January 28, 2010

Lagi kempen benci artis kat Facebook, kali ini Memey Suhaiza plak

Memey Suhaiza

Memey Suhaiza

Setelah kempen menbenci Fasha Sandha ditutup kat Facebook sebab takut kena saman,  seorang lagi artis terkena tempias Facebook. Nampaknya budaya hater dalam Facebook telah menular apabila ramai yang tidak suka kepada seseorang akan membuat kempen bagi mengutuk seseorang. Ketika entry ini ditulis, seramai 2081 orang telah menyertainya dan dijangka akan bertambah.

Baca petikan berikut dalam Metro;

Selepas pelakon Fasha Sandha dijadikan tempat luahan rasa amarah pihak tertentu menerusi laman sosial Facebook, kini Suhaiza Suhaimi atau Memey turut ‘diserang’ menerusi akaun ‘We Hate Memey Suhaiza’ (Kami benci Memey Suhaiza). Menggunakan gambar profil tangan memegang gambar Memey sedang terbakar, akaun itu setakat malam tadi mengumpulkan 415 individu berbanding 296 orang petang kelmarin dengan hampir semua komen negatif dilemparkan terhadap pelakon itu.
Selain We Hate Memey Suhaiza, ada satu lagi akaun sama iaitu I Hate Memey Suhaiza (Saya benci Memey Suhaiza) yang turut mengumpulkan pengguna Facebook supaya membenci pelakon itu.
Memey, 22, yang dihubungi mengakui mengetahui mengenai akaun Facebook itu tetapi mengelak daripada membukanya kerana tidak mahu hatinya terguris.
“Saya tahu mengenai I Hate Memey Suhaiza daripada rakan kira-kira dua bulan lalu, tetapi We Hate Memey Suhaiza, saya rasa masih baru.
“Saya cuba elak daripada membuka kedua-dua akaun itu sebab tidak mahu ia mempengaruhi perasaan saya,” katanya.

Carian kesini:

January 24, 2010

40000 benci Fasha Sandha di Facebook

Sekarang ni laman sosial dah dijadikan laman hater kepada artis-artis tertentu ataupun ahli politik. Ada juga yang menggunakan laman sosial untuk orang biasa juga seperti baru-baru ini kecoh berkenaan dengan komen perempuan Sarawak terutamanya Facebook.

Tapi tempias Facebook memang kuat sehinggakan boleh mencecah ribuan pengikut jika sesuatu kempen yang dijalankan menepati kehendak pengguna. Dan biasanya artis paling teruk terkena. Terbaru, ada pihak tertentu mengumpul pengguna untuk akaun ‘I Hate Fasha Sandha’ (Saya benci Fasha Sandha) di laman sosial, Facebook.

“Sekurang-kurangnya saya tahu masih ramai yang mahu tahu mengenai saya,” kata Fasha Sandha ketika mengulas tindakan pihak tertentu mengumpul pengguna akaun ‘I Hate Fasha Sandha’ (Saya benci Fasha Sandha) di laman sosial, Facebook.
Fasha yang kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Spa Qistina berkata, tindakan itu tidak menggugat kerjayanya dan dia berterima kasih kepada pihak terbabit kerana masih mahu membicara hal dirinya walaupun berunsur negatif.
“Saya diberitahu, tidak semua melemparkan komen di Facebook itu memburukkan saya tetapi ada yang memberi nasihat atau komen positif mengenai saya.
“Saya yakin tindakan itu tidak akan melunturkan minat orang kepada saya kerana buktinya saya tersenarai juga dalam top 5 untuk Anugerah Bintang Popular yang bakal diadakan tidak lama lagi,” katanya kepada Metro Ahad.
Pemantauan Metro Ahad mendapati paparan ‘I Hate Fasha Sandha’ juga menggunakan gambar profil Fasha ketawa hingga menampakkan lidah pelakon berkenaan bertindik, tetapi tidak dapat ditentukan kesahihan gambar berkenaan.

Berdasarkan kepada info tertera, ‘I Hate Fasha Sandha’ diwujudkan pada 25 Disember tahun lalu dengan misi mengumpul sejuta orang. Setakat ini lebih 40,000 pengguna Facebook menyertai kumpulan itu.
Sumber Metro.

Carian kesini: