August 31, 2010

Raya sakan dengan Churp2

Korang tau ke ChurpChurp tu ape?  Kalau yang tak tau lagi, ChurpChurp adalah merupakan media pengiklanan yang menggunakan Twitter dan baru-baru ini mereka memperkenalkannya pula untuk platform Facebook.

ChurpChurp ni boleh buat duit kalau pandai. Aku punya dah pernah cashout sekali dan tengah cukupkan untuk payment kedua pulak. Tak rugi join ni lagipun bukan kena bayar pun. Free aje untuk join.

Yang aku paling suka, ChurpChurp tiada masalah dengan Twitterfeed. Aku pernah email ChurpChurp dulu.

Bagi yang dah ada ChurpChurp,  sekarang ini tengah berjalan pertandingan “Spread the Love and Get Rewarded” sampai 2 September. Cuma promote link aje.

Siapa yang belum ada ChurpChurp, boleh le klik link ni.

Carian kesini:

June 16, 2010

Bayaran pertama dari ChurpChurp

Aku baru terima cek dari ChurpChurp iaitu medium pengiklanan yang menggunakan Twitter microblogging.  Aku mula dengan ChurpChurp sejak Ogos 2009. Ada post juga berkenan ChurpChurp dalam blog ni disini dan disini.

Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan ChurpChurp, boleh pergi ke website rasminya atau pergi je ke web chokilala.com berkenaan soalan lazim.

Senang je nak apply ChurpChurp, pastikan anda ada akaun Twitter dan mempunyai ramai follower.

Terima kasih untuk ChurpChurp.

Carian kesini:

February 9, 2010

Twitterfeed boleh dipakai dengan Churpchurp

churpchurpIngat tak aku pernah komen pasal churpchurp tempoh hari?

Ianya berkenaan dengan twitterfeed sama ada boleh stream tak ke twitter. Aku disable benda tu sebab aku takut aku punya churpchurp kena disable. Aku telah rujuk Publisher Terms And Conditions dekat sini,  dan aku masih kabur kat part;

Furthermore, a Micro-Blog which merely reproduces other sources, e.g. by aggregating one or more RSS feeds, does not qualify for participation in the ChurpChurp Network. Any form of misuse will lead to immediate blocking of the Publisher’s account.

Jadi aku telah berhubung dengan pihak churpchurp untuk kepastian.

Well, good news.

Churpchurp tak ada masalah dengan twitterfeed :-)

Hi,

I have several blog that have RSS.

Can i use http://twitterfeed.com to stream latest post to twitter. twitterfeed can fetch RSS from any source.

If i make new post on blog, it will also make a tweet and redirect to my blog.

Jawapan diaorang;

Hello, Adi.

If the Twitter feed service does not interrupt or redirect our churps from your Twitter account, it should be alright for you to use it.

Churpchurp make me happy :-) Sebijik kek coklat untuk budak ofis hehe….

Kek Coklat

Kek Coklat

Carian kesini:

October 16, 2009

Churpchurp ada sikit pelik

Sape ada join churpchurp?

Ada kepelikan tak sejak dua mejak ni? Aku dah mengalami kepelikan 2 kali. Kali pertama bila ada kempen Olay hantar dalam email, tapi bile buka churpchurp xde plak. Kepelikan kedua berlaku baru tadi.  Kempen kali ini adalah untuk Happy.

Kalau tengok dalam email, kempen masuk hari ni;

churpchurp2

Kalau tengok dalam churpchurp plak, Publish target: 10 Sep 2009

Skang dah Oktober. Tak kisah le, janji aku selesaikan kempen tu. Nak kata aku xde time tu aku mula cuti 19. Pelik gak nie. Agaknye dah banyak kempen aku dah melepas.

Bagi yang belum tahu, churpchurp salah satu produk nuffnang. Churpchurp menggunakan twitter.

How it work? hmmm

Pengiklan beli iklan jumpa churpchurp>churpchurp assign iklan kepada twitterer untuk di tweet>twitterer tweet kepada follower>churpchurp bayar kepada twitterer> Pengiklan pun gembira selepas kempen berjaya.

Soalan dan jawapan berkenaan churpchurp, boleh semak blog chokilala.com

BTW kalau korang xde follower dan nak follower janganlah segan-segan tambah aku.  Boleh la aku tembak iklan-iklan aku kat korang hehehe…

Kalau korang nak tau, lagi ramai follower lagi masyuuuuk.