Buat masa ini saya sudah menggunakan U Mobile selama beberapa bulan. Apa yang boleh dikatakan talian internet dari U mobile bukanlah pada tahap yang bagus. Boleh dikatakan agak teruk kerana terlampau perlahan. Jikapun hendak laju kena surfing pukul 3-4 pagi. Pada waktu itulah baru dapat kelajuan yang boleh dianggap munasabah. Pukul 7 malam keatas adalah waktu yang paling teruk.
Masa mula-mula daftar, reseller cakap speed boleh cecah 3.6Mbps. Memang betul, tapi kalau tak stabil buat apa. Boleh dikatakan 70% kelajuan adalah tidak munasabah. Lebih perlahan dari dial-up.
Reseller cakap, boleh pakai dengan handphone. 2-3 hari lepas aktif, masih tak boleh guna internet guna handphone dan buat panggilan ke call center. Call center cakap tak boleh guna handphone. Pulak..
Disebabkan dah daftar dan malas nak terminate, saya belilah modem 3g kat lelong.com.my dengan harga RM300. Dapatlah cuba U mobile. Ingatkan mula-mula memang perlahan, tapi rupa-rupanya sampai sekarang masih perlahan. Apa yang saya terbaca, U mobile berkongsi line dengan Celcom. Agaknya sebab tu lah perlahan.
Banyak juga komen-komen negatif berkenaan U Mobile broadband. Boleh rujuk sini dan sini. Marah betul ni….
Celcom pun teruk rupanya.
Siapa pernah pakai P1? Boleh tahan juga dan reliable. Kat pejabat saya pakai ni sebagai line backup.
Siapa pernah cuma amax? Broadband baru guna WiMax.



Follow me on Social Media