January 13, 2010

Transformers: War for Cybertron Trailer

High Moon Studios telah mengeluarkan Trailer untuk game terbaru ‘Transformers: War for Cybertron’. Permainan ini didasarkan kepada kejadian sebelum Transformers menjejakkan kaki kebumi dan para gamers ditempatkan dalam pertempuran antara Autobots dan Decepticons.

Permainan ini masih lagi dalam pembangunan dan masih belum ada pengumuman rasmi bila ianya bakal dikeluarkan namun, ‘Transformers: War for Cybertron’  dikatakan boleh didapati dalam platform PlayStation 3, Xbox 360 dan PC kelak.
Nikmati trailer game yang bakal keluar dibawah ini.

November 11, 2009

Permainan ditunggu-tunggu Modern warfare 2 dikeluarkan hari ini

Modern Warfare 2

Modern Warfare 2

Activision Publishing, Inc hari ini telah mengumumkan bahawa permainan yang dinanti-nantikan iaitu Call of Duty: Modern Warfare 2 sekarang sudah berada di kedai-kedai permainan komputer diseluruh dunia. Setelah mencatatkan rekod bagi pengedaran tengah malam di Amerika Utara, Modern Warfare 2 telah mula melepaskan ancaman baru ke atas dunia, menempatkan para pemain di barisan hadapan sebuah epik pertempuran global yang telah datang ke Amerika membuktikan bahawa tiada seorang pun yang akan selamat daripada penaklukan akan datang.

Pra pesanan yang begitu tinggi bagi permainan ini diseluruh dunia telah menjadikan permainan ini terlaris dalam sejarah permainan aksi dengan rangkaian 10000 gerai telah dibuka utuk jualan tengah malam. Permainan ini boleh didapati untuk platform Xbox 360, PS3 dan PC dengan harga USD59.99.

Game ini juga boleh didapati dalam platform Nintendo DS dipanggil Call of Duty(R): Modern Warfare(R): Mobilized.  Versi DS mempunyai jalan cerita lebih unik bagi permainan genggam.  Harga bagi versi DS adalah USD29.99. Bagi versi Wii ianya dipanggil Call of Duty(R): Modern Warfare(R) Reflex Edition.  Harga bagi versi ini adalah USD49.99.

Carian kesini: