July 26, 2011

Duit syiling baru tahun depan

Bank Negara bakal mengeluarkan siri ketiga syiling yang diinspirasikan daripada ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan kaya negara. Syiling tersebut akan dikeluarkan tahun depan dengan nilai 50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen.

“Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia,” kata beliau pada majlis pelancaran 500,000 set duit syiling peringatan bagi menandakan siri-siri duit syiling baharu itu di Kuala Lumpur, semalam.

Carian kesini:

May 20, 2011

China memegang bekalan rare earth dunia sebanyak 95 peratus

Ketika ini heboh berkenaan isu rare earth di Gebeng Pahang. Apa yang kita tidak tahu sebenarnya China memegang 95 peratus dari bekalan dunia.

Meskipun China menguasai pasaran, mereka tidak menggunakannya untuk apa-apa tujuan. Mereka hanyalah menjadikan rare earth sebagai tebusan sehingga mampu mengawal bekalan dan harga kerana mereka mampu untuk mengawal bekalan.

Logam rare earth biasanya digunakan dalam industri penghasilan laser dan barangan elektronik. Pengeluar biasanya membayar mahal untuk bahan ini dan biasanya harga sebenarnya diserap kembali oleh pengguna.

Carian kesini:

February 2, 2011

Telefon bimbit Nokia C5-03 ada WiFi ada 3G

Biasanya telefon bimbit yang mempunyai WiFi dikategorikan sebagai high-end, tetapi telefon bimbit sesentuh dari Nokia ini adalah berharga bawah RM700. Harga adalah sekitar RM650-RM670.

Amat sesuai bagi individu yang mempunyai akses WiFi tanpa perlu mendaftar pakej data dari penyedia perkhikhidmatan. Jika ikut spesifikasi, telefon ini turut dilengkapi aGPS serta kompas.

Dari segi kamera, ianya dilengkapi kamera 5MP dengan 4x zoom digital tanpa flash. Memori telefon adalah 40MB dan menyokong MicroSD sehingga 16GB. Tanpa kamera kedua bermakna 3G call tidak disokong.

Carian kesini:

December 5, 2010

Apa guna UNLIMITED kalau bandwidth limit

Nampak gayanya ISP U Mobile broadband yang aku pakai dah dah kuat kuasakan ‘Fair Usage Policy’ dimana setiap user hanya diberikan bandwidth sebanyak 5GB sahaja sebulan.

1.8 For our Broadband Service, your total usage per month shall NOT exceed 5GB of data volume transmitted (total upload and download usage). This is to ensure that no subscriber can congest the bandwidth at all times.

Masa aku call hari tu, benda ni baru dikuatkuasakan sejak 19 November. Aku tak tau sebab apa. Aku rasa ianya disebabkan oleh TM juga buat benda yang sama kot.  Ada orang kata U mobile guna Celcom punya line, sebab tu la ada limit macam ni. Celcom tu kan bawah TM juga.

Bagi aku 5GB tu mana cukup. Nak download ISO DVD linux pun dah berapa GB. Tak sampai sebulan confirm habis. Apa yang tak bestnye apabila di’capped’ speed jadi 128Kbps je. Alahai slow giler nak mampos. Buka 2 tab pun merangkak-rangkak.

ISP kat Malaysia ni memang macam nak cekik darah.

Carian kesini: