May 22, 2009

Edisi kemaskini iPhone bocor di internet

iPhone 3G, handphone paling mahal antara ketiga-tiga ni. Gempak gile kalau dapat beli ni.

Adalah dijangkakan pengumuman rasmi akan berlaku pada Apple Worldwide Developer Conference berkenaan spesifikasi kemaskini iPhone. Antara ciri-ciri yang dijangka adalah kamera 3.2MP dan bateri lebih besar serta kebolehan edit video. Versi kemaskini juga dijangka menggunakan skrin OLED dimana lebih cerah.

Versi sekarang mempunyai kapasiti memori 8GB dan 16GB dan dijangka versi kemaskini akan menjadi 16GB dan 32GB.

Senarai penuh ciri-ciri iPhone terbaru;

  • * 32GB dan 16GB untuk menggantikan siri terdahulu
    * Harga dikatakan akan dikekalkan
    * 3.2MP kamera
    * Rakaman dan penyintingan video
    * Kebolehan MMS
    * Metal band sekeliling casing tidak digunakan
    * Skrin OLED
    * Hayat bateri 1.5kali lebih lama
    * RAM(memori berganda) dan lebih kuasa pemproses
    * Radio fm
    * Logo Apple semasa light up
    * Rubber-tread backing
    * Sleeker design
    * Kompas terbina dalam
    * Combination of the camera, GPS, compass, and Google maps to identify photo and inform about photo locations.
    * Turn by turn directions
April 4, 2009

Terlupa renew domain? Awasi Cyber Squatter!!!

domain
Topik kali ini saya nak ulas sedikit berkenaan dengan pembaharuan nama domain. Perlu berhati-hati bila domain dah tamat dan pastikan kita ingat bila domain kita tamat. Perkara yang betul adalah renew sebelum domain tamat.
Jika dah tamat, kita perlu renew domain itu dalam tempoh 30-40 hari bagi mengelakkan kesulitan. Ini adalah penting, kerana jika tidak sama ada kita terpaksa bayar mahal untuk mendapatkan semula domain itu ataupun langsung tidak dapat semula domain apabila orang lain daftar semula domain kita itu.

Kalau domain registrar Resellerclub atau Directi biasanya 90 hari diambil untuk domain dilupuskan sepenuhnya daripada Registrar. Lain-lain registrar mungkin berlainan.

Pecahan tempoh tamat adalah seperti berikut:

Renewal Grace Period 40 Days. (biasanya harga untuk renew adalah antara RM30-RM55 bergantung kepada tempat kita beli domain)
Redemption Grace Period of 45 days. (Biasanya harga untuk dapatkan balik serta renew adalah RM300 dan mungkin lebih lagi)
Pending Delete period for 5 days. (Tidak boleh renew/retrieve domain)

Selepas tempoh ini domain boleh didaftarkan semula oleh sesiapa sahaja dalam dunia ini dan AWAS jika domain anda popular Cyber Squatter memang ramai. Siapa Cyber Squatter tu? Cyber Squatter adalah pengemis domain? Apa tu pengemis domain? Mereka ini mencari domain yang popular atau high rank, terlupa renew sampai domain di remove oleh registrar.  Daripada kita bayar RM40 untuk domain tersebut, berkemungkinan kita terpaksa bayar beribu-ribu untuk dapatkan balik DOMAIN POPULAR kita itu.

March 12, 2009

Directi, ceo dan founder rupanya dari India

resellerclubDirecti, atau lebih dikenali sebagai Resellerclub adalah salah satu registrar yang terbesar dalam dunia ni.  Beliau juga ada blog.

I am Bhavin Turakhia, Founder & CEO – Directi. This blog is my chronicle of relevant (and occasionally irrelevant) thoughts, challenges and other random musings in the meandering journey towards realizing our goals at Directi.

Directi is a 300+ million dollars group of Businesses, developing innovative mass-market Web Products, and serving millions of Customers worldwide. Some of Directi’s businesses include ResellerClub, Skenzo, LogicBoxes, WebHosting.Info, etc. Several of Directi’s Business units rank amongst the top 5 or 10 businesses worldwide in their corresponding industry segments. Directi has been ranked amongst the fastest growing technology companies in the country and continent by Deloitte and Touche consistently, for the last 3 consecutive years (2004, 2005 and 2006).

Apa kaitannya dengan kita sebenarnya? Kalau nak tahu, dalam dunia ni ada banyak registrar, Go Daddy, Tucows, ENOM, Resellerclub dan sebagainya. Jika kita beli domain dari mana-mana syarikat di Malaysia,  kebanyakannya hanyalah sebagai reseller dan akan beli dari registrar ini. Untuk menjadi Registrar perlukan modal yang banyak dan perlu memohon dengan ICANN. Registrar untuk Malaysia adalah MYNIC berhad dimana memegang pendaftaran nama domain bagi .my

January 25, 2009

Pengerusi Intel Craig Barrett akan bersara Mei

Pihak pengurusan Intel Corporation telah mengumumkan hasrat pegerusi Intel untuk bersara mulai bulan Mei ini. Barrett telah menyertai Intel pada 1974 dan menjawat pelbagai jawatan termasuk CEO pada 1998 hingga 2005. Beliau juga adalah pengerusi bagi U.N. Global Alliance for Information and Communications Technology and Development.

Berkenaan dengan kerjaya beliau selama 35 tahun di Intel, beliau berkata amat bertuah dapat bekerja bersama Bob Noyce, Gordon Moore and Andy Grove.

“Intel became the world’s largest and most successful semiconductor company in 1992 and has maintained that position ever since,” said Barrett. “I’m extremely proud to have helped achieve that accomplishment and to have the honor of working with tens of thousands of Intel employees who every day put their talents to use to make Intel one of the premier technology companies in the world. I have every confidence that Intel will continue this leadership under the direction of Paul Otellini and his management team.”