September 26, 2011

Setting domain sendiri untuk blogspot.com dan blogger.com

Bagi yang biasa dengan blogging tentu tahu berkenaan blogger.com atau blogspot.com. Kedua-duanya adalah perkhidmatan percuma daripada google.

Bagi pengguna advance, tentu tahu ada setting untuk menggunakan domain sendiri selain daripada URL yang diberikan oleh blogspot. Biasanya URL diberi oleh blogspot adalah seperti http://blog.blogspot.com. Tapi bagaimana pula jika sekiranya kita mahu menggunakan domain yang dibeli tetapi menggunakan perkhidmatan blogspot. Perlu diigat, penyedia hosting adalah blogspot dan penyedia domain adalah orang lain.

Walaupun perkhidmatan blogspot adalah terhad, tetapi bagi pengguna biasa(bukan heavy) ianya adalah sesuai. Juga sesuai bagi yang baru hendak berjinak-jinak dengan bloggging.

Tanya domain provider anda jika sekiranya mereka menyokong blogspot dan bagi domain yang berakhir dengan .my ianya tidak boleh digunakan tanpa hosting.

Contoh yang saya tunjukkan dibawah adalah untuk domain http://www.newsfornerd.com/

 

 

Web asal

Web asal

Carian kesini:

January 16, 2011

Ram 4GB tidak dapat dikesan dalam Debian 32-bit

Bagi yang install Debian, atau Centos atau Windows sekalipun, mesti hadapi masalah yang sama dengan versi 32-bit OS ni. OS tidak dapat kesan memori 4GB keatas.

Nota ni untuk aku rujuk kemudian hari disebabkan aku jarang pasang mesin Debian. Kebetulan aku kena reinstall satu server ni kepada Debian dari Centos. Kalau Centos tu biasa la. Masa install tu akan secara automatik akan dipasang dengan kernel PAE.

Bagi Debian, kernel tak secara automatik. Dia akan pasang kernel standard. Bila reboot, ram yang dapat dikesan cuma 3.6GB lebih je. Penyelesaiannya, install kernel ‘bigmem’. Satu masalah dengan hal ni. Bila reboot, network akan gagal berfungsi. Ini adalah kerana kernel module bagi network card adalah specifically compile dengan kernel tu.

Bagi problem aku, network yang digunakan oleh server adalah Atheros. Aku dapat driver dari page ni : http://packages.debian.org/search?arch=i386&keywords=atl2

Aku ambil ‘atl2-modules-2.6-686-bigmem’

Kalau dah login dengan kernel bigmem tapi network tak jalan, boleh reboot balik dengan kernel standard dan download module bigmem. Bila dah selesai install module tu, cuba reboot balik. Mesti bigmem jalan dan network jalan.

Cara ni boleh dipakai bagi Debian based system, tapi aku belum test.

Carian kesini:

October 28, 2010

Guna remote MySQL dalam WordPress

Blog ini sekarang berada di US tetapi database masih lagi dalam hosting Malaysia.

Kenapa begitu? Ini adalah kerana untuk update WordPress dan plugins, lebih pantas jika berada di server US.

Perlu ada 2 hosting jika mahu setting seperti ini.

Perkara yang perlu adalah;

1. Setting “Remote Database Access Hosts” dalam panel database dan letakkan IP server yang mahu akses ke MySQL.

2. Setting wp-config.php pada hosting yang lagi satu. Pastikan hostname adalah betul.

July 14, 2010

Enable gzip compression bagi website dan blog

Gzip compression atau mampatan gzip bagi website boleh menjimatkan bandwidth dan juga performance website kerana kandungan dimampatkan oleh server kemudiannya di extract oleh browser. Kebanyakan browser moden menyokong compression.

Tanpa mampatan, kandungan web adalah tidak dimampatkan dan terus dipaparkan kepada browser pengguna. Memang web dipaparkan kepada pengguna, tapi tidak begitu efisyen contohnya data asal adalah 100KB dan jika dimampatkan datanya akan menjadi 10KB misalnya. Laman dapat dibuka dengan pantas kerana hanya 10KB data dimuat turun.

Contoh blog ini telah dicompress menggunakan gzip dan mampat sebanyak 76.9%. Data asal adalah 48722bytes dan selepas mampatan 11247bytes. Dalam kiraan KB adalah 47.58KB dan compression 10.98KB. Rujuk gambar dibawah;

Untuk menyemak samaada blog korang menyokong atau tidak compression, boleh periksa sini : http://www.gidnetwork.com/tools/gzip-test.php

Untuk setting dalam Cpanel, login ke Cpanel pada bahagian “Software/Services”  pilih “Optimize Website”.

Kemudian boleh pilih sama ada hendak mampat semua kandungan atau jenis MIME yang spesifik sahaja. Ataupun boleh disable kalau tak mahu guna compression.

Dan pastikan juga server menyokong compression. Kalau tak, tak guna setting kalau server tak sokong. Kenalah tanya hosting provider.

Carian kesini: