Digide Technology telah menjalinkan kerjasama dengan Majalah PC untuk memberikan tutorial dan sesi soal jawab bagi keluaran Majalah itu. Digide juga turut akan menyumbangkan hadiah berupa Pek Permulaan Ubuntu bagi pemenang peraduan yang bakal dianjurkan nanti oleh Majalah PC. Syarikat Digide Technology (001848594-K) ditubuhkan pada 25 Mac 2009 oleh Mohd Fahmi yang mana juga merupakan pengasas kepada web site dan komuniti Jom Linux. Majalah PC pula adalah majalah IT pertama [...]
Presiden MIC, Datuk S Samy Vellu membidas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menyelar akhbar Utusan Malaysia milik Umno kerana mencampuri pemilihan parti itu. Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, beliau berkata Dr Mahathir merupakan pakar dalam seni “memusnahkan timbalannya”. Samy Vellu berkata, beliau hanya mempunyai seorang timbalan selama 25 tahun, tetapi Dr Mahathir mempunyai empat timbalan selama 22 tahun memegang jawatan. “Apa yang berlaku kepada (Tun) Musa Hitam, [...]
Kira-kira sejam selepas pengumuman dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikannya. “Walaupun pandangan saya diminta, ia tidak dicerminkan dalam keputusan tersebut,†kata bekas perdana menteri itu secara ringkas di blognya kira-kira 4 petang tadi.
Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran. Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini, dibuat jam 2.30 di kementeriannya di Putrajaya.



