May 6, 2011

Celcom akhirnya menawarkan pakej iPhone 4

Setelah sekian lama ketinggalan, Celcom akhirnya menawarkan pakej iPhone 4 mereka. Walaupun Celcom mempunyai user base yang ramai tetapi ramai yang berpendapat Celcom patut membawakan iPhone 4 lebih awal. Pengguna Malaysia kini mempunyai pilihan sama ada mahu iPhone 4 dengan Maxis, Digi atau Celcom sebagai pembekal perkhidmatan telekomunikasi.

Terdapat 2 pilihan warna iPhone 4, hitam dan putih serta 3 plan pang boleh dipilih. Dengan komitmen serendah RM98, pelanggan Celcom boleh memiliki iPhone 4. Terdapat pilihan untuk kontrak 12 bulan ataupun 24 bulan. Tetapi jika memilih komitmen rendah, perlulah membayar harga sedikit tinggi untuk memilikinya. Untuk pakej 24 bulan, perlu bayar RM 1,568 bagi kali pertama.

Carian kesini:

December 5, 2010

Apa guna UNLIMITED kalau bandwidth limit

Nampak gayanya ISP U Mobile broadband yang aku pakai dah dah kuat kuasakan ‘Fair Usage Policy’ dimana setiap user hanya diberikan bandwidth sebanyak 5GB sahaja sebulan.

1.8 For our Broadband Service, your total usage per month shall NOT exceed 5GB of data volume transmitted (total upload and download usage). This is to ensure that no subscriber can congest the bandwidth at all times.

Masa aku call hari tu, benda ni baru dikuatkuasakan sejak 19 November. Aku tak tau sebab apa. Aku rasa ianya disebabkan oleh TM juga buat benda yang sama kot. Ada orang kata U mobile guna Celcom punya line, sebab tu la ada limit macam ni. Celcom tu kan bawah TM juga.

Bagi aku 5GB tu mana cukup. Nak download ISO DVD linux pun dah berapa GB. Tak sampai sebulan confirm habis. Apa yang tak bestnye apabila di’capped’ speed jadi 128Kbps je. Alahai slow giler nak mampos. Buka 2 tab pun merangkak-rangkak.

ISP kat Malaysia ni memang macam nak cekik darah.

Carian kesini:

September 24, 2010

Maxis dan DiGi tawar iPhone 4, Celcom ketinggalan

Telefon bimbit iPhone 4 kini boleh didapati pada hari ini dengan rangkaian DiGi atau Maxis. Para peminat gadget pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk melihatnya dan seterusnya memiliki iPhone 4.

Celcom masih ketinggalan dalam hal ini.

DUA gergasi telekomunikasi Malaysia, Maxis Berhad (Maxis) dan DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) mula menembusi pasaran telefon pintar popular dikeluarkan Apple iaitu iPhone 4 yang ditawarkan mulai hari ini.
Dalam kenyataan semalam, Ketua Pegawai Operasi Maxis, Jean-Pascal van Overbeke berkata, sejak setahun yang lalu, Maxis sudah menambah dua kali ganda kapasiti data rangkaian mudah alihnya bagi memastikan kelajuan tinggi dan liputan lebih meluas.

“Melalui kepantasan rangkaian, kami berusaha membawa teknologi terkini kepada pelanggan kami melalui iPhone 4 terbaru,” katanya.

Sementara itu, DiGi pula menjangkakan peningkatan kukuh untuk aliran yang mana rakyat negara ini semakin menggemari Internet mudah alih.

Ketua Pemasarannya, Albern Murty berkata, melalui iPhone 4, syarikatnya menjangka pengguna akan mendapat manfaat lebih baik untuk menikmati ciri inovatif ditawarkan.

“Kami teruja untuk membawakan iPhone 4 kepada pelanggan kami,” katanya.

Telefon berkenaan didatangkan dalam dua kapasiti storan iaitu 16 gigabait (GB) dan 32GB yang masing-masing ditawarkan pada harga RM2,290 dan RM2,690 seunit bagi pelanggan Maxis dengan empat pakej iValue bermula RM100 hingga RM375.

Manakala DiGi menawarkan harga berdiskaun iaitu RM2,090 dan RM2,490 bagi 16GB dan 32GB yang diperoleh menerusi tiga pelan langganan iaitu iDiGi 88, iDiGi 138 dan iDiGi 238.

iPhone 4 memiliki ciri FaceTime iaitu paparan Retina baru Apple, kamera lima megapiksel dengan lampu flash LED, perakam video HD, pemproses A4 Apple dan masa berbual sehingga 40 peratus lebih lama.

Carian kesini:

November 12, 2009

Digi melancarkan 3G untuk telefon bimbit

Digi akhirnya membawakan 3G untuk pengguna telefon bimbit setelah sekian lama kemudahan itu dinikmati oleh Maxis dan Celcom. Buat masa ini hanya pengguna disekitar lembah Kelang sahaja dapat rangkaian 3G dari Digi. Pengumuman itu selaras dengan pengaktifan servis 3G di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu beberapa minggu lalu.

Dengan pakej Internet Unlimited Max 5 pengguna Digi boleh menggunakan Internet secara tidak terbatas(unlimited) dengan caj tidak lebih dari RM5 sehari, manakala bagi pelanggan postpaid mereka boleh melanggan pakej tidak terbatas dengan kadar RM58 sebulan.

Digi juga bakal mengembangkan perkhidmatan ini ke bandar-bandar besar lain seperti di Ipoh, Johor Bahru dan Kuching tahun depan. Menurut CEO Digi Johan Dennelind Digi bercita-cita tinggi tetapi realistik dalam membawakan liputan tanpa mengorbankan kualiti perkhidmatan. Dalam hal perkhidmatan, Digi menjamin kualiti servis dan harga yang berpatutan.

Sehubungan dengan itu, digi akan mengadakan promosi di beberapa tempat. Mulai hari ini sehingga 15 November, Digi mengadakan Roadshow di Oval, 1Utama. Anda boleh mendapatkan telefon bimbit Blackberry Curve 8900 dengan harga RM99 sahaja.

digi

Carian kesini: