December 7, 2009

Acer Aspire Timeline siri 3810TG 2010 dilancarkan di Korea

Aspire Timeline siri 3810TG 2010

Aspire Timeline siri 3810TG 2010

Acer Korea telah mengeluarkan Aspire Timeline siri 3810TG 2010 yang mengalami peningkatan kuasa dari pemproses utama Core 2 Duo SU7400. Komputer riba ini didatangkan dengan Windows 7 Home Premium yang juga menawarkan ciri lain seperti 4GB memori DDR3, 320GB cakera keras serta kad grafik berkuasa ATI Radeon HD4330.

Komputer riba ini mempunyai kelebaran skrin 13.3 dengan sokongan definisi tinggi serta resolusi maksimum 1366×768. Ketebalan laptop hanyalah 1 inci dan berat sekitar 1.7kg termasuk bateri.

Laptop ini mampu memberikan kuasa maksimum sehingga 12 jam berbanding versi sebelum ini iaitu 8 jam sahaja.

Harga bagi laptop ini adalah kira-kira 1 Juta Korean Won. Belum dapat diketahui bilakah laptop ini akan berada di pasaran Malaysia.

Carian kesini:

July 13, 2009

Nokia 5530 Xpress Music

Telefon bimbit ini adalah telefon baru yang akan dikeluarkan pada suku ketiga tahun ini.

Ianya adalah sebagai pengganti 5800 iaitu telefon sentuh terlaris keluaran Nokia.

Malangnya telefon ini dikatakan tidak mempunyai 3G tetapi bakal dijual dengan harga lebih murah.

nokia-5530-xpressmusic-anokia-5530-xpressmusic-bnokia-5530-xpressmusic-c

Spesifikasi.
Dimensi- 104x49x13mm
Berat- 107g
Skrin- 2.9inci skrin lebar (640×360 piksel) dengan warna 16juta
Kamera- 3.2MP dengan fokus auto serta flash LED
Video- skrin lebar dengan 640x360px sehingga 30 bingkai sesaat
Memori- 70MB memori terbina dalam, 4GB MicroSD, menyokong sehingga 16GB MicroSD
Data- GPRS/EDGE, WLAN
Waktu bercakap- Sehingga 4.9 jam
Waktu sedia- Sehingga 14 hari

Ciri-ciri menarik
Skrin sesentuh- tindakbalas pantas dan tepat
Bar media- capaian pantas terhadap Windows live messenger, youtube, Ovi,Flickr, MySpace
Muzik- pemain muzik, radio FM, pembesar suara streo dengan bunyi keliling, kekunci muzik khas
Accelerometer- tukar antara landskap dan mod potret

Carian kesini:

March 6, 2009

W705, telefon bimbit terbaru dari Sony Ericsson

w705

Sony Ericsson memang terkenal dengan telefon bimbit siri Walkman yang dikhususkan kepada peminat muzik. Dengan bunyi yang sedap, bentuk yang menarik, tema Flash yang boleh diubah jika tahu serta pilihan yang banyak, ianya menjadi kegilaan golongan remaja dan profesional muda untuk memilikinya.

Terbaru, W705 siri Walkman pasti menepati citarasa golongan ini kerana ciri-ciri yang menarik pasti memikat golongan ini untuk memilikinya. Bagi profesional muda ciri Wi-Fi dan HSDPA adalah wajib. Bagi remaja, ciri-ciri sebagai pemain muzik dan bunyi yang sedap memang sudah diketahui dimiliki oleh siri Walkman.

Telefon ini berbentuk slider daripada aluminium dengan HSDPA, Wi-Fi serta kamera 3.2MP dan Flash LED. Terdapat 2 versi iaitu W705a untuk pasaran Amerika dan W705u untuk yang lain.

Spesifikasi:

  • Bunyi yang jelas, muzik berkualiti tinggi
  • Carian muzik terus dalam talian
  • Wi-Fi dan DLNA certified, sambungan dimana sahaja
  • Kawalan goncang, tukar trek lagu dan volume suara dengan cara goncang
  • SensMe, cipta senaraimain(playlist) berdasarkan mood
  • Skrin besar 2.4 inci
  • Pusingan automatik, tukar antara potret atau lanskap secara automatik
  • Google maps
  • Radio FM dengan TrackID, mendengan radio lebih mudah
  • 4GB simpanan memori, simpan sehingga 3900 lagu

Carian kesini:

January 30, 2009

Teknologi 32GB DDR3 samsung

Samsung 32GB ddr3

Samsung 32GB ddr3

32GB DDR3 ram adalah tidak mustahil jika dilihat apa yang mampu dicapai oleh teknologi Samsung. Samsung merupakan salah sebuah pengeluar memori yang terkenal didunia pada 29 Januari telah mengumumkan memori berketumpatan tinggi 4GB mereka. Memori baru ini dikatakan boleh menghasilkan 16GB DDR3 registered dual in-line memory modules untuk pelayan juga boleh menghasilkan 8GB unbuffered DIMM bagi stesyen kerja dan komputer desktop serta 8GB SODIMM untuk laptop. Dengan mengaplikasikan teknologi dual-die 16GB ram mampu menjadikan 32GB suatu kenyataan dan bukan lagi realiti.

Dengan memori sebesar ini digabungkan dengan 2TB cakera keras nampaknya masa depan mampu dicapai lebih awal.