Korang suka makan keju? Korang tak tahu apa itu keju? Kalo korang tak pernah makan Pizza-Hut memang la korang tak tahu apa itu keju.
Bagi orang kampung, keju bukanlah makanan yang biasa sebab keju agak mahal kalau nak dibeli, tapi kalau dibandar mungkin tiap peti sejuk dirumah ada keju.
Sebenarnya keju dihasilkan daripada susu. Mudah aja nak hasilkan keju. Boleh buat dirumah dengan bahan-bahan yang memang dah ada. Susu segar aje kot kena beli.
Bahan- bahan diperlukan.
- 2 cawan susu segar
- 4 sudu teh cuka makan(bukan cuka getah ye) atau jus lemon.
- Garam
Cara-cara membuatnya:
- Masak susu dalam periuk dan sentiasa kacau sehingga mendidih. Pastikan sentiasa dikacau bagi mengelakkan susu hangus.
- Tutup api apabila susu sudah mendidih tapi biarkan periuk atas dapur.
- Masukkan 4 sudu cuka dalam susu dan kacau, susu akan bertukar menjadi dadih dan meninggalkan air dipanggil whey(aku tak tau apa dipanggil dalam bm)
- Kacau rata dan biarkan selama 5-10 minit di atas dapur.
- Letakkan penapis(penapis santan pun boleh) atas besen. Letakkan kain bersih atas penapis santan. Tuang dadih dalam periuk ke atas kain untuk memisahkan daripada air.
- Tekan keju untuk memaksa air keluar dari keju.
- Tambah sedikit garam dan tekan lagi bagi menghilangkan lembapan.
- Masukkan dalam bekas atau biarkan sahaja dalam bentuk bebola.
- Masukkan dalam peti sejuk. Selepas itu bolehlah dimakan seperti biasa.
Untuk lebih jelas, boleh tengok video dibawah;
Lepas ni puan-puan tak payah la beli keju lagi, boleh buat sendiri
Entry ni terhasil lepas aku curious pasal keju.
Carian kesini:
- cara membuat keju (3203)
- cara pembuatan keju (538)
- cara membuat keju sendiri (484)
- cara buat keju (457)
- cara membuat pizza hut (142)
- keju (88)
- membuat keju (87)
- cara bikin keju (79)
- membuat keju sendiri (73)
- cara membuat keju dari susu (71)


Follow me on Social Media