October 14, 2011

Kemana arah blog ini?

Saya mempunyai beberapa domain lain(blog) yang lebih spesifik kandungan dan target pengunjung. Bagi blog ini rasanya saya akan buat sepenuhnya Bahasa Melayu. Kandungan blog mungkin adalah pelbagai dan tidak niche sangat.

Mungkin juga isi kandungannya adalah sedikit teknikal. dan mungkin juga ada artikel yang diterjemahkan dari blog saya yang lain akan dimasukkan disini. Jadi bagi pengunjung yang tidak faham sangat Bahasa Inggeris boleh merujuk blog ini bagi artikel yang sama dalam blog lagi satu(inertz.org).

Cabaran utama bagi penulisan blog teknikal dalam Bahasa Melayu adalah istilah-istilah yang dipakai dalam Bahasa Inggeris dan diterjemahkan kepada Bahasa Melayu. Mungkin akan kelihatan agak janggal bagi sesetengah istilah bila diterjemahkan, tetapi saya akan cuba mencari ayat yang mudah difahami dan jika ada istilah dalam Bahasa Inggeris saya akan italic perkataan itu untuk mudah membezakan bahasa.

Carian kesini:

January 29, 2010

Bayaran Adsense ke 3 dari Google

Aku bukanlah pakar sangat dalam Adsense ni. Kalau nak bandingkan dengan orang yang lain mungkin lebih banyak. Aku buat pun part time saja. Jadi aku tak berapa fokus sangat benda ni. Lagipun blog Adsense aku tak berapa niche orang kata.

Walaupun begitu, disebabkan bayaran Google adalah dalam bentuk USD, bila ditukar kepada matawang RM dah berapa. banyak juga. Tak heranlah ada pakar-pakar Adsense kat luar sana sanggup berhenti kerja semata-mata fokus untuk Adsense.

Jumlah aku dapat kali ini adalah 113.53USD dan bila ditukar kepada RM jumlahnya menjadi  RM381.95. Dengan jumlah tak seberapa ni boleh la aku reinvest balik dan bayar domain renewal.

Yang pastinya Nuffnang tak berapa berjaya dengan blog aku ni.

Carian kesini:

January 28, 2010

Tentang domain Renewal Hold, Redemption Period, Pending Delete

Bagi yang memiliki domain sendiri, pasti menghadapi situasi dimana apabila domain tamat tempoh, website akan memaparkan iklan dan bukannya kandungan website atau blog bila terlupa bayar pembaruan domain. Dan jika pembaharuan bagi domain dibuat, website atau blog hanya akan kembali pulih dalam masa 6-24 jam dan ada keadaan tertentu boleh mengambil masa 72 jam.

Selepas domain tamat, domain akan berada dalam tempoh Renewal Hold iaitu lebih kurang 40 hari. Biasanya harga bagi pembaharuan domain adalah sama dengan harga pembelian domain. Bagi mengelakkan masalah website memaparkan iklan, domain perlu diperbarui sebelum domain tamat tempoh. Tarikh tamat domain adalah ditambah pada tarikh akhir domain tamat, walaupun kita bayar sebelum tarikh domain tamat atau selepas tarikh domain tamat.

Jika tiada bayaran pembaharuan dibuat selepas 40 hari, domain akan jatuh kepada status Redemption Period. Tempoh Redemption Period adalah 45 hari. Dalam tempoh ini, domain masih lagi boleh dituntut tetapi harganya akan meningkat berganda-ganda. Misalnya jika kos pendaftaran baru adalah RM40, kos untuk menuntut domain dalam redemption period boleh mencecah sehingga RM300. Menuntut domain dalam tempoh ini sangat mahal dan juga ia memakan masa 5-12 hari kerana prosesnya adalah secara manual dan biasanya dilakukan pada peringkat registrar.

Domain akan menjadi status Pending Delete selepas itu iaitu selama 5 hari. Dalam tempoh ini, domain memang tidak boleh dituntut. Selepas 5 hari, domain boleh didaftarkan semula oleh sesiapa sahaja dalam dunia ini. Keseluruhan tempoh adalah 90 hari. Cybersquatter sentiasa menunggu domain popular yang dalam tempoh pending delete untuk dibeli oleh mereka dan dijual semula dengan harga lebih tinggi.

Dalam kes-kes tertentu, tiada tempoh Redemption Period berlaku apabila ada registrar lain berminat dengan domain dan terus membelinya daripada registrar kita. Ianya dipanggil Backorder atau Smart Parking. Biasanya berlaku kepada domain popular atau domain yang mempunyai nilai komersil yang tidak membaharui domain akibat daripada sudah tidak mahu dengan domain atau terlupa membayarnya.

Akhir kata, sayangilah domain anda, renew domain sebelum domain tamat atau anda akan menyesal dikemudian hari.

*Tanyalah domain provider anda berkenaan hal ini kerana registrar yang berlainan mungkin mempunyai tempoh berlainan.

Carian kesini:

December 14, 2009

Menang contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL apa aku nak buat ye

Berbaloi-baloi

Berbaloi-baloi

Pertandingan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL anjuran Denaihati merupakan penutup bagi tahun 2009. Jumlah hadiah yang ditawarkan adalah RM3750. Pertandingan ini ditaja oleh DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.

Blog dengan keyword “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” pada ranking 1 †5 akan memenangi hadiah bernilai RM500 setiap seorang dan pada ranking 6 †10 akan memenangi hadiah bernilai RM250 setiap seorang.

Kalo aku dapat ape aku nak buat?

1. Aku nak renew domain-domain aku lagi setahun. Jadi tak payah fikir nak renew.

2. Simpan dalam bank. Modal untuk kawen. Hehe. Dah tua aku ni rupanya.

3. Tambah modal untuk beli handphone baru. Handphone skang tak mengancam lah. Dapat HTC ke Blabkberry ke ok gak.

4. Pindah rumah? Aku nak cari rumah sewa kot.

5. Beli cincin tunang. Hihi. Dah gatal.

6. Bayar hutang. Aku ade hutang ke? Luper laks.

7. Bagi mak lebih sikit.

8. Upgrade PC kot. PC aku macam lemau jek.

9. Belanja member makan. Buat amal jariah. Sedekah.

10. Upgrade peralatan memancing. Memancing puas-puas. Haha…