January 1, 2012

Selamat tinggal 2011, selamat datang 2012

Tak lama pun setahun. Rasanya macam semalam. Tup-tup kita dah tinggalkan tahun 2011 dengan seribu kenangan. Moga tahun baru ini lebih memberikan keceriaan dan kebahagiaan.

Azam tahun 2011 sudah tercapai atau belum? Macam mana pulak dengan azam 2012.

Kalau kaki gadjet macam aku ni tentu ada wishlist macam wishlist tahun 2009 dan wishlist tahun 2010

Tahun 2011 takde wishlist rupanya.

Apa yang dirancang sebelum ni nampaknya tak menjadi. Kena la buat tahun 2012. Ape tu? Biarlah rahsia.

 

October 14, 2011

Kemana arah blog ini?

Saya mempunyai beberapa domain lain(blog) yang lebih spesifik kandungan dan target pengunjung. Bagi blog ini rasanya saya akan buat sepenuhnya Bahasa Melayu. Kandungan blog mungkin adalah pelbagai dan tidak niche sangat.

Mungkin juga isi kandungannya adalah sedikit teknikal. dan mungkin juga ada artikel yang diterjemahkan dari blog saya yang lain akan dimasukkan disini. Jadi bagi pengunjung yang tidak faham sangat Bahasa Inggeris boleh merujuk blog ini bagi artikel yang sama dalam blog lagi satu(inertz.org).

Cabaran utama bagi penulisan blog teknikal dalam Bahasa Melayu adalah istilah-istilah yang dipakai dalam Bahasa Inggeris dan diterjemahkan kepada Bahasa Melayu. Mungkin akan kelihatan agak janggal bagi sesetengah istilah bila diterjemahkan, tetapi saya akan cuba mencari ayat yang mudah difahami dan jika ada istilah dalam Bahasa Inggeris saya akan italic perkataan itu untuk mudah membezakan bahasa.

Carian kesini:

October 14, 2011

Bagaimana menghasilkan blog sampah

Seperti tajuk diatas, suka saya nak berkongsi dengan saudara semua macam mana untuk menghasilkan blog sampah :-)

  1. Salin dan tepek dari website orang lain. Salin sepenuhnya kandungan dari website yang menawarkan kandungan percuma seperti wikipedia.
  2. Gunakan plugins untuk tarik suapan RSS kedalam website.
  3. Letak banyak iklan. Letak macam-macam iklan. Adsense letak, nuffnang letak dan sebagainya selagi ada tempat nak letak iklan.
  4. Letak topik-topik yang mengarut dan membosankan.
  5. Mengumpat orang. Tak kisah lah hal politik kah, cerita fasal jiran sebelah rumah kah ataupun cari fasal dengan blog orang lain.
  6. Tulis auta(bohong) jangan tulis fakta. Goreng cukup-cukup supaya orang percaya apa yang kita tulis itu adalah benar.
  7. Curi bandwidth orang lain. Macam mana nak curi bandwidth orang? Link kan sahaja gambar dalam website orang kedalam website kita. Dengan cara ini kita dah jimat bandwidth.
  8. Buat karangan panjang-panjang tanpa gambar seperti karangan budak sekolah.
  9. Letak gambar sahaja tanpa ada apa-apa info dalam entry tersebut.
  10. Letak artikel yang sama berulang-ulang.

Carian kesini:

October 12, 2011

AMD mengeluarkan pemproses AMD FX bermula hari ini

AMD hari ini mengumumkan telah mengeluarkan barisan pemproses 8 teras baru yang dipanggil AMD FX dengan nama kod “Bulldozer”. Pemproses baru ini dikatakan mempunyai sokongan lebih baik terhadap permainan pelbagai paparan, multi-tugas, penciptaan kandungan HD serta sesuai untuk peminamedia digital.

Apa yang menarik, kesemua pemproses mempunyai multiplier boleh ubah dimana kebanyakan pemproses mempunyai multiplier dikunci. Pemproses boleh overclock hanya dengan mengubah multiplier tanpa mengusik FSB. Biasanya ciri ini hanya didapati pada pemproses peringkat tinggi.

Terdapat 4 varian pemproses baru iaitu, FX-8150, FX-8120,FX-6100 dan FX-4100

Masih belum ada maklumat tentang harga pemproses ini di Malaysia dan bila akan didapati di pasaran Malaysia tetapi harga runcit bagi pemproses paling murah(FX-4100) adalah dianggarkan sekitar RM350-RM380.

 

Carian kesini: