July 4, 2009

GMP mungkin akan adakan perhimpunan kali kedua

ppsmiGerakan Mansuh PPSMI (GMP) memberi amaran kepada kerajaan, berkemungkinan akan mengadakan perhimpunan 100 ribu mansuhkan PPSMI kali kedua jika kerajaan tidak hapuskan terus dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) bulan ini.

Menurut Ahli Jawatankuasa GMP, Suhaizan Kaiat, perhimpunan yang dicadangkan itu dijangka lebih besar daripada 7 Mac lalu dan akan diadakan selepas hari raya puasa nanti.

“Kita beri kata dua kepada kerajaan sama ada hapuskan atau mereka akan menyaksikan perhimpunan kali kedua oleh beratus ribu rakyat selepas hari raya ini,” tegasnya.

Katanya, GMP membuat cadangan demikian berdasarkan janji Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa keputusan mengenai dasar PPSMI akan diumumkan awal bulan ini.

Beliau berkata Muhyuddin menyebut, selepas analisis pelaksanaan dasar tersebut dibentangkan kepada kabinet dalam tempoh terdekat ini.

Jadi katanya, GMP tidak mahu lagi keputusan yang diambil kerajaan tidak ada kata muktamad untuk menghapuskan PPSMI.

Pada 7hb Mac lalu lebih 100 ribu rakyat berarak daripada Masjid Negara ke Istana Negara bagi mendesak kerajaan memansuhkan PPSMI.

Himpunan yang dianjurkan GMP dan dipimpin Pengerusi GMP Dato Dr Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara Dato A Samad Said itu berjaya menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

January 24, 2009

Gambar proton MPV bocor di internet

Peraduan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Hadiah bernilai RM3750 untuk direbut. http://bit.ly/6AqlJB

Seseorang telah memuat naik gambar Proton MPV terbaru ke internet. Ianya adalah dipercayai dari dalam kilang Proton sendiri. Nampak macam kilang Proton. Agaknya kot. Mesti staff Proton sendiri, kalau tidak masakan dapat ambil gambar dalaman sekali. Dengar cerita harga MPV ni bawah 100 ribu.

Stering Proton MPV

Stering Proton MPV

Instrument panel - dimana letaknya meter

Instrument panel - dimana letaknya meter

Dash tengah - terdapat pemain CD, saluran penyaman udara dsb.

Dash tengah - terdapat pemain CD, saluran penyaman udara dsb.

Proton MPV warna putih dengan latar belakang seperti dalam kilang

Proton MPV warna putih dengan latar belakang seperti dalam kilang

Proton MPV hitam

Proton MPV hitam

Carian kesini: