January 22, 2010

House MD musim 6 episod 11

Episod 11 House MD telahpun ditayangkan di US pada 11 Januari lalu. Episod kali ini adalah bertajuk “The Down Low”.

Sinopsis episod: Ethan Embry yang sedang berurus niaga dengan pengedar dadah tiba-tiba pengsan apabila mendengar bunyi tembakan. Apabila dibawa ke hospital, beliau enggan untuk memberikan maklumat peribadi kepada team House kerana boleh mendedahkan beliau kepada bahaya kerana beliau merupakan polis yang menyamar. Sementara itu team House telah bersekongkol berkonspirasi supaya Dr Foreman percaya gaji beliau lebih rendah daripada staff lain. House dan Dr Wilson pula tertarik kepada Nora dan sama-sama cuba menggoda Nora . Oleh kerana Hose dan Dr Wilson tinggal serumah, jiran-jiran menyangka mereka gay.  Adengan melucukan apabila House cuba meyakinkan Nora bahawa Dr Wilson cemburu dengan mereka menyebabkan Dr Wilson terpaksa mengambil pendekatan drastik. Nak tahu apa dia kena tengok la.

Episode 10: (By compelledorphan)
(HDTV.XviD-2HD)
house06x10-2hd.part1.rar
house06x10-2hd.part2.rar
house06x10-2hd.part3.rar
house06x10-2hd.part4.rar

January 19, 2010

Mamma Mia!

Kalau orang lama tak kenal kumpulan ABBA ni memang la tak pernah dengar muzik. Group Sweden ni popular tahun 70an hingga awal 80an dulu ni. Aku pernah dengar gak lagu dia dari kaset arwah ayah dulu. Tapi mana pegi tah kaset dia. Dah musnah.

Lagu dia memang best lah. Kalau tak kerana movie Mamma mia, dah tentu generasi muda skang tak kenal kumpulan ABBA sebab kesemua lagu dalam movie tu dari kumpulan ABBA. Mr Janggel minat sangat musical movie macam ni aku tau. Kaki layan teater gak budak tu.

Kira ABBA ni popular dulu. Album mereka terjual sehingga 370 juta seluruh dunia. Banyak tu. ABBA terdiri daripada Anni-Frid Lyngstad (Frida), Björn Ulvaeus, Benny Andersson dan Agnetha Fältskog (Anna). Popularity ABBA adalah daripada lirik yang catchy, lirik yang simple, sound effect dan suara harmoni penyanyinya.

Filem Mamma Mia! telah dikeluarkan pada 2008 dan merupakan filem paling berjaya di UK. Kumpulan ini bakal dianugerahkan “The Rock and Roll Hall of Fame” pada 15 Mac 2010.

*Entry ni aku draft sebab maxis 3g member aku yang aku pinjam tu lembabun lah amat. Panjang gile lah post nih.

Nikmatilah lagu-lagu ABBA kat bawah ni, istimewa untuk orang lama.

Carian kesini:

January 13, 2010

Transformers: War for Cybertron Trailer

High Moon Studios telah mengeluarkan Trailer untuk game terbaru ‘Transformers: War for Cybertron’. Permainan ini didasarkan kepada kejadian sebelum Transformers menjejakkan kaki kebumi dan para gamers ditempatkan dalam pertempuran antara Autobots dan Decepticons.

Permainan ini masih lagi dalam pembangunan dan masih belum ada pengumuman rasmi bila ianya bakal dikeluarkan namun, ‘Transformers: War for Cybertron’  dikatakan boleh didapati dalam platform PlayStation 3, Xbox 360 dan PC kelak.
Nikmati trailer game yang bakal keluar dibawah ini.

January 11, 2010

Keputusan penuh Anugerah Juara lagu ke 24

Anugerah Juara lagu ke 24Berikut merupakan keputusan penuh bagi Anugerah Juara Lagu ke 24 yang baru selesai sebentar tadi. Tahniah kepada semua pemenang. Diharap ianya memberikan motivasi untuk berkarya dengan lebih gigih lagi.

1. Juara Anugerah Juara Lagu 24: Aizat-Pergi

2. Naib Juara Anugerah Juara Lagu 24: Yuna-Dan sebenarnya

3. Tempat Ketiga Anugerah Juara Lagu 24: Faizal Tahir-Bencinta

4. Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 24: Black-Aku rindu sayang kamu

5. Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu 24: Aizat-Kau aku

*Bukan video sebentar tadi ye.

Carian kesini: