Kerajaan tidak akan menarik balik amaran kesihatan grafik pada kotak rokok, sebaliknya mengekalkannya dengan menguatkuasakan arahan rampas serta-merta produk rokok yang tidak mengandungi amaran grafik itu bermula 1 Jun depan. Sebelum ini, Kementerian Kesihatan memberi kelonggaran kepada syarikat pengeluar rokok sama ada mahu meletakkan amaran kesihatan grafik pada setiap jenama rokok mereka atau tidak selama tiga bulan sehingga Mei ini dan tidak dikenakan tindakan. Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, [...]

Categories: berita semasa

Polis mengharamkan ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin malam ini di Simpang, di pinggir kawasan Bukit Gantang yang bakal menghadapi pilihanraya kecil. Dalam kenyataan kepada Bernama hari ini, polis memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyertai ceramah penasihat PKR bersama bekas menteri besar Perak itu dengan alasan ia tidak berpermit. Ceramah yang bermula jam 9 malam dirancang diadakan di Jalan Kuala Kangsar, Simpang dekat [...]

Categories: politik

Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam dilarang bertanding jawatan timbalan presiden Umno hujung bulan ini selepas didapati melanggar peraturan pemilihan Umno. Calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin juga didapati bersalah melanggar peraturan pemilihan parti, tetapi hanya diberi amaran. Manakala seorang lagi calon Ketua Pemuda, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pula didapati tidak bersalah. http://malaysiakini.com Bagaimanapun Mohd. Ali yang ditemui pemberita pada majlis pertemuan calon Majlis Tertinggi (MT) dan perwakilan [...]

Categories: politik

Dalam tindakan mengejut – dipercayai untuk menggagalkan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dirancang esok – kompleks pentadbiran negeri yang menempatkan dewan itu akan ditutup esok. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh bahagian khidmat pengurusan, pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Bukit Gantang Wahab akan ditutup. Kakitangan yang menetapkan temujanji di bangunan tersebut esok diarah membatalkannya. Notis tanpa tandatangan itu dari pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) menggunakan logo rasmi [...]

Categories: politik