July 18, 2010

Linux OpenSUSE 11.3

Distro Linux ni baru saja dikeluarkan beberapa hari lepas. Aku dah mencubanya dan didapati banyak peningkatan dari versi 11.2. Ada beberapa ciri juga dipertingkatkan. Distro ini juga dilengkapi dengan SpiderOak iaitu online backup percuma yang boleh synchronize fail di Internet.

OpenSUSE 11.3 juga memberikan sokongan kepada netbook serta pengenalan terhadap fail sistem baru iaitu Btrfs juga sokongan terhadap komputer tablet dan komputer berskrin sesentuh seperti HP TouchSmart.

Versi ini juga turut datang dengan GNOME Shell. Untuk maklumat lebih terperinci boleh merujuk kepada link ini. http://wiki.opensuse.org/Product_highlights

March 7, 2010

Elive 2.0, kemaskini terbaru setelah 2 tahun

Elive 2.0 adalah distro Linux yang berasaskan Debian tetapi menggunakan window manager Enlightenment 17 baru sahaja dikeluarkan setelah 2 tahun dalam pembangunan.

Versi stabil 2.o diberi nama kod Topaz.  Versi ini mempunya banyak penambah baikan daripada versi terdahulu. Ianya dikatakan amat mudah digunakan menjadikan sesuai untuk sesiapa sahaja tambah pula bagi sesiapa yang belum pernah cuba Elive sebelum ini.

Maklumat lanjut lawat http://www.elivecd.org/

Wow, ada mirror malaysia.

Carian kesini:

November 15, 2009

OpenSuSE 11.2: Pandangan pertama

opensuse logo_smSelepas OpenSuSE keluar aje, aku dah download distro ni untuk dicuba. Malangnya ada masalah untuk memasangnya ketika itu akibat pemeriksaan MD5 yang tak lepas ketika pemasangan. Setelah dibuat MD5 checksum pada iso, memang didapati MD5 checksum tidak sama. Berkemungkinan data rosak semasa memuat turunnya.

Sekali lagi aku download OpenSuSE tersebut, kali ini menggunakan talian pejabat pula. Setelah selesai, aku terus membuat MD5 checksum dan tiada masalah. Nanti aku buat manual ringkas bagaimana nak periksa MD5 checksum.

Berbalik kepada OpenSuSE, pemasangannya adalah tidaklah sesukar mana. Lebih kurang sahaja dengan pemasangan yang lain, cuma kalau dibandingkan dengan Ubuntu, OpenSuSE terdapat lebih banyak langkah pemasangan.

Perkara-perkara yang terlibat semasa pemasangan adalah seperti pemilihan partition. Biasanya aku akan buat 3 partition sahaja iaitu “/boot”,”swap”, dan “/”. Sejak aku mula pasang Linux, partition /boot tidak pernah aku tinggalkan kerana aku jarang pasang bootloader pada MBR.

OpenSuSE adalah sedikit berbeza daripada Ubuntu, bukan sekadar pepohon direktory yang berbeza, konfigurasi juga ada sedikit perbezaan. Seperti sedia maklum, Ubuntu adalah berdasarkan Debian, manakala OpenSuSE tidak banyak berubah dari versi asalnya iaitu SuSE. SuSE bukanlah sesuatu yang asing bagi aku sebab aku dah menggunakannya sejak versi 6.0 lagi.

Sesuatu yang masih tidak berubah dari dulu adalah Yast iaitu utiliti yang menyerupai control panel dalam Windows. Dalam versi ini, Yast telah dikemaskini dengan pengenalan WebYast. WebYast digunakan untuk konfigurasi sistem OpenSuSE dari jarak jauh melalui browser.

Semasa pemasangan, ada pilihan untuk memasang perisian lain dalam DVD, kita cuma perlu memilihnya, kita boleh memasang perisian pengaturcaraan, perisian pelayan, perisian Virtualization seperti XEN dan sebagainya. Pendek kata, tanpa internet, kita terus boleh memasang perisian yang diperlukan untuk desktop atau pelayan.

Kesimpulannya, OpenSuSE adalah satu distro Linux yang perlu dicuba oleh penggemar Linux terutamanya bagi pelajar IT, tak perlu terikat dengan satu distro sahaja kerana realitinya apabila menempuh bidang pekerjaan, kita mungkin akan menyelenggara sistem yang menggunakan Centos, Redhat, FreeBSD dan sebagainya.

Pemulaan prosess apabila DVD dimasukkan.

Pemulaan prosess apabila DVD dimasukkan.

Pemilihan lokasi untuk Zon masa.

Pemilihan lokasi untuk Zon masa.

Proses pemasangan bermula.

Proses pemasangan bermula.

Melihat pemasangan terperinci.

Melihat pemasangan terperinci.

Paparan apabila selesai pemasangan.

Paparan apabila selesai pemasangan.

Browsing internet menggunakan Firefox.

Browsing internet menggunakan Firefox.

April 13, 2009

Masalah pasang Centos 5.3 dan Redhat 5.3 pada drive sata

Saya suka mencuba Distro Linux yang baru. Rasanya dah bayak distro cuba. Selain dari Linux pun pernah seperti Solaris, FreeBSD, QNX RTOS,dan BeOS. Cuma belum pernah cuba Mac aje.

Redhat 5.3 baru sahaja dikeluarkan, beberapa minggu selepas itu Centos 5.3 dikeluarkan. Centos 5.3 adalah salinan daripada Redhat 5.3 dimana Redhat adalah versi berbayar. Fedora dikeluarkan lebih awal. Fedora biasanya dipasang pada desktod manakala Redhat dan Centos lebih kepada server.

Apabila pertama kali memasang Centos 5.3 pada Laptop Acer Aspire 4530, terdapat error mengatakan bahawa hardisk Sata tidak dapat dikesan. Memang sukar untuk mencari penyelesaian jika Sata tidak dapat dikesan kerana terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkannya. Akhirnya terdapat 1 penelesaian, ianya dapat diselesaikan dengan menambah “pci=nomsi” semasa memasangnya.

linux pci=nomsi

Anda boleh teruskan dengan pemasangan selepas itu tanpa perlu risau tentang driver Sata lagi. Kaedah ini berkesan untuk Centos 5.3 dan Redhat 5.3. Tidak pasti bagi distro Linux lain.