Berbekalkan suara merdu dan imej berbeza daripada penyanyi wanita sedia ada membuatkan gadis bertudung bernama Yunalis Zarai (Yuna), 22, ini mula mencipta fenomena baru dalam dunia hiburan. Nama gadis berbakat besar ini mula menjadi sebutan apabila lagu ciptaanya, Dan Sebenarnya, menjadi pilihan peserta Akademi Fantasia musim ketujuh, Aishah ketika konsert minggu pertama. Malah, suara dan wajah penyanyi indie solo wanita yang membawakan konsep pop rock itu makin rancak dikenali selepas [...]
Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima tamparan besar sekali lagi hari ini apabila kesemua lima sasterawan negara yang masih hidup menolaknya. Buat pertama kali dalam sejarah penentangan dasar kerajaan, mereka melontarkan enam sebab penolakan dalam satu kenyataan bersama yang diedarkan pada sidang media di Rumah PENA pagi ini. Alasan-alasan itu, antaranya: Kebanyakan pemenang Anugerah Nobel tidak datang dari negara pengguna bahasa Inggeris tetapi [...]
Timbalan perdana menteri belum berpuas hati dengan kajian dan perbincangan meja bulat mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga menteri pelajaran, berkata kerajaan bersedia untuk memberi masa lebih panjang kerana apa jua keputusan terhadap isu berkenaan adalah kritikal, lapor Bernama. “Kami tidak mahu dilihat sebagai tidak konsisten (flip-flop) dalam perkara ini. Kami perlu melihat lebih banyak maklum balas. “Tetapi [...]
Badan penaung kepada persatuan penulis seluruh Malaysia, Gabungan Penulis Nasional (Gapena) hari ini membuat laporan polis berhubung pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Diiringi kira-kira 20 tokoh bahasa, Ketua 1 Gapena, Tan Sri Ismail Hussin membuat laporan tersebut tengahari ini di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur. Mereka pada mulanya merancang membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang (IPD) Wangi tetapi rancangan itu [...]



