December 16, 2011

Pakej iPhone 4s Maxis sudah tiba

Ceriakan tahun baru anda dengan telefon pintar terbaru dari Apple iaitu iPhone 4 dengan Siri.

Maxis kini membawakan ciri terbaik iPhone 4s yang dilengkapi  pemproses dual-core A5 dengan kamera 8MP yang baru menjadikannya salah satu telefon pintar paling berkuasa di Malaysia.

Sudah terikat kepada pelan Maxis lain? Jangan bimbang, kerana Maxis membenarkan lanjutan kontrak untuk pelan Maxis semasa anda. Jadi apa yang tunggu lagi, langganlah pelan iValue Maxis yang sekarang!

Carian kesini:

August 25, 2011

Steve Jobs bersara

Steve Jobs hari ini telah mengumumkan beliau telah bersara daripada Ketua Pegawai Eksekutif Apple berkuat kuasa serta merta.

Beliau membuat pengumuman tersebut melalui web berita Apple dan mencadangkan Tim Cook sebagai pengganti beliau. Adalah dipercayai tindakan beliau tersebut adalah kerana masalah kesihatan yang dihadapi beliau.


 

Carian kesini:

April 27, 2011

iPhone 4 putih dilancarkan esok

Apple bakal melancarkan iPhone 4 yang berwarna putih bermula esok yang boleh didapati dengan belian dalam talian, kedai runcit Apple, kedai AT&T serta Verizon Wireless juga boleh didapati melalui pengedar sah Apple.

Telefon pintar iPhone 4 adalah tefefon pintar paling inovatif didunia dengan teknologi Retina Display yang memaparkan resolusi tinggi untuk telefon ini. Gambar dihasilkan amat jelas, video kualiti tinggi dan juga Facetime menjadikan panggilan video satu kenyataan.

Mulai esok 28 April iPhone 4 putih ini boleh didapati di Austria, Australia, Belgium, Canada, China, Czech Republic, Denmark, Finland, France, Germany, Hong Kong, Ireland, Italy, Japan, Luxembourg, Macau, Netherlands, New Zealand, Norway, Singapore, South Korea, Spain, Switzerland, Sweden, Taiwan, Thailand, UK dan US. Belum ada maklumat bila ianya akan berada di Malaysia.

Carian kesini:

July 21, 2010

Apple ‘pekena’ Nokia atas isu antena

Tak habis-habis lagi dengan isu antena rupanya. Apple masih tak puas hati dengan pesaingnya apabila semasa sidang akhbar hari tu, Steve Jobs mengatakan semua telefon ada masalah ‘Antennagate’.

Reaksi dari banyak peneluar telefon bimbit yang tak berpuas hati dengan komen Steve Jobs menyebabkan masing-masing mengeluarkan kenyataan sendiri untuk menangkis dakyah Apple. Ternyata isu Antennagate ada betulnya bagi sesetengan telefon bimbit.

Terbaru Apple membuat demonstrasi terhadap Nokia N97 mini tentang masalah antena ini. Gambar dan video dibawah;

[Source]