December 16, 2011

Pakej iPhone 4s Maxis sudah tiba

Ceriakan tahun baru anda dengan telefon pintar terbaru dari Apple iaitu iPhone 4 dengan Siri.

Maxis kini membawakan ciri terbaik iPhone 4s yang dilengkapi  pemproses dual-core A5 dengan kamera 8MP yang baru menjadikannya salah satu telefon pintar paling berkuasa di Malaysia.

Sudah terikat kepada pelan Maxis lain? Jangan bimbang, kerana Maxis membenarkan lanjutan kontrak untuk pelan Maxis semasa anda. Jadi apa yang tunggu lagi, langganlah pelan iValue Maxis yang sekarang!

Carian kesini:

February 7, 2010

Ura-ura MacBook Pro dengan Core i7

Terdapat ura-ura bahawa Apple bakal memperkenalkan MacBook Pro dengan pemproses Core i7. Ini adalah berdasarkan kepada keputusan GeekBench yang berlegar-legar di internet ketika ini. Sama ada benar atau tidak, tidak dapat diketahui lagi.

Tapi jika berdasarkan kepada keputusan tersebut, versi Macbook adalah Macbook Pro 6.1 dengan Intel Core i7(dual core bukan quad) berkuasa 2.66Ghz. Yang pelik adalah kelajuan FSB 4.8Ghz tetapi dengan keputusan GeekBench 5260.

Laptop ini juga dikuasakan dengan Snow Leopard jikapun betul dengan release build 10C3067 walaupun ianya tidak disahkan atau mungkin saja salah satu dari hackintosh, atau boleh jadi juga hanyalah sekadar jenaka.

Jika ianya betul, dengan spesifikasi seperti ini, harganya mungkin boleh membuatkan poket anda terbakar. Ada berani?