Tak tahu nak kata apa. Tengok sendiri lah screenshoot ni.
Ni pakej P1 biasa dan bukan WiMAX.
Tak tahu nak kata apa. Tengok sendiri lah screenshoot ni.
Ni pakej P1 biasa dan bukan WiMAX.
Buat masa ini saya sudah menggunakan U Mobile selama beberapa bulan. Apa yang boleh dikatakan talian internet dari U mobile bukanlah pada tahap yang bagus. Boleh dikatakan agak teruk kerana terlampau perlahan. Jikapun hendak laju kena surfing pukul 3-4 pagi. Pada waktu itulah baru dapat kelajuan yang boleh dianggap munasabah. Pukul 7 malam keatas adalah waktu yang paling teruk.
Masa mula-mula daftar, reseller cakap speed boleh cecah 3.6Mbps. Memang betul, tapi kalau tak stabil buat apa. Boleh dikatakan 70% kelajuan adalah tidak munasabah. Lebih perlahan dari dial-up.
Reseller cakap, boleh pakai dengan handphone. 2-3 hari lepas aktif, masih tak boleh guna internet guna handphone dan buat panggilan ke call center. Call center cakap tak boleh guna handphone. Pulak..
Disebabkan dah daftar dan malas nak terminate, saya belilah modem 3g kat lelong.com.my dengan harga RM300. Dapatlah cuba U mobile. Ingatkan mula-mula memang perlahan, tapi rupa-rupanya sampai sekarang masih perlahan. Apa yang saya terbaca, U mobile berkongsi line dengan Celcom. Agaknya sebab tu lah perlahan.
Banyak juga komen-komen negatif berkenaan U Mobile broadband. Boleh rujuk sini dan sini. Marah betul ni….
Celcom pun teruk rupanya.
Siapa pernah pakai P1? Boleh tahan juga dan reliable. Kat pejabat saya pakai ni sebagai line backup.
Siapa pernah cuma amax? Broadband baru guna WiMax.
Tor tu apa? tor sebenarnya adalah satu perisian yang membolehkan talian internet sebagai anonymous dan tidak dapat dikesan. Ianya adalah rangkaian terbuka yang boleh membantu sambungan internet kita daripada dikesan.
Seperti sedia maklum penggunaan torrent telah dihadkan oleh streamyx. Boleh menggunakn torrent dengan streamyx tetapi bandwidth telah di throttle oleh streamyx. Orang kata guna tor denga torrent boleh melajukan torrent. Betul ke? Saya belum lagi mengujinya.
Ada entry berkaitan tor dan torrent boleh dibaca disini.
Klik sini untuk manual menggunakan tor dengan Azureus.
Di pejabat ni ada 2 talian internet. 1 streamyx dan satu lagi yang lain. Nasib baik ISP lagi 2 tak buat throttle juga. Boleh la dapat 90-100kB/s kalau Streamyx kurang lagi daripada ni. 10 pun tak sampai.
Satu lagi penyedia perkhidmatan jalurlebar WiMAX telah muncul iaitu amax daripada Asiaspace Wimax Sdn Bhd. Nampaknya masih baru dan merujuk kepada brosur kelajuannya dikatakan adalah 66 kali ganda daripada GPRS. Juga jika menurut brosur ini kelajuan tertinggi adalah 1.5 Mbps. Masih lagi rendah dan mungkinkah berbaloi dengan bayaran langganan setiap bulan? Adakah tidak sesak apabila sudah ramai yang memakainya? Perlu diingat ianya adalah jalur lebar tanpa wayar. Jaringan tanpa wayar sekarang ini masih lagi boleh dianggap tidak boleh diharap.
Pakej paling rendah adalah RM99 sebulan dengan kadar kelajuaan 1 Mbps. Modem adalah disertakan dengan penggunaan tanpa had. Pakej ini disasarkan kepada pengguna tunggal.
Bagi yang ingin berkongsi, pilihlah pakej “Multi User Package” dengan kelajuan 1.5 Mbps. Harga pakej ini adalah RM138 sebulan dengan penggunaan tanpa had.
Terdapat juga pakej yang datang sekali dengan komputer riba.
Follow me on Social Media