October 15, 2011

Pasang Vista kedalam pc/laptop yang mempunyai Linux

Umum tahu bahawa Vista tidak boleh dipasang jika ada Linux yang terpasang didalam partisi cakera. Pada kali pertama saya memasang Vista saya tidak tahu berkenaan hal ini, jadi saya terpaksa buang partisi Linux saya dan memasang Vista dahulu, kemudiannya baru memasang Linux balik. Amatlah menyusahkan kerana saya telah pasang 2 variasi Linux biasanya dalam laptop saya. Tetapi saya telah menjumpai satu kaedah yang efektif bagi menipu Vista supaya saya tidak perlu lagi format semula Linux saya. Saya menggunakan fdisk. Satu perisian partisi cakera bagi Linux. Perisian yang mudah dan amat berguna. Bagi pengguna yang baru berjinak-jinak dengan Linux, saya mencadangkan baca dahulu dan faham dengan fdisk, ini adalah kerana perisian ini boleh menghilangkan data anda jika tersilap.

Arahan fdisk memerlukan anda sebagai root. Jika guna rescue disk, semasa login masukkan username root.

Arahan biasa dalam fdisk:

p cetak partisi

n cipta partisi baru

d delete partisi cakera

q keluar tanpa menyimpan perubahan yang dilakukan

w simpan perubahan partisi dan keluar dari program

contoh arahan :

[root@localhost ~]# fdisk /dev/sda

The number of cylinders for this disk is set to 19457.
There is nothing wrong with that, but this is larger than 1024,
and could in certain setups cause problems with:
1) software that runs at boot time (e.g., old versions of LILO)
2) booting and partitioning software from other OSs
(e.g., DOS FDISK, OS/2 FDISK)

Command (m for help): p

Disk /dev/sda: 160.0 GB, 160041885696 bytes
255 heads, 63 sectors/track, 19457 cylinders
Units = cylinders of 16065 * 512 = 8225280 bytes
Disk identifier: 0x9a79b2ad

Device Boot Start End Blocks Id System
/dev/sda1 1 6104 49030348+ 7 HPFS/NTFS
/dev/sda2 6251 19457 106085227+ 5 Extended
/dev/sda3 * 6105 6118 112455 83 Linux
/dev/sda4 6119 6250 1060290 82 Linux swap / Solaris
/dev/sda5 8863 15263 51416001 7 HPFS/NTFS
/dev/sda6 15264 19457 33688273+ 7 HPFS/NTFS
/dev/sda7 6251 7556 10490382 83 Linux
/dev/sda8 7557 8862 10490413+ 83 Linux

Arahan fdisk ini adalah bagi yang menggunakan sata ataupun scsi , gantikan sda dengan hda jika menggunakan cakera IDE.

Berbalik kepada isu yang diutarakan diawal tadi, bagaimana hendak menipu Vista supaya boleh wujud bersama-sama dengan Linux tanpa perlu memasang semula Linux.

Pertama sekali apa yang diperlukan adalah CD/DVD pemasangan Linux. Boot kedalam CD dan pilih Rescue Mode dalam SuSE atau taip linux rescue bagi Fedora atau Centos. Selepas masuk ke shell, taip fdisk /dev/sda. Output dalam shell adalah seperti diatas.

Caranya adalah menukar sistem partisi ID kepada HPFS/NTFS.

Taip m jika anda mahukan arahan yang lain.

Command (m for help): m
Command action
a toggle a bootable flag
b edit bsd disklabel
c toggle the dos compatibility flag
d delete a partition
l list known partition types
m print this menu
n add a new partition
o create a new empty DOS partition table
p print the partition table
q quit without saving changes
s create a new empty Sun disklabel
t change a partition’s system id
u change display/entry units
v verify the partition table
w write table to disk and exit
x extra functionality (experts only)

Arahan yang diperlukan disini adalah t iaitu menukar sistem partisi ID kepada 7.

Command (m for help): t
Partition number (1-8): 3
Hex code (type L to list codes): 7
Changed system type of partition 3 to 7 (HPFS/NTFS)

Command (m for help): t
Partition number (1-8): 4
Hex code (type L to list codes): 7
Changed system type of partition 4 to 7 (HPFS/NTFS)

Command (m for help): t
Partition number (1-8): 7
Hex code (type L to list codes): 7
Changed system type of partition 7 to 7 (HPFS/NTFS)

Command (m for help): t
Partition number (1-8): 8
Hex code (type L to list codes): 7
Changed system type of partition 8 to 7 (HPFS/NTFS)

Tukar semua partisi kepada 7.

Command (m for help): p

Disk /dev/sda: 160.0 GB, 160041885696 bytes
255 heads, 63 sectors/track, 19457 cylinders
Units = cylinders of 16065 * 512 = 8225280 bytes
Disk identifier: 0x9a79b2ad

Device Boot Start End Blocks Id System
/dev/sda1 1 6104 49030348+ 7 HPFS/NTFS
/dev/sda2 6251 19457 106085227+ 5 Extended
/dev/sda3 * 6105 6118 112455 7 HPFS/NTFS
/dev/sda4 6119 6250 1060290 7 HPFS/NTFS
/dev/sda5 8863 15263 51416001 7 HPFS/NTFS
/dev/sda6 15264 19457 33688273+ 7 HPFS/NTFS
/dev/sda7 6251 7556 10490382 7 HPFS/NTFS
/dev/sda8 7557 8862 10490413+ 7 HPFS/NTFS

arahan berikutnya adalah w iaitu simpan partisi dan keluar program.

Dan selepas itu dengan selamatnya anda boleh pasang Vista tanpa ada ralat yang mengatakan tidak boleh dipasang kerana ada partisi yang tidak serasi Vista(iaitu Linux). Selepas selesai pasang Vista gunakan balik CD pemasangan Linux dan masuk ke rescue mode dan ubah balik partisi sistem ID kepada asal.

Carian kesini:

November 23, 2009

Marsha belum terdesak

Marsha Milan LondohENTAH mengapa, cerita sensasi tentang Marsha tidak pernah kesudahan sejak dia muncul di persada seni tanah air empat tahun lalu.

Pelbagai kisah yang mengheretnya ke kancah kontroversi sering kali menguliti dirinya sehingga ada yang berpendapat Marsha lebih selesa menjaja kisah sensasi daripada kerjayanya.

Sebaik sahaja kisah cinta bersama bekas teman lelakinya, Kefli terputus di pertengahan jalan, ramai yang beranggapan Marsha seolah-olah terdesak mencari cinta baru.

Masakan tidak, namanya sering kali dikaitkan dengan artis lelaki popular tanah air seperti Hans Isaac, Andy dari kumpulan Estranged dan terbaru Yusry Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Yusry KRU.

Benarkah Marsha atau nama sebenarnya, Marsha Milan Londoh ini memang terdesak untuk mencari cinta bagi mengisi kekosongan hatinya itu?

Sebaik sahaja selesai sesi fotografi bersamanya di Studio Utusan baru-baru ini, soalan itu terus diajukan kepadanya.

Sambil menghela nafas panjang, dia menggeleng-geleng kepalanya sebagai tanda bahawa dia bukan wanita seperti itu.

Katanya, paparan di media tentang dirinya sebagai seorang wanita yang terdesak dan kemaruk cinta semuanya berpunca daripada salah faham.

Dia juga tidak menyangka gurauan pada mulanya akhirnya menjadi berita sensasi sehingga melabelkan dirinya sebagai seorang wanita yang tidak pandai menjaga harga diri.

Cerita Marsha, semuanya bermula sewaktu dia dan beberapa orang temannya duduk berkumpul di restoran.

Kebetulan pula, ketika itu juga ada seorang temannya membawa majalah hiburan dan mereka sama-sama membelek serta membaca majalah tersebut.

“Ketika itu, dalam majalah tersebut ada paparan tentang kisah Yusry dan secara spontan juga, saya memuji ketampanan serta menyatakan keinginan saya untuk bertemu dengannya dalam nada bergurau.

“Jujurnya, saya sendiri tidak pernah bertemu secara empat mata dengan Yusry. Saya sendiri tidak menyangka gurauan itu akhirnya bertukar menjadi satu perkara yang kontroversi.

“Ingin saya tegaskan di sini, saya masih lagi ada maruah diri dan sama sekali bukan seorang wanita terdesak untuk mencari cinta,” kata Marsha penuh bersungguh mempertahankan prinsip dirinya.

Malah dengan penuh jujur Marsha menjelaskan dia sebenarnya sudah lelah dan penat dengan kisah palsu tentang dirinya yang sering dijaja.

Jelasnya, dia faham dengan senario dunia artis yang tidak dapat lari dari terkena tempias gosip.

“Saya tidak pernah melatah mahupun melenting tentang apa sahaja cerita yang tidak benar tentang diri saya kerana saya ada penjelasan tentangnya.

“Cuma, saya sesekali tidak akan berkompromi mahupun bertoleransi dengan cerita yang membabitkan keluarga saya. Itu memang satu kepantangan buat saya,” luah Marsha lembut dalam nada yang cukup tegas.

Satu yang pasti, Marsha tidak menafikan bahawa dia mahu menikmati alam percintaan seperti mana yang pernah ditempuhinya sebelum ini.

Baginya, dunia cinta adalah satu kenikmatan yang tidak terhingga dan sebagai seorang wanita, dia mahu memiliki keluarganya sendiri andai bertemu dengan seseorang yang layak dijadikan suaminya.

“Saya juga tidak menolak ketentuan takdir seandainya jodoh saya itu adalah lelaki Melayu,” katanya ringkas sambil tersenyum manja.

Tidak mahu lagi dikaitkan dengan sebarang gosip selepas ini, jelasnya, dia kini mempunyai tanggungjawab yang lebih besar yang harus difikirkannya.

Apatah lagi dengan kerjaya seninya yang mula kembali mengharum selepas menempuhi perjalanan seni selama lima tahun yang penuh liku.

Memang kini Marsha boleh tersenyum bangga dan puas apabila single terbarunya, Yang Terbaik mula menjadi perhatian ramai serta mendaki carta lagu-lagu popular.

Penerimaan meluas lagu itu bukan setakat di Malaysia sahaja bahkan ia juga sudah mula mencuri perhatian peminat muzik di Singapura dan Brunei.

Ternyata lagu ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim itu telah membuka lembaran baru dalam hidup Marsha yang cukup dikenali menerusi lagu Untuk Terakhir Kali itu.

Lagu berentak pop progresif itu, kata Marsha, merupakan projek istimewa dan kolaborasi pertama di antara syarikatnya sendiri, Marsha Londoh Entertainment dan KRU Productions.

Apa yang membuatkan Marsha bangga dan puas hati dengan penghasilan lagu Yang Terbaik apabila Edry berjaya menterjemahkan idea dan konsep seperti mana yang dimahukan.

“Saya benar-benar bersyukur kerana lagu Yang Terbaik telah mempopularkan kembali nama saya dan sekali gus membuktikan bahawa kehadiran saya diterima dengan baik sekali.

“Mungkin tuah lagu ini kerana bunyinya yang segar dan berbeza dengan apa yang pernah saya bawakan sebelum ini.

“Ini adalah permulaan yang baik buat saya untuk terus memperkasakan kedudukan saya di persada seni tanah air,” ujar Marsha yang dilahirkan di Michigan, Amerika Syarikat pada 6 Disember.

Tidak cukup dengan itu, muzik video Yang Terbaik juga mendapat pujian apabila ia menampilkan aspek videografi dan teknik pengarahan yang berbeza serta unik.

Melihatkan sambutan hangat yang diberikan terhadap lagu Yang Terbaik, Marsha menjelaskan dia kini sedang merancang pembikinan album pertamanya yang bakal diterbitkan oleh sebuah syarikat rakaman baru.

“Album ini kelak akan menyuntik elemen baru dan segar yang akan menampilkan sisi saya yang berbeza tetapi konsepnya itu tidak akan berubah secara drastik.

“Saya masih akan mengekalkan imej saya seperti mana sebelum ini yang dikenali sebagai penyanyi lagu-lagu balada,” katanya yang juga akan kembali mengikuti kelas piano yang sudah lama ditinggalkan. Marsha akan muncul dengan single keduanya pada bulan Februari depan.

Apa yang dimiliki Marsha hari ini katanya, merupakan berkat kesabaran dan ketabahannya meniti laluan berliku sepanjang bergelar anak seni.

Sepanjang tempoh itu juga, anak ketiga daripada empat beradik ini menjelaskan banyak pengalaman dan pelajaran yang diperolehinya dalam menjadikannya seorang wanita matang.

Dalam masa yang sama, Marsha juga mendapat kepercayaan daripada pengarah dan penerbit tempatan untuk berlakon di bawah produksi mereka baik untuk drama mahupun filem.

Antara drama yang menonjolkan bakatnya sebagai seorang pelakon adalah Korban 44 dan drama online, Kerana Karina.

Bukan itu sahaja, Marsha juga kini sibuk untuk menghabiskan baki rakaman drama komedi, Berita Hangit terbitan Afdlin Shauki yang bakal ditayangkan di TV9 tahun depan.

Dia juga bakal membintangi sebuah drama bersiri muzikal terbitan KRU Studios bersama-sama Dafi, Bob, Anding dan Wangi dari kumpulan The Fabulous Cats yang bakal ditayangkan di TV3 juga pada tahun 2010.

Filem terbarunya, Senario The Movie Episode 2: Beach Boys yang ditayangkan sejak 19 November lalu juga mencuri perhatian peminat apabila buat pertama kalinya dia membawakan watak tomboy.

“Berlakon dalam filem ini memang menguji saya kerana sentiasa tidak kering gusi dengan keletah kumpulan Senario.

“Memang seronok berlakon bersama mereka dan Ahmad Idham sebagai pengarah pula banyak membantu untuk mewarnakan lagi watak Zuraidah yang saya bawakan ini.

“Menerusi filem ini, saya banyak belajar untuk menjadi lebih spontan tanpa terlalu mengikut skrip,” ujarnya yang pernah membintangi filem Saus Kacang bersama Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair selain menanti tayangan dua buah filem lagi iaitu Empat Madu dan Magika.

Source Utusan.

Carian kesini:

May 22, 2009

Yuna terbaek

yunalisBerbekalkan suara merdu dan imej berbeza daripada penyanyi wanita sedia ada membuatkan gadis bertudung bernama Yunalis Zarai (Yuna), 22, ini mula mencipta fenomena baru dalam dunia hiburan.

Nama gadis berbakat besar ini mula menjadi sebutan apabila lagu ciptaanya, Dan Sebenarnya, menjadi pilihan peserta Akademi Fantasia musim ketujuh, Aishah ketika konsert minggu pertama.

Malah, suara dan wajah penyanyi indie solo wanita yang membawakan konsep pop rock itu makin rancak dikenali selepas lagunya sering diputarkan di stesen radio.

Percubaan secara suka-suka menerusi medium Myspace, memberi ruang kepada Yuna untuk melebarkan sayap dalam pentas hiburan tempatan menerusi muzik diperjuangkannya sejak dua tahun lalu.

Apa yang menarik pada gadis ini ialah dia bukan saja tahu bermain gitar dan menyanyi dengan baik malah dia juga komposer berbakat yang berani bergerak sendiri untuk mengedarkan albumnya tanpa mengharapkan bantuan syarikat rakaman.

Kekurangan bajet tidak pernah dijadikan alasan untuk bertolak ansur mengenai kualiti. Walaupun cuma memuatkan lima lagu, empat daripadanya dalam bahasa Inggeris dan hanya Dan Sebenarnya lagu Melayu. Album EPnya mencatat penjualan yang memberangsangkan.

Melihat pencapaian gadis bertudung ini, tidak menghairankan apabila ada segelintir artis terkenal tanah air mengintai untuk bekerjasama dengannya bagi penghasilan lirik buat mereka.

Ketika ditemui sewaktu fotografi Rap, Yuna akui mendapat permintaan daripada artis tempatan yang berminat untuk menjalin kerjasama dengannya.

“Ada beberapa artis yang menghampiri dan menyuarakan hasrat untuk mendapatkan khidmat saya menggubah lagu.

Sumber Hmetro.

Carian kesini:

May 17, 2009

Hafiz juara AF7

hafizAku tak follow sangat AF ni. Yang aku betul-betul follow dulu masa AF3. Sanggup tu waktu rest tengah hari balik umah nak tgk diari. Hehe.

Dan malam semalam Hafiz dari Sarawak telah dinobatkan sebagai juara baru Akademi Fantasia 7 yang diadakan di Stadium Putra.

Hafiz membawa pulang hadiah utama sebuah Honda Accord 2.0, wang tunai RM20,000 serta hadiah sampingan lain.

Tempat kedua dimenangi oleh Aril, ketiga Akim, keempat Yazid dan satu-satunya peserta wanita Isma berada di tempat kelima.

Patut la ramai nak jadi artis sekarang. Hadiah dia boleh tahan. Tahniah Hafiz.

Carian kesini: