December 7, 2009

Umpun-umpun umpan mujarab memancing air masin

Umpun-umpun atau perumpun menjadi pilihan pemancing air masin dan payau

Umpun-umpun atau perumpun menjadi pilihan pemancing air masin dan payau

Umpun-umpun(perumpun) atau cacing air masin adalah dari kumpulan haiwan invertebrat yang juga sebenarnya hampir sama dari jenis saudaranya, iaitu cacing tanah yang terdapat di kebun pisang atau belakang rumah kita.

Namun, bentuknya yang lembut dan panjang sehingga mencapai 30 sentimeter serta mempunyai kaki seperti lipan, membuatkan spesies ini berbeza banyak dengan cacing tanah yang sedia ada.

Habitat spesies ini boleh didapati di kawasan berlumpur yang diliputi pokok bakau atau nipah di persisiran pantai dan ianya bersarang di dalam lumpur itu sendiri.

Di negara beriklim khatulistiwa ini, terdapat beberapa spesis perumpun yang dijadikan umpan untuk ikan tertentu atau mengikut padang pancingan masing-masing. Perumpun ini antaranya perumpun pasir, merah dan jangkau.

Umpan ini masing-masing dikhaskan, perumpun pasir – ikan bolos, gelama dan sembilan. Jangkau – ikan duri, jenahak, jengah dan gubal dan perumpun merah – udang galah serta ikan baung.

Justeru, cara untuk mencarinya perlu diserahkan kepada mereka yang pakar mengesannya iaitu ketika air surut di kawasan paya bakau di mana sarangnya boleh dikenal pasti melihat timbunan najis tanah atas kawasan yang berlumpur.

Sarangnya itu akan dikorek menggunakan cangkul atau penyedok khas sedalam kira-kira satu meter dan kemudian di tarik secara perlahan-lahan bagi mengelakkan badannya terputus.

Untuk menggunakan umpan ini, mata kail bersesuaian dengan saiznya diperlukan dengan mencangkuk perumpun terbabit yang dipotong kira-kira satu hingga dua sentimeter.

Petua untuk umpan ini tahan lama janganlah anda memotong di bahagian kepala dulu dan mulakan dari ekornya sedikit demi sedikit dan sekiranya tidak habis digunakan simpanlah dalam bekas asalnya dan letak di tempat yang teduh.

Sekarang ini, umpan perumpun mudah didapati di kedai pancing atau di tepi jalan di lokasi memancing dengan harga antara RM5 sehingga RM6 mengikut isi kandungannya.

Sumber Joran-BH.

Carian kesini:

April 6, 2009

Maestro tutup, Mawi kecewa

Ekoran penutupan Maestro, ramai artis naungannya kelihatan hilang arah. Semua pekerja syarikat dan hampir 40 orang artis yang bernaung daripada lulusan Akademi Fantasia akan kehilangan sumber pendapatan. Tetapi bagi artis seperti Mawi, walaupun turut terjejas tetapi Mawi masih lagi mempunyai nilai komersial. Bagaimana pula dengan artis yang lain?

Hakikatnya, masing-masing terpaksa terima kerana tiada apa yang boleh dibuat.

Mawi juga dikatakan amat kecewa diatas penutupan Maestro disebabkan banyak aktiviti terpaksa dibatalkan saat akhir. Mengakui terkesan dek impak penutupan Maestro, Mawi tidak dapat menahan rasa kesal yang bersarang di jiwanya.

“Secara peribadi saya terkilan. Mereka (Astro) bagi notis secara tiba-tiba, jadi apa sahaja yang sudah dirancang oleh Maestro untuk saya juga terpaksa dibatalkan secara tiba-tiba.

“Maestro tutup 1 April sedangkan pada tarikh itu satu majlis pelancaran untuk album terbaru saya sudah dirancang. Kami rancang mahu buat pelancaran ala kenduri doa selamat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tetapi semuanya hangus,” ujar Mawi kecewa.

Lanjut? Rujuk sini.

January 25, 2009

Pengerusi Intel Craig Barrett akan bersara Mei

Pihak pengurusan Intel Corporation telah mengumumkan hasrat pegerusi Intel untuk bersara mulai bulan Mei ini. Barrett telah menyertai Intel pada 1974 dan menjawat pelbagai jawatan termasuk CEO pada 1998 hingga 2005. Beliau juga adalah pengerusi bagi U.N. Global Alliance for Information and Communications Technology and Development.

Berkenaan dengan kerjaya beliau selama 35 tahun di Intel, beliau berkata amat bertuah dapat bekerja bersama Bob Noyce, Gordon Moore and Andy Grove.

“Intel became the world’s largest and most successful semiconductor company in 1992 and has maintained that position ever since,” said Barrett. “I’m extremely proud to have helped achieve that accomplishment and to have the honor of working with tens of thousands of Intel employees who every day put their talents to use to make Intel one of the premier technology companies in the world. I have every confidence that Intel will continue this leadership under the direction of Paul Otellini and his management team.”