTC ChaCha dan HTC Salsa. Kedua-dua telefon pintar tersebut mempunyai bebutang Facebook khas untuk kegunaan laman sosial yang popular sekarang ini. Dari segi ciri-ciri, kedua-duanya tidak berbeza sangat cuma HTC ChaCha mempunyai kekunci QWERTY penuh sementara itu Salsa menggunakan skrin sesentuh sepenuhnya walaupun kedua-duanya menyokong skrin sesentuh.

HTC ChaCha mempunya skrin 2.6 inci sementara Salsa 3.4inci. Kedua-dua telefon pintar menggunakan Android 2.4 dan diatasnya dipasang dengan HTC Sense iaitu antaramuka standard bagi HTC. Telefon pintar ini juga dikuasakan oleh pemproses 600MHz Qualcomm MSM7227, 512MB RAM dan ROM serta kamera 5MP.

Dijangka akan berada dipasaran pada suku kedua tahun ini.

Carian kesini: