January 14, 2010

Cinta itu menyakitkan

Apa itu Cinta? Adakah ianya kesakitan? Sebagai lelaki, aku mahu tahu adakah perempuan itu benar-benar mencintai kita. Adakah katanya selari hatinya. Sekuat manakah cintanya pada kita. Sedalam mana cintanya. Apakah pengorbanan yang dia sanggup buat? Apakah perempuan sanggup menyiksa diri demi kekasihnya. Apakah perempuan menipu dengan kekasihnya.

Adakah aku perlu bercinta dengan 10 orang seperti Dato K baru aku cukup “haul” kata Adlin dalam bercinta. Sedangkan sorang pun dah memeningkan kepala. Oh apekah?

Pada aku hubungan yang semakin lama terjalin semakin teruji tiap hari. Apakah ini juga akan berterusan setelah berkahwin. Ataupun ianya terus kekal lenyap ditelan zaman. Adakah kesakitan ini boleh diubat. Apakah ubatnya?

Adakah perempuan selalu bersyarat? Kalau nak itu, kena bagi ini atau “they just mark their territory”. Apakah mereka materialistik atau cuma cemburu buta.

Adakah mereka akan kekal mencintai kita atau cintanya pudar ditelan masa? Adakah wanita itu seperti lilin dan sanggup berkorban untuk kita?

Apakah soalan-soalan ini mampu dijawab oleh wanita?

Oh, apakah aku mengarut ni….

*Dato K yang dimaksudkan bukanlah suami Siti Nurhaliza, tapi member aku. K stand for “Kasehnova”. Lagenda mengatakan beliau bercinta dengan 11 orang wanita. Sekarang ini beliau bahagia dengan seorang isteri dan seorang anak dan tinggal di Terengganu.

Carian kesini:

November 5, 2009

Dedaun rimbun

fan2044797Dedaun rimbun,
Kau teduh dan redup.
Tempat bernaung dikala panas.

Dedaun rimbun,
Kau memayungi kami.
Dikala lelah dikala ribut.

Dedaun rimbun,
Kibarkan helaian daunmu.
Aku bahagia dalam dakapanmu.

Wahai dedaun rimbun,
Jangan kau gugur sebelum layu.
jangan kau gusar dihempas bayu.

Kau dedaun rimbun,
Membelai jiwaku menyelami hatiku.
Membasah pipiku dengan sentuhanmu.

Dedaun rimbun,
Andai kita bertemu lagi.
Walaupun dalam mimpi.
Janganlah kiranya dikau.
Menyepi menyendiri lagi.

July 3, 2009

Puisi Untuk Sang Puteri

image_02

Menjunjung kasih cinta setia
Biar luka jemala hamba
Membuai rindu santapan kalbu
Asal dapat sentuh bayangmu

Sulaman emas kebaya labuh
Untuk puteri berpadan sungguh
Mabuk kepayang sekelip mata
Jangan hamba dianggap gila

Ingin membina istana dari permata
Malang sekali hamba tak punya apa
Ingin mencoret warkah bertinta emas
Tapi sayang tiada indah bahasa hamba

Hanya mencoret warkah usang
Untuk melepas kasih dan sayang
Jangan hamba dianggap gila
Niat suci di hati hamba

June 23, 2009

Lidahku cedera, aku sudah cacat

kissSakit betul bila tergigit lidah. Pulak tu cakap pun susah. Tak kenapa boleh tergigit lidah. Bak kata orang, sedangkan lidah boleh tergigit, inikan pula suami isteri. Tak faham la. Tak kawen lagi. Agaknya orang yang dah kawen main gigit lidah kot. Sebab tu wujud peribahasa ni.

Kalau luka di luar boleh la ditampal plaster. Ni luka kat lidah. Macam mana nak tampal. Luka di hati lagi susah nak tampal.

Carian kesini: