Presiden MIC, Datuk S Samy Vellu membidas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menyelar akhbar Utusan Malaysia milik Umno kerana mencampuri pemilihan parti itu. Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, beliau berkata Dr Mahathir merupakan pakar dalam seni “memusnahkan timbalannya”. Samy Vellu berkata, beliau hanya mempunyai seorang timbalan selama 25 tahun, tetapi Dr Mahathir mempunyai empat timbalan selama 22 tahun memegang jawatan. “Apa yang berlaku kepada (Tun) Musa Hitam, [...]

Categories: politik

DUN Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini. Mohd Hamdan, 60, meninggal dunia akibat sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi. Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil bagi DUN Permatang Pasir

Categories: berita semasa, politik

Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim secara rasminya menyertai PKR hari ini. Ketika mengumumkan perkara itu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zaid akan dilantik menganggotai Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) parti itu. Bercakap dalam satu sidang akhbar di Bangi hari ini, Anwar berkata, Zaid juga akan dilantik sebagai anggota biro politik PKR. Anwar juga menyifatkan penyertaan Zaid itu sebagai satu penghormatan kepada PKR. Zaid, tambahnya [...]

Categories: politik

Polis mengharamkan ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin malam ini di Simpang, di pinggir kawasan Bukit Gantang yang bakal menghadapi pilihanraya kecil. Dalam kenyataan kepada Bernama hari ini, polis memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyertai ceramah penasihat PKR bersama bekas menteri besar Perak itu dengan alasan ia tidak berpermit. Ceramah yang bermula jam 9 malam dirancang diadakan di Jalan Kuala Kangsar, Simpang dekat [...]

Categories: politik