January 16, 2012

Tan Sri Syed Mokhtar beli Proton

Khazanah Nasional Berhad hari ini mengumumkan bahawa pegangan saham dalam Proton telah berjaya dibida oleh DRB-Hicom sebanyak 42.7% dengan nilai keseluruhan RM1.4billion.

Khazanah berpuas hati dengan penawaran sebanyak antara RM6 dan RM8 sesaham. Saham Proton ditutup pada RM5.18 seunit pada Jumaat lepas, dan memberinya modal pasaran besar bernilai RM2.8 billion.

Dengan anggaran harga jualan RM6 sesaham, pembelian kepentingan Khazanah dan saham-saham selebih pembuat kereta nasional itu perlu membayar sejumlah lebih daripada RM3.29 billion.

 

Carian kesini:

April 15, 2009

Yahoo mula buang pekerja

yahooGergasi Internet dunia, Yahoo Inc, yang sedang bergelut dengan masalah ekonomi dunia, bersedia untuk memberhentikan beratus pekerja syarikat itu.

Ia rentetan pemberhentian pekerjaan pusingan pertama sejak Ketua Eksekutifnya, Carol Bartz mengemudi syarikat berkenaan, menurut satu laporan akhbar, lewat semalam.

Syarikat yang berpangkalan di California itu masih mencuba memulihkan penurunan keuntungannya sepanjang tempoh tiga tahun sebelumnya dan sudah mengenakan satu lagi pusingan bagi pemberhentian pekerja, termasuk 1,500 pekerja pada Disember lalu. [via]

March 20, 2009

KDNK akan berada di paras negatif

Firma penarafan antarabangsa, Fitch Ratings meramalkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bakal jatuh ke paras negatif pada tahun ini berikutan dengan keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan dan bertambah buruk pada separuh tahun kedua.

Pengarah Urusan Penarafan Kedaulatan Asia Pasifiknya, James McCormack berkata, terdapat perbezaan besar dalam pencapaian KDNK Malaysia, penanda aras ekonomi, pada tahun ini berbanding tahun lalu.

Katanya, pada tahun lalu, Malaysia mampu mencapai pertumbuhan KDNK sebanyak 5.5 peratus tetapi merosot pada tahun ini berikutan jumlah eksport negara yang semakin menyusut.

McCormack mendakwa pakej rangsangan kedua yang diumumkan kerajaan baru-baru ini didapati gagal membantu meningkatkan jumlah eksport Malaysia.

“Kami akan menyemak semula KDNK Malaysia pada akhir bulan ini. Selain Malaysia, kami juga akan melakukan semakan serupa di beberapa buah negara Asia lain termasuk Hong Kong, Singapura dan Jepun,” katanya selepas memberikan taklimat mengenai Kedaulatan Negara-negara Asia yang Baru Muncul di sini hari ini.

Sumber Utusan.

Kejatuhan ekonomi adalah disebakan oleh kejatuhan gergasi ekonomi dunia.

March 20, 2009

USA muflis

Federal Reserve Amerika akan membeli 300 bilion dolar kertas US Treasury dalam usaha untuk membantu kapitalisma yang sedang sakit tenat di Amerika.

Mengikut Puru Saxena, CEO dari syarikat Puru Sexna Wealth Management – dari segi teknikal Amerika telah bangkrap.

Ini kerana hutang Amerika adalah 4 kali ganda dari jumlah ekonomi Amerika sendiri.

Amerika akan menghadapi zaman meleset dengan timbunan hutang.

Sumber tukartiub.

Boleh baca sumber lain :

http://detikislam.com/2008/11/26/amerika-kucurkan-stimulus-800-miliar/

http://sg.news.yahoo.com/rtrs/20090319/tbs-financial-7318940.html

http://rawstory.com/news/afp/Fed_to_buy_up_to_300_bln_dlrs_in_Tr_03182009.html

http://www.dw-world.de/dw/function/0,,12215_cid_4110070,00.html

Carian kesini: