Wanita yang menjadi tumpuan dalam skandal seks dengan ketua pasukan bola sepak England, John Terry mempunyai hubungan dengan empat pemain Chelsea lain. Selain Terry dan Wayne Bridge, model seluar dalam Perancis, Vanessa Perroncel didakwa turut menjalinkan hubungan intim dengan penyerang, Adrian Mutu dan Eidur Gudjohnsen serta pemain kelima yang masih misteri. Pendedahan itu akan meningkatkan tekanan terhadap Terry yang berdepan dengan desakan supaya melepaskan jawatan ketua pasukan England. Sumber yang [...]
Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini diberi hak sebagai penyiar berlesen Piala Dunia FIFA 2010 yang akan berlangsung di Afrika Selatan bermula 11 Jun hingga 12 Julai ini. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, menerusi hak itu RTM akan menyiarkan 35 perlawanan dengan 24 siaran secara langsung dan 11 siaran tertunda. “RTM berjaya mendapatkan pakej tawaran rancangan percuma sebanyak 26 jam dan sepuluh minit untuk [...]
Liverpool mendapat nyawa baru dalam pemburuan mereka merebut kejuaraan Liga Perdana England musim ini selepas menewaskan Manchester United 4-1 pada perlawanan di Old Trafford, semalam. Walaupun di peringkat awal permainan ketinggalan satu gol hasil sepakan penalti Cristiano Ronaldo, Liverpool bangkit dengan permainan lebih kemas untuk menghidupkan peluang merapatkan jurang perbezaan mata. “Prestasi yang baik ditunjukkan dari bahagian pertahanan hingga serangan. Ia kemenangan yang hebat kerana bukan selalu kita boleh lihat [...]



