Dua beranak yang merupakan pengarah Syarikat Buluhmas Enterprise Sdn Bhd semalam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen berasingan di Klang bagi 69 pertuduhan terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram melibatkan RM22 juta. Azmi Ame Hamzah, 26, menghadapi 38 pertuduhan melakukan kegiatan itu dari 3 Mac 2008 hingga 6 Jan tahun ini manakala bapanya Ame Hamzah Mat Atar, 51, menghadapi 31 pertuduhan melakukan kegiatan itu dari 15 Mei 2008 hingga 6 Jan lepas, [...]

Categories: berita semasa

Alain Robert, ‘Spiderman’ dari Perancis ditangkap hari ini selepas berjaya memanjat Menara Petronas, percubaan ketiganya untuk menawan menara tertinggi di negara ini, kata polis. Robert, 46, mula memanjat menara setinggi 88 tingkat itu sebelum Subuh dan sampai ke kemuncaknya, sebelum disedari oleh pegawal keselamatan di situ, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman kepada AFP. “Kita telah membawanya ke balai polis untuk disoal dan memeriksa pasportnya. “Beliau boleh [...]

Categories: berita semasa

Sembilan penganut Kristian termasuk dua pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) ditahan polis semalam berhubung dakwaan cuba menukar agama pelajar universiti tersebut. Mereka yang ditangkap di kampus Serdang menjelang 10 malam tadi dibebaskan di balai polis Sepang kira-kira 3.45 petang ini, kata peguam mereka Annou Xavier kepada Malaysiakini hari ini.

Categories: berita semasa

Badan penaung kepada persatuan penulis seluruh Malaysia, Gabungan Penulis Nasional (Gapena) hari ini membuat laporan polis berhubung pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Diiringi kira-kira 20 tokoh bahasa, Ketua 1 Gapena, Tan Sri Ismail Hussin membuat laporan tersebut tengahari ini di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur. Mereka pada mulanya merancang membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang (IPD) Wangi tetapi rancangan itu [...]

Categories: berita semasa