October 14, 2011

Bagaimana menghasilkan blog sampah

Seperti tajuk diatas, suka saya nak berkongsi dengan saudara semua macam mana untuk menghasilkan blog sampah :-)

  1. Salin dan tepek dari website orang lain. Salin sepenuhnya kandungan dari website yang menawarkan kandungan percuma seperti wikipedia.
  2. Gunakan plugins untuk tarik suapan RSS kedalam website.
  3. Letak banyak iklan. Letak macam-macam iklan. Adsense letak, nuffnang letak dan sebagainya selagi ada tempat nak letak iklan.
  4. Letak topik-topik yang mengarut dan membosankan.
  5. Mengumpat orang. Tak kisah lah hal politik kah, cerita fasal jiran sebelah rumah kah ataupun cari fasal dengan blog orang lain.
  6. Tulis auta(bohong) jangan tulis fakta. Goreng cukup-cukup supaya orang percaya apa yang kita tulis itu adalah benar.
  7. Curi bandwidth orang lain. Macam mana nak curi bandwidth orang? Link kan sahaja gambar dalam website orang kedalam website kita. Dengan cara ini kita dah jimat bandwidth.
  8. Buat karangan panjang-panjang tanpa gambar seperti karangan budak sekolah.
  9. Letak gambar sahaja tanpa ada apa-apa info dalam entry tersebut.
  10. Letak artikel yang sama berulang-ulang.

Carian kesini:

January 29, 2010

Bayaran Adsense ke 3 dari Google

Aku bukanlah pakar sangat dalam Adsense ni. Kalau nak bandingkan dengan orang yang lain mungkin lebih banyak. Aku buat pun part time saja. Jadi aku tak berapa fokus sangat benda ni. Lagipun blog Adsense aku tak berapa niche orang kata.

Walaupun begitu, disebabkan bayaran Google adalah dalam bentuk USD, bila ditukar kepada matawang RM dah berapa. banyak juga. Tak heranlah ada pakar-pakar Adsense kat luar sana sanggup berhenti kerja semata-mata fokus untuk Adsense.

Jumlah aku dapat kali ini adalah 113.53USD dan bila ditukar kepada RM jumlahnya menjadi  RM381.95. Dengan jumlah tak seberapa ni boleh la aku reinvest balik dan bayar domain renewal.

Yang pastinya Nuffnang tak berapa berjaya dengan blog aku ni.

Carian kesini:

January 23, 2010

Apa spider buat dalam blog?

Spider dalam blog bukan labah-labah ye. Cumanya ianya dipanggil spider atau crawler untuk mengindeks blog atau laman web kita. Benda merayap ni memang merayap dalam laman web kita. Spider juga turut merujuk kepada fail sitemap. Tanpa spider, web/blog kita mungkin tak akan dapat dipaparkan oleh enjin carian. Benda ni penting untuk SEO.

Seperti gak manusia, spider ada yang baik dan ada yang jahat. Spider yang baik macam googlebot, google adsense bot, msn, yahoo bot, feedburner. Spider yang jahat, spider yang tak biasa kita dengar ataupun spider yang tiba-tiba buat trafik kita mencanak naik.

Kebanyakan spider yang jahat kalau dia masuk dalam blog biasanya dia akan meninggalkan komen SPAM. Ada juga spider yang boleh menyebabkan server high load bagi shared hosting server.

Jadi jangan gembira sangat kalau trafik tinggi, kena teliti juga. Boleh jadi trafik itu datang dari spider saja.

Spider ni boleh dikawal dengan edit/create fail robot.txt dalam pangkal blog kita. Contoh:

User-agent: Googlebot-Image
Disallow: /

Spider yang bernama “Googlebot-Image” dihalang akses ke blog kita. Oleh itu Index carian google image tidak akan mengindeks gambar dalam blog.

Carian kesini:

March 18, 2009

Pendapatan Adsense saya hari ini $812, semalam $776

Bagi seseorang yang baru berjinak-jinak dengan Adsense,  keinginan untuk mendapat pendapatan yang banyak dari AdSense adalah sesuatu yang utama.  Ramai orang berhempas pulas untuk mendapatkan pendapatan seperti ini. Tetapi kini tidak lagi. Saya sudah tahu teknik rahsia bagaimana untuk mendapatkan duit AdSense lebih dari $500 sehari. Saya cuma fokus kepada artikel ini dan ini.

Saya juga menggunakan kaedah yang sama seperti liewcf dan kastum untuk mendapatkan pendapatan sebanyak ini. Hehe… sungguh berkesan.

Carian kesini: