November 24, 2010

Petani desak projek Arowana dibatalkan

Penduduk di daerah Kerian, Perak dan sebahagian Seberang Perai Selatan Pulau Pinang mahu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kerajaan Negeri Perak membatalkan segera projek ternakan ikan Arowana di Bukit Merah kerana mendakwa operasi penanaman padi mereka terjejas, lapor HarakahDaily.

Kawasan penanaman padi yang terbesar di Perak itu meliputi mukim Bagan Serai, Beriah, Gunung Semanggol, Selinsing, Parit Buntar dan Nibung Tebal.

Sehubungan itu, petani yang ditemui di Pejabat Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendesak projek ternakan ikan itu dihentikan. Mereka mendakwa selagi ternakan itu beroperasi semua pesawah akan menanggung risiko terutamanya air yang begitu sukar diperolehi ketika kerja-kerja membajak.

Langkah itu juga wajar kerana ia menjejaskan matlamat utama bekalan air Tasek Merah iaitu untuk penanaman padi dan kegunaan harian penduduk di daerah berkenaan.

Wakil petani, Mohd Rasid Salim berkata, projek yang bermula pada tahun 2000 kini sudah mempunyai 3,808 buah kolam dengan jumlah 70 orang pengusaha berbanding dulu tidak sampai 10 pengusaha.

Petani bertambah kecewa apabila semua aduan mereka kepada Jabatan Parit dan Saliran (JPS) tidak diendahkan dan pegawainya didakwa bersikap lepas tangan seolah-olah menyokong ternakan ikan Arowana yang dikatakan membawa pendapatan lumayan.

“Penduduk kecewa dengan JPS yang tidak memperdulikan nasib petani yang sepatutnya mereka bela bukan membiarkan pengusaha mengambil air sepanjang masa lagipun kawasan itu kawasan pertanian dan sesuai untuk tanaman padi,” katanya dengan nada marah.

Mohd Rasid juga kecewa dengan sikap sesetengah orang kampung yang katanya, begitu seronok memajak tanah kepada pengusaha untuk mendapatkan habuan kecil tanpa menyedari bahawa mereka sebaliknya telah diperkudakan.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kubu Gajah, Ahmad Nordin pula meminta Menteri Besar Perak turun padang meninjau sendiri masalah yang dihadapi oleh petani di Kerian yang merupakan kawasan padi terluas di Perak.

“Adakah kerajaan mahu melihat kawasan tanaman padi terus musnah dengan kerja-kerja pengusaha tersebut yang entah datang dari mana untuk mengusaha ternakan berkenaan?

“Mereka yang datang dari luar untung besar kami petani rugi mendadak. Apa tidaknya akibat kekurangan air padi terencat dan pengeluarannya menurut hampir 70 peratus,” jelasnya.

Bagi pengusaha sawah, Azman Nordin, ada juga pengusaha mendapat notis dari Pejabat Tanah Daerah Kerian kerana melanggar syarat tanah namun tidak diendahkah sebaliknya meneruskan kerja-kerja industri akuakultur seperti biasa.

Bila sampai musim memulakan pembajakan sawah lazimnya berlaku bertengkaran antara pesawah dan pengusaha ataupun pesawah dengan JPS kerana air tidak dapat dialirkan dengan baik ke petak-petak sawah sebaliknya JPS menghadkan tiga hari sahaja dengan alasan mahu memberikan air ke kawasan lain pula.

Dakwa Azman, JPSsebenarnya mendengar arahan dari pada pengusaha yang menuntut air dibekalkan kepada mereka untuk 24 jam selama 360 hari yang sekaligus menafikan kepentingan air kepada petani sedia ada.

Sementara itu Presiden CAP, SM Mohamed Idris ketika sidang media di pejabatnya semalam menjelaskan, projek tersebut harus dibatalkan kerana ia tidak dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memastikan sama ada kajian kesan kepada alam sekitar (EIA) perlu dilakukan atau tidak.

CAP, katanya percaya dan merasa bimbang pembuangan sisa kolam ke dalam sistem saliran pertanian di daerah ini akan mencetuskan masalah alam sekitar serta pencemaran air yang serius pada masa akan datang.

JPS juga didakwa gagal membanteras kegiaan mencuri air oleh pengusaha terbabit. Rekod menunjukkan dari tarikh 15 Ogos hingga 28 Oktober lalu takungan air di Tasek Merah menurun sebanyak 0.2 kaki (2.4 inci) sehari.

Air Tasek Merah bukan sahaja digunakan oleh lebih 10,000 pesawah melibatkan keluasan sawah 24 ribu hektar tetapi juga menjadi kegunaan harian 200 ribu penduduk setempat.

Carian kesini:

November 12, 2010

7.5 juta pemilik akaun Facebook datang dari Malaysia

Logo Facebook

Logo Facebook

Adalah dianggarkan 7.5 juta akaun Facebook datang dari Malaysia. Bayangkan jumlah pendapatan yang boleh dijanakan daripada Facebook jika pembangun Aplikasi tempatan yang berasaskan Facebook merebut peluang ini. Ini bukan cerita Korek hidung dapat duit ye…

Rakyat Malaysia merupakan antara pengguna aplikasi rangkaian sosial Facebook, Friendster dan Twitter yang tertinggi di dunia.Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, dianggarkan terdapat 7.5 juta pemilik akaun Facebook di Malaysia kini.

“Ini adalah potensi rakyat yang harus digunakan oleh industri dalam bidang ini untuk memajukan negara khususnya menerusi kandungan mudah alih.

“Terdapat fakta yang menunjukkan bahawa kewujudan Facebook, Twitter, inovasi platform Android, aplikasi dalam talian dan mudah alih telah mengubah landskap komunikasi, pemikiran manusia dan melahirkan jutawan baru di Amerika Syarikat,” katanya.

Sumber KOSMO.

November 6, 2010

Khasiat belut membuka selera

Belut atau nama saintifiknya Monopterus albus termasuk kategori ikan dan berbentuk panjang dengan kepalanya yang bulat dan berinsang. Sungguhpun ramai yang tidak “sudi” makan belut, tetapi diakui, hidupan air tawar ini kaya dengan pelbagai khasiat.

Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak.

Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi.

Tidak hairanlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan.

Spesies ikan ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis.

Belut yang ditangkap lebih mahal
Walaupun tidak ada yang menternaknya secara komersil seperti ternakan ikan keli, belut tetap menjanjikan pulangan yang lumayan kepada penjualnya.

Bahkan, sehingga kini Rosli belum pernah menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan belut. Menurut beliau, restorannya memerlukan bekalan 15 hingga 20 kilogram belut sehari, dan pembekal tidak pernah gagal memenuhi keperluan tersebut.

Bagaimanapun, harga belut yang ditangkap lebih mahal berbanding belut yang diternak. Dikatakan belut liar lebih banyak khasiatnya kerana haiwan tersebut hidup di dalam air tawar dan habitat semulajadi.

Harganya boleh mencecah RM8.00 hingga RM11.00 sekilogram dan meningkat hingga ke RM14.00 sekilogram pada musim hujan. Manakala belut yang dibela harganya adalah RM6.00 hingga RM7.00 sekilogram.

Zaman dahulu, orang yang makan belut dianggap terlalu miskin hinggakan belut pun dibawa balik. Sedangkan hari ini, hidangan belut terutamanya sup belut sukar didapati dan harganya pula lebih mahal daripada sup biasa.

Dek kerana ramai yang telah menyedari khasiat istimewa belut, tidak hairanlah harganya meningkat di pasaran.

Malah, Rosli juga pernah beberapa kali mengikut pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyertai pelbagai promosi yang melibatkan promosi hidangan belut ke seluruh Malaysia. BERNAMA

Carian kesini:

October 10, 2010

Photoshop NASA kantoi

Ni gambar NASA yang diambil pada laman NASA sendiri :http://apod.nasa.gov/apod/ap100420.html

2 gambar dibawah apabila dibuat sedikit perubahan pada contrast menunjukkan sama ada sesuatu benda terlindung pada belakang bulan tersebut ataupun cuma NASA menyorokkan sesuatu. Ade UFO kot.