January 25, 2010

Warkah

Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada

Carian kesini:

January 19, 2010

Mamma Mia!

Kalau orang lama tak kenal kumpulan ABBA ni memang la tak pernah dengar muzik. Group Sweden ni popular tahun 70an hingga awal 80an dulu ni. Aku pernah dengar gak lagu dia dari kaset arwah ayah dulu. Tapi mana pegi tah kaset dia. Dah musnah.

Lagu dia memang best lah. Kalau tak kerana movie Mamma mia, dah tentu generasi muda skang tak kenal kumpulan ABBA sebab kesemua lagu dalam movie tu dari kumpulan ABBA. Mr Janggel minat sangat musical movie macam ni aku tau. Kaki layan teater gak budak tu.

Kira ABBA ni popular dulu. Album mereka terjual sehingga 370 juta seluruh dunia. Banyak tu. ABBA terdiri daripada Anni-Frid Lyngstad (Frida), Björn Ulvaeus, Benny Andersson dan Agnetha Fältskog (Anna). Popularity ABBA adalah daripada lirik yang catchy, lirik yang simple, sound effect dan suara harmoni penyanyinya.

Filem Mamma Mia! telah dikeluarkan pada 2008 dan merupakan filem paling berjaya di UK. Kumpulan ini bakal dianugerahkan “The Rock and Roll Hall of Fame” pada 15 Mac 2010.

*Entry ni aku draft sebab maxis 3g member aku yang aku pinjam tu lembabun lah amat. Panjang gile lah post nih.

Nikmatilah lagu-lagu ABBA kat bawah ni, istimewa untuk orang lama.

Carian kesini:

January 11, 2010

Keputusan penuh Anugerah Juara lagu ke 24

Anugerah Juara lagu ke 24Berikut merupakan keputusan penuh bagi Anugerah Juara Lagu ke 24 yang baru selesai sebentar tadi. Tahniah kepada semua pemenang. Diharap ianya memberikan motivasi untuk berkarya dengan lebih gigih lagi.

1. Juara Anugerah Juara Lagu 24: Aizat-Pergi

2. Naib Juara Anugerah Juara Lagu 24: Yuna-Dan sebenarnya

3. Tempat Ketiga Anugerah Juara Lagu 24: Faizal Tahir-Bencinta

4. Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 24: Black-Aku rindu sayang kamu

5. Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu 24: Aizat-Kau aku

*Bukan video sebentar tadi ye.

Carian kesini:

January 5, 2010

Sealed with a kiss

Walaupun kita harus mengucapkan selamat tinggal
Musim panas
Sayang aku berjanji ini
Aku menghantar kamu semua cintaku
Sehari-hari dalam sebuah surat
Disegel dengan ciuman

Ya ini akan menjadi dingin
Musim panas
Tapi aku merasakan kehampaan
Aku menghantar kalian semua impian saya
Sehari-hari dalam sebuah surat
Disegel dengan ciuman

(Chorus)
Saya melihat anda di bawah sinar matahari
Aku mendengar suaramu di mana-mana
Aku berlari semula ke memelukmu lembut
Tapi, Sayang anda memenangi `t berada di sana

Don `t saya ingin mengucapkan selamat tinggal
Musim panas
Mengetahui kasih sayang yang kita akan kehilangan
Jadi marilah kita membuat janji
Dan untuk bertemu pada bulan September
Disegel dengan ciuman