January 24, 2010

Tua sebelum waktunya atau forever young

Aku dengan *Dato K menghadapi masalah yang hampir serupa sebenarnya. Kalau *Dato K nampak lebih tua dari umurnya yang sebenar, aku pulak nampak muda dari umur aku yang sebenar padahal umur kami sama. Aku selalu berseloroh dengan kawan-kawan mengatakan bahawa aku “forever young”, nampak muda sentiasa. Malah customer yang kadang kala bertanya umur aku pun terkejut kalau aku bagitau umur aku sebab aku sememangnya nampak muda.

Kadang kala aku rasa lain bila orang menegur aku dengan panggilan “adik”, tapi takpela sebab mereka tak kenal aku pun. Lain pula dengan *Dato K, orang akan panggil pakcik sebab nampak tua.

Mungkin sebab dari kecil aku suka minum teh-o. Teh sebenarnya mengandungi antioksidan yang boleh melambatkan proses penuaan. Dek kerana terlebih ambik teh, jadinya aku nampak muda. Jadi kalau sekarang baru nak ambil teh, maaf kawan dah terlambat. Mungkin boleh praktikkan pada anak-anak dan tengok hasilnya bila mereka dah besar.

Antara beberapa tips untuk awet muda;

  1. Tidur nyenyak dan cukup
  2. Makan buah berserat, tomato mengandungi antioksidan yang dipanggil likopen, pisang melembabkan kulit, mangga membuat kulit halus dan lembut
  3. Bersukan atau pilih aktiviti yang mengeluarkan peluh
  4. Kurangkan minum ais. Ais yang terlalu sejuk menyebabkan perut mengecut
  5. Jangan minum masa makan. Minum selepas makan.
  6. Makan masa lapar, berhenti sebelum kenyang. Masyarakat jepun mengamalkannya dan rata-rata mereka berumur panjang.
  7. Berfikiran positif, stress dapat menimbulkan penyakit
January 14, 2010

Cinta itu menyakitkan

Apa itu Cinta? Adakah ianya kesakitan? Sebagai lelaki, aku mahu tahu adakah perempuan itu benar-benar mencintai kita. Adakah katanya selari hatinya. Sekuat manakah cintanya pada kita. Sedalam mana cintanya. Apakah pengorbanan yang dia sanggup buat? Apakah perempuan sanggup menyiksa diri demi kekasihnya. Apakah perempuan menipu dengan kekasihnya.

Adakah aku perlu bercinta dengan 10 orang seperti Dato K baru aku cukup “haul” kata Adlin dalam bercinta. Sedangkan sorang pun dah memeningkan kepala. Oh apekah?

Pada aku hubungan yang semakin lama terjalin semakin teruji tiap hari. Apakah ini juga akan berterusan setelah berkahwin. Ataupun ianya terus kekal lenyap ditelan zaman. Adakah kesakitan ini boleh diubat. Apakah ubatnya?

Adakah perempuan selalu bersyarat? Kalau nak itu, kena bagi ini atau “they just mark their territory”. Apakah mereka materialistik atau cuma cemburu buta.

Adakah mereka akan kekal mencintai kita atau cintanya pudar ditelan masa? Adakah wanita itu seperti lilin dan sanggup berkorban untuk kita?

Apakah soalan-soalan ini mampu dijawab oleh wanita?

Oh, apakah aku mengarut ni….

*Dato K yang dimaksudkan bukanlah suami Siti Nurhaliza, tapi member aku. K stand for “Kasehnova”. Lagenda mengatakan beliau bercinta dengan 11 orang wanita. Sekarang ini beliau bahagia dengan seorang isteri dan seorang anak dan tinggal di Terengganu.

Carian kesini:

July 23, 2009

Yasmin Ahmad kritikal

yasminPengarah filem terkenal Yasmin Ahmad diserang stroke semasa menghadiri mesyuarat di Seri Pentas hari ini. Pengarah berusian 51 tahun ini dikejarkan ke pusat perubatan swasta di Damansara.

Pengarah filem dan iklan yang terkenal Yasmin Ahmad, 51, dikejarkan di unit rawatan rapi (ICU) di hospital swasta setelah diserang angin ahmar kira-kira jam 4.30 petang tadi di stesen TV3.

Beliau berada di Sri Pentas untuk berjumpa dengan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suaminya Datuk Khalid Jiwa apabila beliau dilaporkan tidak sihat dan menghadapi kesukaran bernafas.

Siti Nurhaliza, duta Persatuan Bulan Sabit Malaysia, turut memberikan bantuan penafasan (CPR) kepada Yasmin bersama dengan seorang doktor panel stesen tersebut.

Yasmin kemudiannya dihantar Pusat Pakar Perubatan Damansara. Para doktor berjaya menstabilkan beliau sebelum membuat pembedahan kira-kira jam 6 petang untuk mengurangkan bengkak di otaknya.

Filem-filemnya Sepet, Gubra dan Mukhsin cukup terkenal, termasuk di peringkat antarabangsa dan menggondol beberapa anugerah di beberapa festivel filem antarabangsa seperti di Berlin, San Francisco, Singapura dan Cannes.

Sumber Malaysiakini.

March 20, 2009

Bulan pinjam duit

duitAku rasa bulan ni bulan pinjam duit. Dan aku pulak jadi Ahlong(along). Nasib baik aku tak jahat macam along. Setakat ni sekurang-kurangnya dah 3 orang nak pinjam duit. Korang ingat aku cap duit ke. Oleh sebab aku pun dah tiada budget bulan ni, cuma yang mula-mula minta je dapat. Iaitu Dato K. Aku panggil dia Dato K sebab dia ramai makwe masa bujang dulu.

Bulan ni bulan banyak keluar duit. Duit sewa RM500, bagi mak RM300, bil klinik RM100 dan Dato K RM100. Nasib baik api-air tak perlu bayar.

Lagi 2 orang nak pinjam tu, sori, aku pokai dah. Ada duit simpan tapi tak nak kacau.

Kalau korang berdua nak juga cuba senaraikan 10 sebab kenapa korang nak. Aku nak korang buat dalam bentuk karangan dalam lebih kurang 300 patah perkataan. Cuma seorang je yang layak diberi pinjaman. Muahahahaha….

Lagi sorang pula member aku nak jumpa esok malam. Nak suruh join MLM dia la tu. MLM aku tak berapa minat le. Maklum la aku antisosial.

Kalau terdesak sangat nak pinjam, pi mintak dekat Pakdi.

Carian kesini: