January 25, 2010

Kahwin dengan Laptop?

Pelik, pelik manusia ni. Kalau lelaki obses dengan kereta, ada pula pompuan yang obses dengan laptop. Tambah tu pula nak kawen dengan laptop.

LONDON: Seorang gadis cantik menimbul kekecohan di Internet apabila mengumumkan ingin mengahwini komputer ribanya.
Hermione Way, 24, dari London membuat kenyataan jatuh cinta dengan komputer ribanya, MacBook Pro 17 inci di YouTube, Alex.
Rakaman video itu dilihat seluruh dunia dan hingga kini 30,000 menonton video itu sejak seminggu lalu.
Hermione mengaku idea itu mungkin pelik tapi menegaskan, warga Britain perlu membenarkan perkahwinan dengan teknologi canggih jika mereka yang terbabit serius, sama dengan perkahwinan sejenis yang kini diiktiraf pihak berkuasa.
Rakaman pendek itu turut mendakwa Hermione dan ‘pasangannya’ berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan mereka 31 Januari dan tidak pernah berpisah sejak dua tahun lalu.

Ibu Hermione, Jane turut muncul di dalam video itu dan merestui hasrat anaknya itu.
“Kami tahu Hermione pasti gembira,” katanya.
Hermione memilih Alex kerana ia tidak hirau bagaimana rupanya.
“Kami habiskan setiap detik bersama. Yang pasti kami gembira bersama,” katanya. – Agensi

Sumber Metro, gambar: techeblog.com.

Agak-agak ada tak orang kat sini nak kahwin dengan laptop.

Carian kesini:

July 10, 2009

Tentera terus kawal Urumqi

xinjiangPasukan keselamatan China hari ini terus mengetatkan kawalan keselamatan di wilayah bergolak Xinjiang selepas beberapa hari berlakunya rusuhan etnik yang membunuh 156 orang.

Pemimpin-pemimpin China turut berikrar mengambil tindakan keras terhadap dalang yang menyebabkan rusuhan itu berlaku.

Etnik Han yang merupakan kumpulan majoriti di wilayah tersebut berhimpun sambil memegang sepanduk dengan perkataan ‘Kita harus menewaskan pengganas’ dan ‘Tentang etnik fahaman pemisah dan kebencian’ serta bersorak ketika trak yang dipenuhi anggota polis melalui kawasan tersebut.

Etnik minoriti Uighur menjadi semakin takut untuk bercakap dengan wartawan.

Rusuhan etnik paling buruk di rantau itu sejak berdekad lamanya turut memaksa Presiden Hu Jintao memendekkan lawatan ke sidang kemuncak Kumpulan Lapan (G8) dan menangguhkan perbincangan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama.

Kekacauan ini adalah sesuatu yang memalukan kepada pemimpin yang mahu memperlihatkan China sebagai masyarakat harmoni ketika persedian meraikan ulang tahun ke-60 pemerintahan komunis pada Oktober ini.

Menteri Keselamatan Awam, Meng Jiangzhu, yang berada di Urumqi berkata, perusuh-perusuh utama patut dikenakan hukuman keras.

Beratus-ratus tentera yang berkawal di bahagian tengah Urumqi selama tiga hari lalu telah tiada, tetapi pasukan polis separa tentera masih berkawal di Dataran Rakyat dan helikopter tentera berterbangan di seluruh bandar yang mempunyai 2.3 juta penduduk itu.

Sementara itu, pihak berkuasa China hari ini menahan profesor ekonomi Universiti di Beijing kerana menyiarkan laporan berhubung rusuhan berdarah itu di dalam blognya.

Ilham Tohti, seorang etnik Uighur ditahan selepas pihak berkuasa Xinjiang menyebut nama blognya ‘Uighur Online’ di dalam televisyen kebangsaan dan menyatakan ia digunakan sebagai saluran mengatur rusuhan pada Ahad lalu.

Sumber Utusan.

July 8, 2009

Pembunuhan umat Islam Uighur – PAS kesal dengan China

urumqiPAS menegur Kerajaan China dan tidak setuju dengan tindakan keras yang diambil sehingga berlaku tragedi pembunuhan terhadap etnik Islam di Wilayah Xinjiang.

Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad berkata, pihaknya memandang berat terhadap pembunuhan tersebut dan menggesa China menghentikannya seberapa segera.

“Sikap keras pemerintah China amat dikesali.

“PAS menyeru semua pihak sama ada penduduk berketurunan Uighur atau Han agar kembali ke meja rundingan dan mencari jalan damai,” tegasnya.

Syed Azman yang juga AJK PAS Pusat menegaskan bahawa hak asasi penduduk Islam Uighur di Wilayah Autonomi Xinjiang, mestilah dijamin dan dilindungi semua pihak.

Sementara itu Bernama melaporkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) meminta China menangani punca masalah yang membabitkan minoriti Muslim berikutan dengan keganasan etnik yang buruk di wilayah Xinjiang baru-baru ini.

“Dunia Islam mengharapkan China, satu kuasa besar dan bertanggungjawab di dunia dengan sejarah hubungan persahabatan dengan dunia Muslim, menangani masalah minoriti Muslim di China dengan satu perspektif yang luas bagi menyelesaikan punca sebenar masalah itu,” menurut OIC yang beribu pejabat di Jeddah dalam kenyataan.

Ia menyatakan OIC bersedia menghulurkan bantuan dan mengadakan rundingan dengan kerajaan China mengenai usaha-usaha untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di wilayah itu.

Menurut seorang jurucakap, setiausaha agung OIC Prof Ekmeleddin Ihsanoglu melahirkan kebimbangan terhadap keganasan itu dan penggunaan kekerasan yang tidak sewajarnya semasa insiden itu, yang dianggarkan sekurang-kurangnya 156 terbunuh dan lebih 1,000 orang cedera.

“OIC menggesa kerajaan China menjalankan siasatan dengan segera, berkesan dan telus mengenai keganasan yang serius itu dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan dengan segera dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mencegah insiden itu berlaku lagi dan memastikan mangsa-mangsa kejadian ini diberikan pampasan dengan sepenuhnya,” kata kenyataan itu.

OIC menyatakan ramai mangsa keganasan itu adalah orang awam yang menunjukkan bahawa prinsip penggunaan kekerasan dan senjata api tidak mengikut undang-undang.

Media melaporkan Xinjiang ialah tempat bagi kaum Uighur yang mendakwa bahawa mereka didiskriminasi oleh kaum majoriti Han.

Sumber Harakah. Lagi info terkini [via]

April 25, 2009

Penyanyi veteran bogel, mabuk kena tahan

tsuyoshi-kusanagiTOKYO: Seorang bintang pop anggota kumpulan muzik veteran Jepun ‘SMAP’ ditahan semalam kerana beraksi sumbang di khalayak ramai apabila berbogel, mabuk dan bertindak lucah di sebuah taman di sini.

Tsuyoshi Kusanagi, 34, ditahan awal pagi dekat kelab malam daerah Roppongi selepas mendapat laporan seorang penduduk tempatan, kata jurucakap polis.

Stesen televisyen melaporkan penahanannya dengan memaparkan buletin yang biasanya dikhususkan untuk gempa bumi dan berita besar lain, sementara helikopter televisyen merakamkan gambar taman itu.

Sumber Bharian.

Carian kesini: